LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 31 October 2011

Bila Isnin Kembali...

Assalamualaikum...
Hai ols... Morning, morning. Selamat Berhari Isnin. Hari isnin ialah hari kesukaan Rasulullah, so lets enjoy our monday.. ;D

Hari ni, so far, belum ada tanda-tanda yang akan membuzy-kan mama sepanjang hari ni. hehehehe..
Oh ye! Baru lah teringat nak pegi bank, ke harus call aje? emmm... call ajelah.

Weekend xadelah dibuat apa-apa sangat kat umah, cuma yang biasa-biasa jugaklah. Cumanya pakcik, i.e adik mama yang lelaki nan sorang tu, dah pun balik ke Kelantan. Makanya sekarang nih, bila mama dan Papa gi keje, tinggallah mak n Adik (read: Muhammad Afif Hakimi) berdua-an kat umah.

Mak mama ada kat Melaka nih sebab nak jaga Adik, sebabnye selalunye Adik atok dan nenek yang jaga, pastu sekarang nih pulak atok dan nenek dah pergi menunaikan haji. Mula-mula aritu, masa atok n nenek belum pergi lagi, Adik & Abang (read: Muhammad Adam Hafiey) mama hantar ke nursery. Baru jek 3 hari hantar, Adik demam. So, sampai situ jeklah Adik kat nursery. Sebab Adik nih ada history sawan sebab demam panas, so atok dan nenek memang tak bagi lah mama dan papa hantar Adik kat nursery lagi. Walaupun atok dan nenek sibuk sebab ada jek orang datang menziarah, tapi Adik tetap jugak diorang nak jaga. Semoga Allah panjangkan umur atok dan nenek, amin. Bila mama call mak, mak dengan sukarelanya nak datang jaga Adik. Thanks to mak, sebab sangat-sangat memahami dan banyak menolong. Allah saja yang dapat balas segala jasa mak. Mak ni sebenarnya dah sangat-sangatlah lama tak jaga budak kecik, bila dah dapat jaga cucu, memang lah asyik menghayun buai jek. Nak-nak pulak si Adik ni bila tak dibuai jek, dia akan bangun. Aiyyooo...Adik, Adik.

Boleh dikatakan, setiap hari bila balik keje, mama akan tanya, " Mak makan apa hari ni?".
Mak akan jawab " Makan nasik tu" sambil merujuk kepada nasik yang ada (read: nasik lebihan semalam). Mama mesti tanya lagi, curious okeh.."Mak makan lauk apa?"
Ada sekali mak tak jawab tau, rupa-rupanya dia makan nasik berlaukkan telur mata jek. Sedih betul mama. Last week (for the whole week) mama tak risau mak tak makan sebab ada pakcik, sekurang-kurangnya kalau mak nak masak, pakcik boleh tengok-tengokkan Adik.

Since pakcik dah pun selamat sampai kat Kelantan nun dan hari ni mak tak ada assistant untuk jaga Adik, makanya awal-awal pagi mama pun masak lah. Takdelah masak yang canggih-canggih sangat, masakkan mak   Ayam Masak Kicap jek pun. Jadi lah kan, daripada telur mata makan dengan kicap?

Caption:
Ayam Masak Kicap Penuh Kasih Sayang untuk mak ..
hopefully mak makan lah, kannn...

caption:
Dah lama berangan-angan nak buat cupcake ni, finally semalam 
memang mama tekad habis, jadi jugak cupcake ni. :D

psss..
mak dah bagi hint nak buat apam. Mama suka makan apam. (read: mama memang suka makan)..hehehe
Kenalah google resipi apam.


Tatatititutu


Friday 28 October 2011

Berbuzy-an

Assalamualaikum..

Hi, ols... macam mana hari korang? Kalau tanya aku, mmg hari-hari lah berbuzy-an..ok, tipu..hehehe..
Yang sebetul-betul-betul nye semalam & arini mmg bz. Semalam, msk jek ofis, pukul 10 dah ada meeting. Petang nye plak, pukul 2 dah nak kena ade kat Kelab KAMI, nak menolong siapkan fail. Al-kisahnya, minggu depan 1hb ada Bengkel Penasihat Akademik & 2hb plak ada Kolokium Penyelidikan. Ok, hapekebendenye Bengkel Penasihat Akademik & Kolokium Penyelidikan ni? Nnt aku cite hokeh...

Oh, azan sudah. Mau solat zohor dulu, nanti 230 aku nak kena pegi perasmian plak. Nanti cite lg.

tatatititutu

Tuesday 25 October 2011

Cerita ceriti

kalau nak di ikutkan, dah lame sgt dah niat nk memblogkan diri tu ade. tp almaklum aje lah, org rajin, yg ado jelah. walaupun xmemblogkan diri, i still follow hokeh. ~kalau bace2 jek blog org tu, follow ke?~
lame jugaklah rs nye sy dok follow 2 blog nih. kire mmg dah follower tegar la. ari2 mesti nak hapdet blog die. kalah tuan blog die. 1 mmg member senri punye. yg 1 lg tu, ntah cmne blh terfollow pn xtau lah. 
memandangkan lately ni i byk menambah ilmu pengetahuan ~see, papa. i rajin membace hokeh~ berat dah kepala sy nih rasenye. mcm byk jek mende nk di share. kalau nk share ngan encik papa kat umah, mmg xdpt le. ke laut la cite sume tuh. time nak bercerita ceriti nilah, anak-anak menangislah, menjeritlah, apa-apa aje lah. last2, ceritanye tergantung, xde kesudahan. hemmmmm....

ok lah. nnt sambung lg. tata titi  tutu

p/s; adam dh belajar mengaji. semalam pulun nak baca quran. padahal, baru bace alif ba ta kot. hahahaha... xpe, semangat2...

Holaaa

Dear all, 
Be my follower...
hehehe..;D