LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 24 May 2012

Adik and Peace Yo!

Assalamualaikum...

Walaupun umur baru setahun jagung, tapi dia dah pandai. Asal nampak mama pegang camera jek, dia dah ready siap-siap, tersengih dengan  tangan "peace" dia. Tak percaya? Tengoklah sendiri.







Adik oh Adik!

Tuesday 22 May 2012

Menyebok Jek Lebih

Assalamualaikum...

Dulu-dulu, basuh baju masa weekend jek. Tu pun kena selongkar habis satu rumah nak bagi banyak sikit baju/ kain untuk dibasuh. Yelah, masa tu mana ada mesin basuh sendiri lagi. Bila nak basuh baju jek, bawaklah baju sepenuh bakul, segala macam sabun and softener, korek duit syiling asal cukup RM2, then pergilah mana-mana blok students yang ada mesin basuh ni. Kalau basuh banyak, berbaloilah sikit korek tabung tadi, kan. Hehehehe

Sekarang ni, bila mama dah bekerja, anak pun dah 2, doing laundary during the weekend dah tak optimum lagi. Mesin basuh yang kat rumah tu terpaksa bekerja sangat keras, kena membasuh sampai 2-3 round. Bila dah basuh 2-3 round ni, harap maklum saja lah. Baju/kain punyalah banyak, tempat nak sidainya pulak tak cukup.

Kalau mama cukup rajin atau pun dah tak dapat menahan perasaan tengok kain tinggi menggunung, on the weekdays tu, mama cucilah jugak. Doing the laundary is theraputic enough (at least, for me! Ahaks), lagi-lagi kalau basuh dengan tangan,kan, lagi syahdu. Tu pun if tak ada yang menangis nak masuk bilik air sekali atau pun sekadar nak mengacau main air.

Peace!

"Ya Allah, baby comot", kata si abang Adam.

Alamak, bila masa pulak tangan ni comot-momot?
Baru perasan.


Nampak tak? Bila mama buzy, dia pun buzy jugaklah. Saja nak bagi mama extra work, kan.

Adam spray perfume mama kat perut Adik. "Perut baby comot".
Atoiii...

p/s: Tips untuk orang yang sibuk ala-ala YB gitu.


Terus lipat dan-dan tu jugak kain yang baru diangkat dari jemuran. Tau dah, mesti tak ada masa punya nak lipat kalau dah biar bergumpal dalam bilik tu. Baik lipat bodoh-bodoh macam ni jek dulu, sekurang-kurangnya baju tak adalah berkedut seribu. Bila dah tak buzy, bolehlah lipat cantik-cantik sambil tengok CSI. Hehehehe...

Monday 21 May 2012

Challenge Accepted

Assalamualaikum...

Challenge accepted! Ada gaya macam Barney Stinson ( How I Met Your Mother) tak? Hehehehehe...

Sama ada mama ni terlalu optimis atau pun sangat perasan bagus (^__~), wallahualam. Yang pastinya, mama sangat tidak mensukai orang yang awal-awal dah angkat tangan surrender, padahal belum cuba pun lagi. Orang-orang macam ni, pergi main jauh-jauhlah!

Dalam hidup ni, mana ada benda senang. Nak makan pun susah,tau. Apa kata kita keluar sikit daripada comfort zone kita, kita cabar kebolehan diri. Cewahhh... (Macam pakar motivasi berjaya pulak, kan! Hehehehe...). Manalah tau, dalam pada kita nak mencabar kebolehan diri tu, kita terdiscover pulak bakat terendam kita.



Cubaan mama menguji diri sendiri. Hahahaha... Orang dah kata dah, tak nak percaya. Selalu mama dengar daripada orang-orang yang berkebolehan menjahit, even mak mama sendiri selalu kata, nak buat baju budak sangat susah, sebab baju depa kecil. Pada mama yang pandai pakai dan komplen saja ni, apalah susahnya, baju jugak. Sama jek nak jahitnya. Dah cuba, baru tau. Time-time tu jugak rasa macam nak pi jek hantar kat tukang jahit. Hahahaha...

Adam ni too fast too furious lah pulak tumbesarannya. Baju Melayu raya tahun lepas dah kecil jadinya. Bila pakai, dah nampak macam pakai baju Adik. Mama pun cuba try testlah (kononnya terrerlah, kan!) jahit baju melayu untuk dia. Buruk-buruk pun tak kesahlah, janji dapatlah dia pakai pi sekolah pada hari Jumaat atau ikut papa/atuk pi solat Jumaat/surau. Nasib baiklah Adam mood baik masa ni, dapatlah mama trykan baju ni kat dia. Memang tercabar sangat buat baju Melayu ni, tapi mama tak serik. Kalau ada masa, mama nak buat lagi,tapi dengan syarat Adik tak kacaulah. Oh ye! Baju yang 3/4 siap ni mama nak kena otter balik, nak kena besarkan banyak. Hahaha...

Berketui-ketui kaki si pengacau ni.

DJ kata macam peha ayam. Aah, ayam daging terlebih makan. Hahahaha
Twister gaya mama.
As requested (bukan nak mencabar kebolehan diri), sebab ada left-over roti canai, mama buat rolls lagi. Ingat tak mama pernah buat prata rolls sebelum ni? Masa tu, mama guna sardin. Tengok-tengok dalam fridge ada pulak ayam goreng instant, and ting! Bolehlah buat macam twister kat KFC nun, tapi ni diubahsuai ikut sedap anak tekak lah. Papa puji kata sedap. Iyolah tu! (@__@)

Roti arab lari dari kebiasaan.
Asalnya nak buat pizza, alih-alih jadi roti arab pulak. Hahaha... itulah kalau dah namanya perempuan. Fikiran boleh berubah dalam sekelip mata. (Mama jelah kot, orang lain tak rasanya, kan? Hehehehehe...). Kebiasaannya roti arab deep fried. Sebab mama ni so-called concern lah sangat pasal kesihatan ni, (tak sihat kan deep fried tu... Hehehehe), mama pun trylah pan fried jek. Minyak pun letak setitik dua jek, tu pun guna minyak zaitun. Papa kata dah macam roti nan dah. Kenalah cari tempayan pulak. (^^,).


Apa-apa pun, tak boleh tahan bila ada yang kata, "Pandai pulak ko...bla...bla...".
Eh, eh... bodoh ke aku selama ni??(Emosi-onal) Hahahaha...

Friday 18 May 2012

Jangan!

Assalamualaikum...

Dah pun hari jumaat. Dihari jumaat yang mulia ni, apa kata kita bermuhasabah sikit? Boleh, kan, kan, kan? (^_____^)

Sumber: Kak Rose



JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.
Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.
Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu

Thursday 17 May 2012

Syndrome Apakah Ini?

Assalamualaikum...

Mama rasa ada yang tak kena dengan mama ni. Mama tak taulah kalau-kalau ada orang yang mengalami syndrome yang sama macam mama ni.

Pergi kedai buku, berbondong-bondong beli buku.
Pergi kedai kain, berela-ela beli kain.

Macam contoh, pergi SSF baru ni, hajat asalnya nak teman PIC jek, sambil-sambil tu nak tengok-tengok. Agaknya apalah istilah tengok-tengok aje dalam kamus shopping mama ek? Hehehehe... Dalam pada nak tengok-tengok aje tu, sempat jugaklah 'lost' sekeping dua RM50. (^^,)

PIC beli ni. Pat hinggit pat posen satu after less.

Lepas ditransformasi. Cantik tak?

Tak puas hati tengok-tengok jek, mama pergi lagi for the second time. Kali ni pergi memang dengan niat untuk bershopping. Oh ye! SSF Melaka is closing so soon. Depa buat clearance sale with 50% off. Haruslah shopping sakan, kan? Hahahaha...

Hasil shopping mama. 
Nipis sekejap beg duit mama. Nasib baiklah barang-barang yang mama beli ni untuk orang lain yang nak kahwin, then dapatlah mama claim. Horrayy! Hehehehe...


Berpinar tak mata tengok tag 50% off tu? 
Sekarang ni mama masih berkira-kira, nak pergi lagi ke tak SSF ni.

Research dan Research

Assalamualaikum...

Entah apa angin yang meniup, tiba-tiba FSKM berhajat nak buat Bengkel Penyelidikan (Research Workshop) yang mana tak lain tak bukan tujuaannya adalah untuk produce researchs yang top kualiti sehingga boleh lepas FRGS. FRGS tu pada mama tahap tertinggi dah tu, aim mama for the time being is to produce research for confirmation purpose dulu. Dah confirm nanti, pelan-pelan kayuh, bolehlah apply for FRGS pula.

Akhirnya 11 Mei 2012 (Jumaat) yang lepas, lepaslah hajat FSKM ni. Atas budget constraint, makanya bengkel ni hanya dapat dibuat di Cozzi Hotel, Teluk Kemang, Port Dickson sahaja. Jadi lah, kan daripada kat dalam UiTM ni aje.

Disebabkan mama bawak family, makanya budget adalah daripada poket sendiri.

Cuba try test katil dengan aksi menggeletek Adik oleh Adam.

View dari tingkap bilik kami, picture captured by Adam.

Check bilik air pulak?
Mama tak nak komen pasal hotel ni, sebab kalau nak dikomen, memang akan berjela-jela lah komennya. Mama try berlapang dada dengan niat bawa anak-anak jalan-jalan (Depa asyik terperuk di rumah jek. Kesian.) disamping mama pergi kerja.

While mama memerah otak mencari idea for the research,
 inilah kerja hero-hero mama.


The bestest picture ever.


Quoted from FB Dr. Niza : With my ex-UTM students who are now working at UiTM Melaka

Done with the one at PD, naik jek minggu ni, sekali lagi kami disajikan dengan hal research. Kali ni Kolokium Penyelidikan lah pulak.

Kolokium ni dah jadi satu program wajib FSKM. Every sem mesti nak kena organize, and those yang ada research and nak share dengan ramai-ramai, makanya rebutlah peluang present masa kat kolokium ni. Since mama bukanlah seorang yang research produvtive, makanya mama jadi pendengar saja.

Monday 14 May 2012

Kesihatan Diri

Assalamualaikum...

Kesempatan berada dirumah di hari Ahad, bila mana semua stesyen TV tak ada satu pun tayang cerita best, mama tertengok pulak TV Alhijrah. Yang menarik perhatian mama masa tu ialah The Dr. Oz Show. Mama dah lupa manalah mama pernah kenal Dr. Oz ni. Sama ada dari Ellen, Martha Stewart atau pun Oprah talk show, mama pun tak pasti.

Show ni adalah satu show yang sangat-sangat bagus untuk ditengok. Very informative. Mama mama tengok semalam, Dr. Oz membincangkan mengenai pengsan. "Faint can be fatal?". Lebih kurang macam tulah. Antara tips yang dikongsi oleh Dr. Oz ialah:
  1. If it happen to be kita (atau sesiapa around us) tiba-tiba pengsan dirumah, first thing to do is tinggikan kedudukan kaki. Tak kisahlah nak letakkan kaki atas kerusi ke, atas riba ke, atas bantal ke. Oh ye! Jangan sesekali letak bantal dikepala. Berkemungkinan kita pengsan disebabkan oleh kurangnya pengaliran darah ke otak. Meninggikan kepala hanya akan worstkan lagi keadaan. Kedudukan kaki yang lebih tinggi akan mengalirkan lebih banyak darah ke otak.
  2. Letakkan sedikit gula dibawah lidah. Boleh jadi kita pengsan disebabkan tak ada energy. Gula tersebut dapat membantu mengembalikan sedikit energy. Jangan sesekali bagi orang yang pengsan minum (orang tengah pengsan, ko nak bagi minum buat apa).
  3. Setelah sedar, orang yang pengsan perlulah mendapatkan rawatan i.e consultation from medical expert. 
  4. Mereka-mereka yang selalu mengalami sakit kepala (tanpa sebab), go get  consultation from medical expert.
Daripada penerangan Dr. Oz, ada satu salur darah yang besar menghubungkan antara otak dan jantung manusia.  Mama tak ingat sangat, so mama researchla sikit kat Google,and apa yang mama baca disini, bila mana salur darah i.e arteri yang membawa darah ke otak tersumbat, ianya boleh membawa kepada mati otak. 
Mati otak ditakrifkan sebagai pemberhentian secara kekal pusat-pusat penting di
bahagian pangkal otak (Brain Stem) yang berperanan untuk mengekalkan proses
pernafasan secara spontan dan mengekalkan aliran arah ke seluruh badan.- 
(KONSEP MATI OTAK DAN EUTHANASIA )

Otak manusia memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang berterusan yang dibawa oleh darah, and sekiranya aliran darah ini terganggu (salur darah pecah atau tersumbat), bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Jika hal ini berlaku lebih dari 2 jam, maka bahagian otak yang menerima bekalan daripadanya akan mati.- (JAGA DIRI)

Baca lagi sini dan sini.

On the other hand, petang semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita Atuk (sebelah papa, i.e MIL's father) kena serangan mild stroke, due to hypertension. Masa di ER Hospital Jasin, his BP was 180/138. (Toooo high). After CT scan, tengok ada pendarahan kat otak. He is now at GH Melaka. Our nenek is still kat GH Melaka ( today is the 8th day) because of her kidney condition and she has no idea about Atuk.

Moral story is keep your heart healthy, and it will keep other things right for us.

Friday 11 May 2012

Tengoklah

Assalamualaikum...

Sampai jek mama kat rumah, MIL terus cakap "Tengoklah gambar anak awak tu."

Segak bergaya, kan?

Tuesday 8 May 2012

Lambat

Assalamualaikum...

Tajuk entry tak ada kena mengena dengan isi dia. Hehehehe...

Dah nak masuk 2 minggu mama naik cuti, baru hari ni sampai hajat nak share kat blog. Lambatttt..

Apa-apa pun, jom kita layan gambar jom.



Main-main sekejap dekat R&R. Asal dapat main, happy aje budak-budak ni.

Pengantin at Tg. Karang, Mida.



 Alang kepalang dah lalu Teluk Intan, wajiblah bergambar kat sini, kan.




Mandi lah sungai puas-puas. Dah balik Melaka, memang tak dapat dah la.

Mak and Abah (baru)


Orang tak pernah bel;akang rumah ada sawah, kan. Hehehehe

Mandi-manda disungai lagi. 


Pasembor ( pasembot @ pasemboq? ). RM3 makan sampai penuh perut. 

Rupa-rupanya orang Melaka panggil ni asam paya. Orang Kedah panggil buah kelubi, no wonderlah papa tak tau.


Mama frust sebab tak dapat pi anak makngah bertunang on 1 May, sebab rushing balik Melaka on 28 April tu. Papa ada kerja nak kena submit on 30 April.