LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 31 December 2012

Goodbye 2012, Welcome 2013

Assalamualaikum...

Mama tengah excited sangat-sangat-sangat... hehehehehe. Ok, tolak tepi sat excited-excited nih. Moh kita recap balik apakah yang dah terjadi dalam hidup kami anak-beranak sepanjang 2012 ni.

Erm... bila difikir-fikir, diingat-ingat balik, tahun 2012 adalah monotonous saja. Takde ups and downs yang extreme sangat pun. Biasa-biasa sajek.

The most exciting moment? Hari ni lah kot. Hehehehe... Oh, man! Seriously sangatlah tak ada hape-hape yang best.

Yang penting, si kenit and si tak-berapa-kenit membesar dengan jayanya. (^___^)




May 2013 brings us good fortunes. InsyaAllah. 

Royanan Terakhir

Assalamualaikum...

Bunyi dah macam wasiat dah. Jangan salah faham. Mama tidak sesekali pernah berniat untuk menutup blog ini, jangan risau. *Bajet ada peminat tegar. Hikhikhik...

Sabtu lepas, mama bawak pengantin-to-be pi bridal, nak tengok pelamin and baju sanding katanya. Sekali, hambek kau. Date tu dah fully book. Pelamin cikai-cikai pun nan hado. Tak menggelupur pengantin? Kalau pengantin menggelupur, yang bajet wedding planner ni tak menggelupur sama? Upside down rasa. Dah nak kena buat pelamin sendiri lah pulak. Kalau 2 orang jek yang nak sanding ok lagi, ni dah sampai 4. Jenuhlah weh. Kalau 2, bolehlah mama dulukan beli kerusi cantik-cantik kat pelamin tu (later boleh pakai kat rumah baru), ni kalau dah 4, apa kejadahnya mama nak beli sampai 4 single seaters? Stress dan-dan tu jugak. Nasib baik malam tu, tanya sana, tanya sini dapat jugak bridal yang available. Petang kang nak pi tengok baju and pelamin. Sibuk macamkan diri sendiri pulak yang nak naik pelamin. Eh, baju lip-lap, lip-lap mama belum hantar tailor.

Baruuuu jek kejap tadi papa called, kata rumah baru mungkin boleh masuk awal 2013. Sekarang tengah tunggu CF. Terus rasa nak lompat bintang tinggi-tinggi. Hoyeah-hoyeah. \(^___^) /.

Aramak! Buzy ganda 5 dah mama ni. Mama satu nak belek dulu ni? Rumah or wedding?
Eh, dah boleh tanam-tanam rumput kat rumah. Yeayyyyyyyyy! Tak sabaq, tak sabaq.

Gigih tak papa pi tanya kat ofis developer?


Friday 28 December 2012

Azam Lama, Azam Baru

Assalamualaikum...

2,3 hari lagi babailah 2012 and hai-hai lah pulak 2013. Asal masuk tahun baru jek, mulalah gigih memasing buat azam. Kalau ada list tu, mau 5,6 muka surat pun tak habis dia punya azam baru. Beria-ia beno buat azam baru, azam lama tercapai ke idak? ;P

Azam mama untuk tahun 2012 ni, apa ek? Lupa dah... Hehehe..

Yang pasti, tahun depan mama berazam... chewah...

1. Menggiatkan research, buat paper banyak-banyak and get publish.
Biarlah orang tengok mama ni tak bergaul, tapi sekali hamek kau. Diam-diam ubi ada isi, tau. Mama adalah sedikit geram bila dikecam kurang bersosial, duduk dalam dunia fantasia sendiri saja. Come on lah!

Eh, rasa macam banyak jek azam mama pikir-pikir tadi. Pasai pa jadi satu jek? (^,^)

Apa-apa pun, mama harap untuk menjadi yang lebih baik untuk semua orang sekeliling mama, especially to papa and the kiddos. Oh, harap-harap dapat tambah another AH to the family. Hikhikhik...


Monday 17 December 2012

What say you?


Assalamualaikum...

Setiap minggu, tanpa gagal, mama akan pergi melawat rumah baru. Kalau tak pergi masa weekend, masa weekdays mama akan gigihkan diri jugak pergi. Tidak boleh tidak. Kalau tak pergi tu, rasa macam something wrong somewhere jek. Hikhikhik... Orang yang tengah berbunga-bunga cintan, dia fahamlah, kan, Encik Aper. Eh, terseru pulak! Hehehehe...

Makin mama pergi melawat, mama rasa macam tipis jek harapan mama nak masuk rumah before wedding adik-adik nanti. Huhuhuhuhu...

Before

After
Yang belum settle lagi kat rumah ni adalah dia punya wiring. Satu hapah wire pun belum ada. Eh, wire untuk lampu jek ada, itu pun dekat living hall yang tinggi 20 kaki tu.



Papa kata dah save budget, tak payah tanam rumput banyak-banyak, dah ada rumput. Cehh... 

Melihatkan kesuburan rumput-rampai ni, mama assume tanah ni agak suburlah. Harapnya, kalau mama bercucuk-tanam nanti, idakle tanam-tanaman mama tak tumbuh-tumbuh. Hehehehe...

Bestkan kalau ada garden sendiri? Apa nak, petik kat laman sendiri jek. Organik, katanya. Oh man! Berangan jekkkk... Entah sapa yang nak menanam pun tak tahu. 

Oh ye! Papa dah beli garden sprinkler, you! Excited sangat, kann? 



Hari ni saya selesema, cikgu! Huhuhu... 


Friday 14 December 2012

Emo

Assalamualaikum...

Hehehe... rata-rata kat fb semua dok emo pasal bola semalam. Mama tak tengok pulak masa ref kpop tu layangkan kad kat player Malaysia tu. FIL kata, player no. 27, tapi no. 27 tu bukan Wan Zack ka?

Disebabkan papa sebok benau nak negok bola, tak pasal-pasal mama pun terjebak. Kuikuikui... Tapi, kan...Oh! Mama tak puas hati dengan coach Malaysia, awat dia tak masukkan Apex? Dah la keeper semalam tu, asyik buang bola jek. Kalau Apex, dia peluk bola (Papa kata). Suka sangat buang bola, merasalah gol sebijik. Mama syak coach tu dia sentap dengan Apex, sebab buat press conference tak habaq kat dia. Kuikuikui... (Mak jemah sangat, tau!)

Menang kalah, adatlah. Dah namanya pun bulatnya bola, unpredictable.

Weekend yang sangat dinanti,terasa macam cepat pulak minggu ni. 2 minggu lepas, mama buat kerahan tenaga (gotong-royong kekdahnya) cuci kereta. Anak-anak ni, especially Adam, tak boleh diajar cuci kereta. Nanti hari-hari dia meratib nak cuci kereta. Sebab tu kalau nak cuci jugak, mama kena tunggu sampai kereta tu dah naik lain macam jek dia punya colour baru cuci. Hehehehe...

Disebabkan semua orang rajin, and bagi full commitment, mama belanja lah semua orang makan donut. Hehehehe... Apa korang ingat mama rajin sangat nak mendonut kalau sesaja?




Adam pandang sebelah mata pun tidak. Si kenit ni jek yang pulun lebih. Penat cuci kereta, kata kan. Padahal dia main air jek lebih. Buat ramai jek, bukannya ada hasil pun. 

Minggu lepas, mama terlebih rajin. Jadinya, dipetang yang kelaparan dek kehujanan, mama mengerah tulang temulang menguli tepung. Apa nak buat, tak mampu nak beli bread-maker. Apa bikin?

Pizza

Cinnamon roll.
Dari semalam lagi dah terbayang-bayang minggu ni nak projekkan apa pulak. :)


Wednesday 12 December 2012

Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum...

Lately ni, penat badan semakin menjadi-jadi. Time drive balik pun boleh terlelap, serious bahaya. Ini semua gara-gara "overtime".

Mama and papa sekarang adalah gigih berduet menjayakan kelas tuisyen untuk budak-budak tengah cuti sekolah. Alkisahnya, kami diapproach oleh pengerusi rukun tetangga kawasan FIL untuk jadi cikgu-cikgi ajar tuisyen. Kami pun tak fikir namblas kali, teruslah setuju. Pada mama, ini CSR lah konon, community serbis. Tapi haram hari tu tak tulis dalam SKT. Pffftt... hilang dah markah disitu.

Minggu pertama, ok. Masuk minggu kedua, ketiga, nak-nak lagi sekarang ni mama dah start kelas balik, terus taubat. Konon-konon, kalau ada demand lagi untuk tuisyen ni, bolehlah continue pasni. Yang tengah jalan sekarang pun tak habis lagi, mama and papa dah angkat tangan, surrender. Tak mau dah tuisyen-tuisyen ni. Penat gila weh. Dari pagi membawa ke malam. Pukul 10 lebih barulah dapat rehat serehatnya.

Susah tau nak cari makan ni.
Huhuhuhu....

Eh, tapi dulu lagi susah. We survived hape. (muhasabah diri)


Tuesday 11 December 2012

Jalan-jalan Cari Pasal

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, mama and papa telah berkesempatan membawa dua bujang kami jalan-jalan pusing "la ker", bak kata Adam. Dah dua tahun dah dok kat Melaka ni, Kota A Famosa tu pun tak sempat nak panjat lagi. Tapi kan, Kota A Famosa zaman dahulu kala, (kala mama darjah 4, giteww) nampak macam sangatlah seronok-duaronok nak dilawati. La ni? Hemmmm....

Muzium Kapal Selam
Kami berjalan tanpa arah tuju sebenarnya, tak tau area mana kat Melaka ni nak pi jalan-jalan cari pasalnya. Last-last, papa suggest pi Muzium Kapal Selam ni. Mama ni punyalah wondering, macam manalah agaknya muzium kapal selam ek. Tapi kan, muzium ni boleh tengok macam ni jelah. Tawaflah 16 kali pun, takpe. Patutlah entrance fee dia murah bebenor, RM1 per adult. Anak-anak idakle dia kira pulak hari tu. 

Masa ni sebenarnya dia ada buat construction sikit kat kapal ni, pertengahan bulan ni baru siap. Bolehlah feeling-feeling dalam kapal selam tu nanti. 

Oh man! Gemuknya mama. 

Nasib baiklah papa kuat. Kalau mama, mau semua tergolek .

Entah apalah papa kelentong budak banyak tanya ni. 

One happy kid. Happy la dapat jalan-jalan. 


Tak puas tengok kapal selam, kita pi kapal lain pulak. 


Muzium Samudera lah pulak. Awat asyik pi muzium jek? 








Friday 30 November 2012

Kepala Lutut lah!

Assalamualaikum...

Looooong way back, masa tu Adam kecik lagi, mama mengalami sakit lutut yang pada mama agak kroniklah. Kroniklah untuk orang yang jarang nak sakit kat lutut, ni kan. Tapi idakle sampai putus tendon ke, ligamen koyak ke. Mungkinlah kepala lutut tu dislocated sikit, kotttt.

Disebabkan lutut yang sakit tu, adalah beberapa position yang mama tak boleh buat, kalau nak buat pun, kena secara slow motion. Untuk orang yang cargass dan tak reti slow macam mama ni, sangat terduga iman keadaan tersebut. Bayangkanlah, nak bangun berdiri pun macam terhegeh-hegeh, kena pulak sambil dukung anak. Memanglah cannot stand. Hehehehe...

Entahkan macam mana, tiba-tiba jek lutut tu baik sendiri. Tiba-tiba jek rasa lega. Hehehe..

Lepas dah almost 2 tahun baik, hari ni lutut tu dah terasa balik kesengalannya. Ni semua gara-gara mama turun tangga sambil berangan lalu tergelincir beberapa minggu yang lepas. Beberapa minggu tu adalah kot 5 ke 6 minggu. Nasib baik time tu takde students plus mama tak tergolek berguling-guling. Cumanya lepas kejadian tu, adalah belikat macam sengal-sengal ayam sikit (sebab mama berpaut kat pemegang tangga kuat sangat kot, nak selamatkan diri punya pasal..hehehehe) and lutut pun macam entah hapa-hapa lah sekejap.

Ada ke orang urut lutut semata?

Monday 26 November 2012

Mensiapkan Persiapan

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik, minggu ni minggu last nak bersuka ria, sebabnya minggu depan dah start sem. Kampus yang sunyi ni hingar-bingar baliklah nanti.

Sem akan datang ni, mama bet akan jadi sem yang penuh dengan cabaran. Bukan cabaran dalam pengajaran , eh... cabaran tu pun ada jugak, tapi lebih kepada cabaran sekeliling.

Mau tak mencabarnya. Bulan March nanti, 2 orang sekali adik ipar mama akan naik pelamin. Bayangkanlah macam mana letihnya preparation for a wedding. Yeah, 2 orang sekali gus, save budget kekdahnya. Sebelum tu, which means in Februari, yang adik lelaki akan nikah and reception sebelah perempuan. Before si pakcik nikah, a week before, Adam is scheduled for his tonsil removal.

Nampak tak betapa tunggang-terbaliknya hidup mama akan jadi? Kena pulak masa wedding tu tengah exam. Pening dah ni.

Mama nak pelan-pelan kayuh saja. Walaupun bukan mama yang jadi pengantin, awat stressnya lebih macamkan mama pulak yang nak naik pelamin ni?

Oh, lagi satu.


Another project. Yang ni tak ada kaitan dengan orang yang nak naik pelamin. Tapi, takpe. This can wait, walaupun dalam hati mama sangatlah tak sabaq dah ni. <(^ ) . 30m + 7m + 14m. 



Psssst...

Ada orang bridal tu ingat mama yang nak naik pelamin. Muda remaja, perhaps? Ahaks...

FIL offer mama and papa bersanding. Hikshiks... mestilah mau, walaupun anak dah dua. (^o^) 

Friday 23 November 2012

My Handy Manny Papa

Assalamualaikum...

Percaya ke papa buat semua kerja kayu ni?



Percayalahhhhh.

Ni adalah cobaan nak buat awning kat rumah MIL. Baru tebuk lubang, apak eh dah tak bagi buat, takut roboh dinding dapur katanya. Tersadailah kayu-kayu tu semua belakang dapur. 

Sebelum ni, papa pernah buat table top kat rumah kitorang duduk sekarang. Tapi, table top bodoh-bodoh jelah. Nama pun lagikan orang baru belajar kat u tube. Eh. 



Untung ada suami boleh buat kerja berat gini. Jangan kata kerja kayu, kerja simen, batu-bata semua mama serah kat papa. Mama bagi arahan jek, gitu-gini, macam tu, macam ni. Over sangat. Hehehehe... Tak kuasalah mama, kalau ada laki, tapi still kerja ketuk-mengetuk, bini eh yang kena buat. Jangan jadi cam sorang kawan mama ni, katanya nak bini yang tau bertukang, tak pandai masak pun takpe, sebab dia pandai masak. Pengsannnn~

Oh, tapi sekarang orang tu 'patah tangan'. Naik muscle lengan mama memaku hari tu, ambil alih tugas yang sepatutnya dialah yang buat. 


Wednesday 21 November 2012

Dari mata ke hidung

Assalamualaikum...

Pagi tadi, kat rumah, kecoh sekejap why oh why pharmacist kat klinik kesihatan tu bagi eye drops untuk titiskan ke hidung. Cuai sungguh kekdahnya.


Kalut sungguhlah keadaannya, lagi-lagi bila MIL and FIL dok "what if kalau salah bagi yang kat hidung suruh titiskan ke mata, tak ke buta mata orang tu nanti", and lagi-lagi. Berdesuplah mama and papa pi klinik tu minta penjelasan.

Rupa-rupanya, normal saline boleh digunakan for both mata and hidung.

Ingat ye kawan-kawan. Ni ilmu baru. Jangan esok ko dapat eye drops untuk titiskan kat hidung, ko pi amukan pulak kat klinik tu. Menconteng muka sendiri saja nanti. Hehehehe... Nasib baik mama bertanya dengan sopan dan penuh hemah tadi. :)

Dapat ilmu baru hari ni. :)

Monday 19 November 2012

Bebelan Se-weekend

Assalamualaikum...

Hari ni back to work macam biasa, selepas melalui weekend yang happening. Lebih pening dari happening, rasanya. Hahahahaha.

Minggu lepas, kerja dengan cuti, silih berganti. Mama tetap tegar tak nak ambil cuti, kononnya nak simpanlah cuti tu. Lepas kerja-cuti-kerja-cuti-kerja tu, hajat di hati mama tetaplah tak sampai. Hajat apalah pulak mama ni kan?



Dalam mama rajin-tak rajin ni, berhajatlah jugak kat hati nak buat alas dulang hantaran yang baru. Kononnya cantiklah ni. Cantikkah? At leastlah, dimata mama. Hehehehe... Akhirnya, berjayalah jugak mama siapkan lagi 3 keping hari Sabtu tu. 4 down, 5 to go. Ni semua adalah untuk adik-adik (ipar) yang nak kahwin bulan 2 and 3 nanti. Adik-adik nak kahwin, kakak-kakak yang menggelupur lebih. Untung depa ni ada kakak-kakak ( yours truly, ehem and Kakngah lah of course!) yang sudi campur tangan. ;p. 

Oh ye! Sabtu hari tu mama ke Pekan. Papa bawa jejalan, ad hoc. Pukul 3 keluar rumah, pukul 7 baru sampai. Gila kura-kura bawa kereta, kan? Hehehehe... Alah, bukannya nak kejarkan apa-apa pun. Nasib baik jugaklah pergi, kalau tak, masa-masa akan datang, entahkan bilalah nak pergi lagi. Hari tu pun pergi sebab nak pergi tengok tempat Kakngah. Kakngah pulak, rupa-rupanya Ahad dah nak angkat barang semua, pindah Puchong. 

Daripada tak ada plan nak turun KL, dah melarat sampai ke KL lah pulak kitorang ni. Ni semua kes ikut family Kakngah lah, tak sampai hati pulak nak tolak, walaupun poket rabak sekejap. ;p. Pergh, Pekan-Puchong 4 jam kot. Naik kebas bontot, dengan budak-budak terkuak-kuak bergaduh dalam kereta, tension mama! Last-last, semalam pukul 10 baru sampai rumah.

Mama sekarang ni ibaratkan mandi tak basah, tidur tak lena terkenangkan rumah baru mama. Oh, ini bukan kes rumah terbengkalai. Rumah tu is just fine. Firasat mama kata, rumah tu dah tak lama lagi nak dapat kunci.


Rumah is now 100% completed. Last time pergi, masa hari Deepavali kalau tak salah, rumah tu dah berkunci. Tu lah yang mengkuatkan lagi syak wasangka mama yang tak lama lagi mama nak dapat kunci rumah tu. Nasib baiklah dah ambil ukuran segala tingkap and pintu, bolehlah shopping langsir pulak lepas ni. Hehehehe... Bila tak dapat pergi tengok rumah ni kan, rasa macam angau jek. Hadoiiila...

Esok mama nak pergi Shah Alam, ada research writing workshop. Workshopnya 4 hours jek, lepas tu kita beronggeng rokiahlah. :D

Wednesday 14 November 2012

Sebok Menyebok

Assalamualaikum...

Tahu tak, seksyen paling best ever untuk merewang ialah seksyen masakan pengantin. Betul ni, kalau tak percaya, cuba try test. Bila ada jiran sebelah menyebelah, atau belakang-membelakangi buat kerja kahwin, pergilah buat-buat sibuk kat tempat orang masak untuk pengantin.

Baru-baru ni, jiran MIL buat kerja kahwin. Disebabkan adanya MIL, dapatlah mama menempel dikhemah belakang. Rupa-rupanya khemah belakang adalah khemah untuk masakkan si pengantin. Lauk pengantin biasalah, kalau tak ada ikan siakap tiga rasa memang tak sah. Canggih beno le tu gamaknya. Mama macam tak heran sangat, konsep pandang sebelah mata jek ikan dia. Hehehehe...


Siakap tiga rasa tomyam.

Sebab apa tau, siakap mama lagi melets uolls. Tak meleleh ke ayaq lioq tengok ikan mama ni? ;P MIL and Mira dah try buat, tapi sorang pun tak dapat macam yang mama buat. Mau mama tak bongkak kat sini. Hehehehe...

Tapi kan, Cik Na Razak, tukang masak hari tu, memang canggihlah dia. Tak pernahlah mama jumpa orang kat kampung-kampung ni nak buat chicken boxing. Mama pun tak terpikir weh. (Konon kalau berpikir tu, tau lah buat... ceit!). 

Dalam pada dok tengok Cik Na ni dok gaul tepung nak celup ayam tu, mama pun koreklah rahsia. Sungguhlah Cik Na ni tak lokek orangnya. :). Balik rumah, mama terus try. First try, tak jadi sangat. Ada yang kurang. Second try masa kat rumah MIL, terus jadi, macam lagi sedap pulak. (Lawan tokey). Teruslah kerjakan cendawan, buat cendawan goreng. Tapikan, cendawan ni tak boleh makan pulun-pulun sangat, kan? Kolesterol tinggi, merasalah heart attack pulak kang.

Cendawan goreng.

Sawi goreng. 
Kalau bayam goreng tu taulah, ni sawi goreng? Celah mana mama belajar ni, mama oi? Habis, dah bayam tak ada, godek-godek fridge tengok sawi je yang ada, papa kata go on jelah. Oh, ye! Papa tukang goreng, mama tukang celup. Ye, kami memang suka berduet didapur. ;P

Sawi pahit.
Sawi yang mama guna tu sebenarnya adalah sawi pahit. Sawi apa ni ek? Sawi kampung kot, sebab sawi ni atuk yang tanam. MIL tolong tuai jek. Hehehehe... Tapikan, bila digoreng, hilang pahit dia.

Pucuk keledek goreng. 
Apa benda lah semua daun nak digoreng. Iyelah, kalau tak try, mana nak tau sedap ke idak. Rasanya? Sama jek macam makan bayam ke, sawi ke. Tapi atuk kata, dia prefer sawi goreng. Atuk and nenek senyum sampai ke telinga dapat kudapan petang-petang.


Kalau mama jual mix tepung ni, ada tak yang nak beli? ;P
Gila, plagiat idea orang buat bisnes pulok. 





Vs

Assalamualaikum...

Rasanya, orang-orang sekeliling mama, be it family or friends, semua dah tahu macam mana bentuk fizikalnya dua-dua anak mama. Ye dak? Betapa chubbynya depa sampai dah terover-weight. Yes, dua-dua dah overweight. How come?

Disebabkan ke-overweight-an depa berdua, makanya misi pun mempelawalah mama untuk jumpa dietician yang katanya datang sebulan sekali jek. Mama pun ok jeklah, at least dapatlah ilmu, kan. Makanya pagi tadi, menunggulah kami sekeluarga sejam setengah. Pengsan! Anak-anak dah lah lasak macam hape.

1. Normal vs Overweight

Mama taklah pulak pernah overweight ni, tapi mama pernahlah jugak terchubby sikit masa time sekolah dulu. So, tak banyak, sikit tu tau lah jugak mama perasaan menjadi lebih besar dari orang biasa. Hehehehehe...

Ada ke pro menjadi overweight? Yang mama nampak contra jek semuanya. Senang cakap, lagi banyak tak elok dari yang elok.

Untuk kes anak-anak mama ni, especially Adam, kadar tumbesaran dia sangatlah rapid. Bila dah membesar cepat sangat ni, habis semua baju mengecik. Baru jek beli 2,3 bulan lepas. Hari ni pakai dah macam sarung nangka. Pulak tu, nak membeli, bukan main susah nak pilih baju. (Omak eh cerewet sangat). Dalam bab beli membeli ni, dia biarlah "alah membeli, menang memakai", kan?

Tu  baru satu bab. Fizikal tak payah cakaplah, kan. Mana ada prang overweight badan kurus macam lidi. Mama tengok kalau Adam tu berlari, macam nak tersungkur pun ada. Termengah-mengah tak payah cakap lah. Kesian weh.


2. Orang Muda vs Orang Tua

Orang muda is mama, orang tua is MIL. Serious, yang ini boleh bikin konflik menantu-mertua.

MIL adalah seorang yang sangat tegar dengan "orang tua dulu-dulu...". Apa yang kita cakap, semua dia nak comparekan dengan cara "orang tua dulu-dulu...". Susaaaaaah sangat dia nak terima whatever pendapat pun. Kalau perkara sunnah pun boleh nak compare dengan "orang tua dulu-dulu...", acaner tu?

Antara advise yang dietician tu bagi pagi tadi adalah:
1. Limitkan amount makanan yang diambil. Contoh, untuk sekali makan nasi 2 senduk, share adik dengan abang. Kalau depa mintak tambah, tunggu dulu, after 1 jam ke, kalau lapar lagi, baru bagi makan lagi.

~Yang ini memang dah MIL amalkan. Selalu bila Adam mintak tambah, dia bolayan jek. 

2. Kurangkan pengambilan susu. Limitkan kepada 5 botol sehari, sebab susu more to supply lemak jek, less nutriens yang kita boleh dapat.

~ Ini pun no hal lah. Tak payah jumpa dietician pun MIL tau. 

3. Banyakkan minum air masak. Air manis tak payah bagi terus lagi bagus.

~Hah! Bab ni lah yang mama argue dengan MIL pagi tadi. Papa kata mama kurang ajar. Lantaklah, dah mama cakap elok-elok, awat MIL tak nak dengar, at least kalau tak nak terima pun, dengarlah.  Family papa pada mama agak kuat manis, especially FIL. Kalau buat air, tahap potong kaki punya manis. No wonderlah, Adi yang umur baru 25 tahun tu pun dah ada kencing manis. MIL kata, memang kegemaran si dak Adi ni air manis-manis. Air manis-manis kat sini is referred to cordial ye kawan-kawan. 

MIL agak defensive pagi tadi, katanya, Adam cuma minum air manis masa makan nasi jek. Ye ke? Bukan petang-petang pun minum jugak ke? Pada mama, nak minum air berkordial ni, tak kisahlah jus kurma ke, sirap ke, ribena ke, minumlah. Tapi, controllah tahap kemanisan tu. Manis-manis buah sudahlah. Ini dia punya manis, mama pun tak menahan. 

Actually, ada few advise lagi yang dietician tu bagi. Antaranya, makan buah sebelum makan nasi, anak-anak kena bagi sentiasa active, like cycling for 30 minutes (kena beli basikal lah, pulok! ;P), kurangkan fast food, limiting to once or twice per month, and ada lagilah, tapi mama lupa dah. Hehehehehe...

Yang paling penting sekali, katanya, berat kena maintain ( macam mana pulak nak mendietkan budak kecik nak bagi kurus, kan), sebab lama-lama nanti dia akan masuk zon selamat balik . :)



Cepumas:
Adakah bila mama kata minum air masak tak payah minum air manis tu adalah mama berniat untuk mendajalkan anak?



Tak faham, tak faham. Boleh meroyan jadinya.


Tiba-tiba rasa macam nak hantar anak-anak ke nursery. Berpaling-tadahkah begini?








Wednesday 7 November 2012

Ketembaman Mereka

Assalamualaikum...

Baru jek mama upload gambar budak-budak berdua tu, terus ada long lost friend mama tegur, depa ni semangat sungguh. Tak percaya? See it yourself lah.


Sesungguhnya, mama sangatlah mengakui bahawa depa ni memanglah chubby. Infact, dah overweight. Hadoiilah... Bayangkanlah, adik yang baru nak masuk 2 tahun jagung tu, berat dah cecah 15kg. Adam pulak, belum pun 5 tahun, dah 27kg. Pengsan!

Adam pun sekarang ni mama and papa try untuk sekat makan dia. Kalau malam-malam dia minta nak makan, kitorang buat-buat tak dengar. Tapi kan, mak manalah yang boleh tahan dengar anak dia merintih kelaparan, kan. Last-last, bangunlah jugak buatkan susu. Tapi, susu jelah. 

Agak-agak kenapa ek Adam especially, membesar sampai macam ni? *berfikir*



Depa ni high maintainance. Boleh kopak siapa yang bela. Hehehehe... Kepsi dah macam makanan ruji, *tu dia lah, ayat buku sains*. Sebulan sampai 16 kali makan Kepsi. 


Walau apa pun, atleast depa ni aktif, infact, dah macam budak hyperactive dah mama nengok. Sekurang-kurangnya, kan daripada mandommm jek. 


*mandon is lemau. (agaknye lah. Hehehehehe)

Idea

Assalamualaikum...

Sejak start cuti sem ni, rasanya nan ado perkara berfaedah yang mama dah buat. Semua yang tak berfaedah belaka. Hehehehe... Dah naik bosan dah datang kerja tapi takde kerja. ;p

Semangat sungguh mama rasanya, pagi-pagi lepas fingertac terus pi tengok RIID eh. At least, dapatlah barang satu, dua idea untuk research Idea jeklah, pelaksanaan, tunggulah RIID tahun depan kot. Hahahaha.

Mama kagum dengan orang-orang-orang, banyak oranglah senang cakapnya, yang sangatlah kreatif and inovatif ni. Ideanya simple jek, tapi siap boleh sampai nak patternkan bagai. Fuhhhh...memang tabik spring lah kat korang. Koranglah, sapa lagi yang green green tu kan.

Adalah jugak tadi mama tengok 2,3 projek yang ada iras-iras bau-bau bacang dengan projek papa. Oh, ye! Projek papa nak pergi exhibition kat Korea hujung bulan nanti. Untunglah ada projek ngetoppp. ;p


Produk papa.

Guna mende alah ni lah.

Sekarang ni kan situ sana sini orang berkempen pasal sustainable energy ni. Infact, kalau time exhibition tu, merasalah bawak balik award. Kan papa? :) Projek papa ni guna bahan buangan jek, yang kalau bagi kambing pun, kambing tak pandang. Not my taste, katanya. Hehehehehe...


Gedik.

Ok, fine. Mama adalah sedikit gedik bila pakai glove. Terasa seperti doketot, padahal nak tolong papa kat lab jek kot? Hehehehe...

Monday 5 November 2012

Bila Ada Orang Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni mama tak masuk ofis, berjimba kat UTeM, dengan papa. Hakhakhak... bukan berjimba pun, dok depan pc saja. Sama jek kekdahnya kalau mama masuk ofis pun.

Bulan ni adalah bulan PIC kahwin. Hujung minggu lepas, sorang dah settle. Hinggu minggu nanti, sorang lagi pulak.

Disebabkan yang berkahwin adalah PIC, maka dah jatuh hukum wajib untuk mama pergi weddingnya. Boleh putus sahabat wooo kalau tak pergi. Hehehehe... Kalau tak, memang akan dipandang sepi sajalah invitation kadnya. Bukan tak sudi, tapi tak mampu nak pergi. Huhuhuhuhu... Alasan sangat, kan?

Disebabkan weddingnya adalah di KL, haruslah mama mengambil kesempatan. Oh, ye! Orang Melaka jakun sangat pergi KL, sebab kat KL asyik nampak ba-teta-api (keretapi-LRT@Monorel@apa-apa jelah). Hehehehe...

Kononnya pukul 8 dah nak gerak dari rumah, sebab nak berlama-lamaan berpeleseran di kotaraya. Kononnya jelah! Pukul 8 baru semua orang tergedik-gedik nak mandi. As usual, adik adalah pelambat.
Singgah breakfast kejap kat rumah MIL, then terus shoot ke KL. Around 11am, dah sampai kat KL. Nasiblah ada GPS teman setia anda, kalau tak memang tak sampai lah mama. Alangkan ada GPS pun berpusing-pusing. Hehehehe...

Kat KL mama tak berjimba ke mana pun, pergi Jalan TAR jek pun. Pergi Globe and Semua House. Ni semua sebab terpengaruh dengan bisikan-bisikan "semua ada and murah-murah". Bila dah sampai, mama kuciwa, sebab tak segah macam yang digembar-gemburkan. Ke mama yang tak reti? Atau mama yang terlalu cerewet? Masuk tengok kain langsir kat Globe, terus cakap " not my taste", kan? Keji sangat. Hehehehehe...

Lepas dah kuciwa-kiciwi kat Jalan TAR, teruslah nak bergumbira dengan pengantin pulaks. Masa mama tengah makan, nampak kawan-kawan lain pun sampai. Terus kenyang, kan? :)

Eh, cik abang pengantin dah sampai. 

Buat-buat tenang, ye dak? Hehehehe...

Mr. and Mrs. Ako. 




Peramai majlis.

Nak kata anak daras tak boleh, sebab ada 2 mak dara kat situ.
:D


Mama takde gambar dengan pengantin, sebab ada orang tu (papa, bukan nama sebenar) dah sebok-sebok ajak balik. Tensi~

Before chiow dari rumah pengantin, sempat lagi mama menapau buah mata kucing and tapai. Suka pulak adik makan mata kucing. :) Ada pakcik tu, siap pow sekilo buah mata kucing tu. Kot iye pun, kan.  Papa bukan main lagi gelakkan pakcik tu. 

Petang semalam, mama makan tapai pulut yang dapat masa kat rumah mrs. ako hari tu. Ambil 2, tapi satu dah makan dalam kereta. Terus rasa macam taubat, sebab habis satu badan bisa-bisa. Tak taulah sebab tapai ke apa. Mungkin a combination of hujan+tapai kot. Terasa macam nenek-nenek sangat. >_<

Tiramisu.
Tiramisu ni sedap, tapi kali ni punya macam soaky sikit. Terus belanja diri sendiri selepas episod menahan sengal nenek-nenek and sakit kepala. ;p. Nasib baik tak payah ambil MC.


Wednesday 31 October 2012

Obsessive Compulsive

Assalamualaikum...

Gila lama mama tak membebel kat sini. Ada yang mencari-cari ke? #perasan. Apakah obsessive compulsive ni? Canggih beno lah bunyinya. Takpe, takpe. Go check by yourself. :)

Minggu lepas, eh... bukan, minggu sebelum raya haji adalah minggu yang sangat hectic. Sangat! Paper masuk menderu-deru, sampaikan rasa nak kench pun takdan, (tapi tetaplah dan pi Jusco, kan... Hehehehe...). Punyalah banyak kerja, tapi mama idakle boleh mengomplen, sebab itu semua rejeki. Syukurlah ada, kan. Tetaplah mama stress, sampai ke tahap merosakkan harta benda sendiri.

Itulah kan, nama jek cerdik pandai, belajar tinggi bertingkat-tingkat, tapi stress pun tak reti nak manage. Aiyyooo...!

Kadang-kadang mama agak pelik dengan diri sendiri. Dah lama dah, sejak dahulu-kala lagi. Bila mama nak exam atau test, time-time tu jugaklah mama menjadi sangat rajin. Dan-dan tu jugaklah mama nak kemas rumah, nak lap dapur sampai merelip lip lap, lip lap. Aish, banyaklah lagi yang mama nak buat. Padahal patutnya mama pergi study, mengadap buku.

Samalah jugak kekdahnya sekarang ni. Mama tahu dah mama ada segunung kertas nak kena mark, tetaplah mama nak jadi ibu serta isteri mithali lagi diberkati, kan. Tiba-tiba mendapat wahyu, pagi-pagi sebelum pergi kerja siap melipat baju. Apekah?


Lipat, lipat. Susun cantik-cantik. 
Kalau time tak buzy tu, hujung minggulah baru mama berkenan nak pandang kain-kain yang setimbun ni. Adoiiyaiii...

Time buzy ni jugaklah tiba-tiba menjadi rajin nak try resipi itu, ini. Padahal, kat belakang kepala ni dok fikirkan ke kertas yang menunggu tu. 

Puding roti berlauk. Baru try.

Melayan budak suka makan nasi goreng.

Dah tau buzy kan, buatlah cara buzy mengejar masa. Ini tak, macamkan banyak pulak masa, melenggang-lenggok keluar masuk dapur. Kelentang-kelentung mengerjakan entah apa-apa kat dapur tu. 

Apakah ini semua? Adakah itu ialah panic attack? Ataupun just satu cara mama nak mennyah-kaukan stress (tanpa mama sedari). Oh, tidakle mama tahu. Apa-apa pun, sesungguhnya mama sangatlah perlukan sesuatu aktiviti untuk menchannelkan semua negative energy yang berlebihan sudah dalam diri ini. Sesuatu yang bagus, yang tidak akan mengakibatkan sebarang damage. 

Oh, ye! Mama rasa kan, mama sangat obses dengan susun-menyusun barang. Sangat! Kadang-kadang, benda-benda macam ni pun boleh membuatkan mama stress. Macam entah hape-hape, kan?

Susun-susun.
Ini adalah yang terjadi bila mama pergi shopping. Mama akan susun barang cantik-cantik kat cashier tu. Patutnya, lambakkan jek kan? Biarlah cashier tu terkontang-kanting. :)

Pantry kecik kami.
Oh yes! Semua barang harus disusun sebegini rupa mengikut spesifikasi mama. Spec orang lain semua tak boleh pakai. #gila kejam. 

Nasiblah kat shopping complex tu dia dah susun cantik-cantik, kalau tak mahulah agaknya mama tolong susunkan, ye dak?