LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 28 June 2012

Bingai Sungguh

Assalamualaikum...

Dalam minggu ni, mama rasa kepala mama tak berapa nak centre lah. Entah apa lah yang menghantui fikiran mama ni, idakle mama tahu. Fikiran sendiri pun tak tahu, eh?? Mama macam lost-and-faun dalam dunia sendiri jek. Asyik berangan entah apa benda. 

Dua tiga hari lepas, mama tersalah pi buka pintu bilik orang lain. Al-kisahnya, mama nak lah pi bilik Cik DJ masa tu, nak ajak pi makan, alih-alih lepas jek dari KAMI tu, teruslah mama pi bukak pintu bilik yang first sekali. Buntang mata orang dalam tu tengok mama tiba-tiba buka pintu bilik depa, kan. Mind you, bilik tu keadaannya sejibik macam keadaan nak ke bilik Cik DJ. Tu lah, berangan lagi!

Baru jek kejap tadi, mama mengalami lagi kejadian yang sama. After dah settle menuntut ilmu, dah menurun bagai (Siap menurun kau! Hehehehe...Mununtut ilmu logic sebab mama kan macam tak berapa nak logik jek...), mama pun suka hati lah nak balik ke bilik sendiri. Dah sampai jek (kononnya), tanpa menoleh kiri-kanan-kiri lagi, mama teruslah masukkan kunci nak buka pintu. Putar-putar tak boleh. Try lagi. Tak boleh jugak. Siap tarik-tarik pintu sikit ni, kotlah mana la tau dia stuck ke apa kan. (^.^'') Dalam hati dah berkata-kata haruslah call BPF ni, tak boleh nak unlock. Tengah gelabah-gelabah ayam tu, mama terpandanglah pintu bilik belakang mama ni. Aih, sejak bila pulak depa ada tag "Shoes off, please!" ni. Tak pernah tengok pun. Sekali tengok nama kat pintu tu, baru nak sedar yang mama ni dah salah bilik. Bilik mama tingkat atas lah! Nasiblah tak ada orang kat dalam, kalau tak merasalah mama kena tuduh cuba menceroboh. Fuhhh.... *lap peluh kat dahi.

Terus jek mama meluru nak naik atas, yang kunci ni tadi tertinggal pulak kat pintu tu. Tak sedar lagi ni. Raba punya raba dalam handbag tengok tak ada, kunci kereta and kunci rumah adalah, kan. Gelabah lagi. Turun balik tengok cantik jek kunci mama kat pintu bilik orang, kan. 

Bingai sungguhlah mama minggu ni. Harap-harap minggu depan back to normal baliklah.

Agak-agak kan, awatlah yang mama ni bingai sangat ni minggu ni?Erm.. *berfikir. 

Wednesday 27 June 2012

Sembang Secara Pukal

Assalamualaikum...

Perlu ke mention secara pukal? Bukan selama ni memang semua sekali kaut jek ke sembang? Hehehehe...

Students dan Students

Semalam mama ada kelas 430pm, kelas pre-com. Bayangkan jelah, sampai naik letih mama nak tunggu all day long for that class, bila masuk kelas jek, mula lah nak naik hantu. (Kat bukit-bukau kayangan sana memang berhantu pun, kan??) Rasa nak marah jek. Students pulak, harap maklum jelah, budak pe-com. Depa ni memang lain sikit. Tu yang nak meruap jek rasa tu. Yang paling buat mama nak hangin satu badan tahap dewa tu, adalah pulak students yang tak faham bahasa ni nak tumpang kereta mama. Amboih! Banyak cantik muka? Ingat mama ni kakak angkat depa ke?

Silap mama jugak. Jumaat last week, masa depa mintak tumpang, mama tumpangkan le. Yela, tak sampai hati pulak nak tolak, kan. Mana lah pulak mama nak tau yang lepas tu hari-hari depa nak mintak tumpang. Tolonglah! Terus mama rasa annoyed gila. Mama tengok budak-budak ni pun dah lain macam dah. 

Tengah mama bebai-bebai masa dah habis kelas tu, tiba-tiba students mama sem lepas tegur. Siap bersalam, ber"i miss u so much-i miss u too" and berpeluk-peluk bagai, terus rasa macam cool. Hehehehe....


DL and KG
Papa adalah tanya mama semalam, why oh why lah uols asyiklah dok tanya pasal DL ( Dean List) ke tak DL ni. Sebab katanya, he never concerned pasal mende alah ni masa study kat UTM dulu. Everytime dapat result, yang selalu ditanya adalah KG ( Kedudukan Gagal) ke tak. Memang tergelak lah mama masa dengar papa cerita semalam. Aah lah, kan. Ye tak ye jugak. 

Papa kata, zaman dia dulu, depa tak diguide pun masa nak daftar subject, main daftar ikut suka hati jek. Sudahnya, diri sendirilah yang KG sebab daftar subject tahun 4 masa tahun 1. Sekarang ni, students dah senang, masuk-masuk jek fakulti dah guide which subject nak register. (<--- Defensive sangat nih!) (^___^)


Cakap Apa?
Berikut adalah kejadian yang berlaku lepas mama mengepau kiss daripada Adam sebagai upah bancuh susu..Hehehe...

Mama: Kena cakap apa?
Adam: Sowi..
Mama: Bukanlah. Dah kiss kena cakap apa?
Adam: Taceh.
Mama:Bukanlah. I...
Adam:I...sowi.
Mama: Bukan.
Adam:Ba ba yu?
Mama: Ha...Pandai pun. Lepas kiss kena lah cakap "I love u".

Bila dah banyak sangat "cakap apa?", naik confius dah budak tu. Walaupun ditanya bertubi-tubi oleh mama, tetap ni mata tu dok tengok TV. Adam...Adam...


Masterchef Selebriti
Currently, favourite show mama kat TV is Masterchef Selebriti, Astro 104. Padahal, Masterchef yang sebelum ni (alah, yang Dr. Ezani menang tu) tak pernah tengok pun. Kalau tengok pun, yang ulangan punya. Kali ni, punyalah mama ni siap jadi penonton setia ni. Janganlah time cerita mama ni, ko nak tengok kartun or whatsoever. Memang boleh membuatkan mama menjadi mak naga sekejap. Hehehehe...

Tapi kan, dalam pada dok setia bukan main dengan cerita tu kan, terlepas tengoklah jugak mama dengan episod penyingkiran yang mana masa tu, Tanuja keluar. Mama jadi sadis pulak nak tengok bila mana Tomok kena masuk penyingkiran. It's not that mama ni peminat kejung Tomok, tapi it's more like kesiannya nak tengok dia kicked out selepas bertungkus-lumus segala-mala.

Semalam, palinglah rasa macam sedih sangat. (Sedih la sangattt, kan!) Boleh lah pulak si Jehan Miskin ni terkeluar. Sayu sungguh mama rasa. (Drama sangat!) Setelah 5 minggu katanya dalam masterchef selebriti ni, akhirnya Jehan tersungkur dengan Kari Hari-hari Mau nya yang kata Papa Joe, indah rupa dari rasa. Oh no! Sadis sungguh komen beliau. Apa-apa pun, it's not the end of the world. Jehan dah keluaq, ramai lagi ada dalalm tu.

Oh, by the way, mama strongly believe that Datuk Fazley will win. Just wait and see lah!


Thursday 21 June 2012

Typical Mama

Assalamualaikum...

Dulu-dulu, masa belum kahwin, mama selalulah berangan-angan kononnya bila mama dah jadi mak satu masa nanti, mama nak jadi mak yang paling cool in the world. Konon-konon mak yang open minded and sporting habislah mama ni. Kononnya lah, kan.

Sekarang ni, bila dah betul-betul jadi mak orang, angan-angan segala cool, segala sporting entah ke mana. Apa yang mama rasa sekarang ni mama adalah mak-mak yang sangat typical.

Macam-macamlah mama ni kan, ada pulak typical tak typical bagai.

Kalau kat rumah tu rasanya, lately ni makin teruk, mama asyiklah membebel aje. Ya ampun! Kalau tak bebelkan budak-budak berdua tu, mesti bebelkan papa. Hehehe... *Ampun ye papa! Rasa macam tak senang duduk kalau tak membebel. Hahaha...

Bukan orang kat rumah ni jek yang tension kena bebel, yang membebel ni pun naik tension jugak tau! Sampaikan satu tahap tu mama rasa, baiklah mama duduk kat ofis jek. At least, tak adalah mama nak membebel-bebel kan. Boleh buat gaduh wo!

Apalah sebab agaknya ek mama ni asyik nak membebel aje? Penat tau membebel, sebab tu boleh tension.  Tak ada maknanyalah mama nak menjadikan membebel as a hobi. Ingat best ke bebel-bebel ni?

Kadang-kadang terasa diri macam kel*** pulak. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Sebab tulah episod bebelan ni tak habis-habis. Itulah, cerewat sangat kan. Itu tak kena, ini tak betul. Bukan macam ni, bukan macam tu.


Baiklah, mulai hari ni, bahawasanya mama berazam untuk kurangkan membebel. (~.^) Oh, nak kurangkan membebel kenalah kurangkan kecerewetan itu. (*.*")

Oh ye! Kalau rumah tu macam tongkang pecah, janganlah ada yang membebel kat mama pulak. Sendiri mau ingatlah the reasons why mama asyik membebel.

Monday 18 June 2012

Hangus Terbakar

Assalamualaikum...

Apa yang hangus? Apa yang terbakar?

Weekend lepas mama lebih rajin sikit compared to weekend sebelum-sebelumnya. Kenapa rajin sangat? Entahlah, tiba-tiba jek rasa macam nak rajin. Hehehehe... (Boleh gitu???)

Atas kerajinan yang terlebih, mama pun menggodek-godeklah apa yang ada kat dapur untuk buat apple pie (kononnya). Sebenarnya ini adalah the very first attempt sebenarnya. Baru nak try guna puff pastri.

Rentung apple pie mak,nok!
Tak pernah buat, kan so mama pun main hentam jek lah, bake for entah berapa minit ( dah lupa). Sambil tunggu pie ni dalam oven, mama pun ralitlah tengok TV. Jahanam pie aku! Hehehehe...
Jaga, jangan hitam terbakar lagi.


Akhirnya, second batch menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Masa nak makan tu, drizzle sikit some syrup masa masak apple tu. Sedappppp, tapi manis boleh kerat jari punya.


Another siri of rajin. Meng-cupcakes pulak. Dalam resipi kata bake for about 18 to 20 minutes. Mama mungkinlah masak dalam 23 minutes kot, and the base of the cuppies macam dah hangit. Oh my! Am I losing my touch? *touchlah sangat!
Melimpah-ruah
Lesson learned from these 2 episodes of hangus terbakar:

  1. When baking, kalau dah bau apa-apa yang lain macam tu, pleaselah jenguk oven anda. Kalau tak, cik tong jeklah yang kenyang, anda melopong sebab hasil kreativiti anda dah lain jadinya. 
  2. Untuk mendapatkan cuppies yang cantik molek, isi batter sehingga 1/2 atau 3/4 of the liners saja. Isi banyak-banyak nanti jadilah episod duka macam mama.
  3. Jangan gunakan sirap rose to substitute the red food colouring *i did*. Bukan jek tak merah, ada pulak rasa rose lagi. Foul betul lah!

Apa-apa pun, mama happy sebab at the end of the day, mama still ada sesuatu yang cantik untuk ditayang. Tadaaaaa!!!!!!

Cake-in-a-glass.
Cari punya cari, sebab tak ada jar to put the cake, mama guna gelas jek. Cantik jugak, kan? Yang penting, papa puji sedap. 



Budak-budak penyedap hati.

Friday 15 June 2012

Amboi

Assalamualikum...

Mama selalu puji-puji Adam, kata gigi dia cantik, and dia pun akan kembang-kembanglah. Sengih sampai telinga. Sambil-sambil tu, mama selitlah sikit-sikit pesanan penaja, tak lain tak bukan mestilah pasal gosok gigi.

Walaupun Adam tu jaaaaaaarang gosok gigi, tapi mama kagum, gigi dia maintain cantik. Kalau budak lain, mau dah rongak tinggal tunggul jek semua. Pernah jugaklah mama tengok anak colleague mama, sebaya dengan Adam jugak, tapi gigi semua dah habis. *sigh. In fact, sepupu dia pun sama, hanyut dah semua gigi-giginya.

Papa ada download satu cerita kartun budak-budak pasal kebersihan gigi ni. Adalah dalam cerita tu ulat makan gigi. So, sekarang ni senanglah mama nak acah-acah dia, sebab dia dah tau how ulat makan gigi. Heeeee... *Thanks ye papa!

Kepimpinan kan melaui tauladan,kan. So, satu hari tu masa borak-borak dengan dia mama pun tunjukkan lah akibatnya kalau tak gosok gigi, dengan menunjukkan gigi mama kat dia. Sekali...

"Gosok gigi lah mama"

Hamboih!
Pandai sangat lah tu!
Sentap mak, tau.

Thursday 14 June 2012

Makanan Pelik-Pelik

Assalamualaikum...

Hari ni kelas mama start pukul 2.30pm. Back-to-back, ok sampai pukul 6.20pm kang. Sementara tu, jom kita merapu sikit. Bolehla, eh?

Seumur hiduplah, agak-agaknya ada tak makanan yang biasa-biasa yang selalu kita makan tapi orang lain rasa macam pelik jek, apa yang ko makan ni. Ada tak? Meh mama nak story-mory sikit.


Pajeri Mangga


Ni lah first time seumur hidup mama jumpa pajeri mangga. Kalau pajeri nanas atau pajeri terung tu, memang biasa lah pada mama. Memang selalu pun disantapkan. Rupa-rupanya, kat Melaka, pajeri mangga is biasa. MIL kata, tak sedap. Pajeri nanas or pajeri terung wayyyyy better. Oh ye! Pajeri ni mama terdiscover masa kenduri makcik sebelah hari tu.


Minyak Lauk


Oh, ni antara favourite mama. Apa tu minyak lauk? Minyak lauk tu ialah minyak yang digunakan untuk goreng ikan. Sedap weh, tak percaya cubalah try. Nasi putih panas-panas berasap tu, splash sikit minyak goreng ikan tu, lepas tu curah kicap. Boleh lupa diri masa makan nasi. Hehehehe...

Tapi awas! Amaran keras untuk yang tengah berdiet atau pun tak pernah diet. Makanan ni kalau diamalkan, insyaAllah, mencanak-canaklah naik berat tu.


Pisang Cicah Sambal



Pisang goreng cicah sambal memang tak pelik. Ni biasa jek. Biasa sangat. Siapa pernah makan pisang fresh cicah sambal? 

Tengok, tengok...mana ada. Mama sorang jek. Tak ke pelik tu. Hehehehe...

Encik Hafiz sangat pelik bila tengok mama cicah pisang dengan sambal. Tak habis-habis dia kata "Peliknya...peliknya". Rasanya sama jekla macam makan goreng pisang tu. 

Agaknya dah memang asal kejadian mama macam tu kan, apa saja seboleh-bolehnya nak dicicah. Hahahaha...


Yang ni sumpah tak pelik. Hehehehe...Saja mama nak show off sikit. :P

So called BigMac, versi mama.
Mama cukup rajin untuk buat BigMac versi sendiri, dengan membuat pattynya sendiri. Will buat again, someday. Yes i will, i willl...

Tasty pockets
Saja jek nak letak nama yang wahhh sikit. Hehehe... Bila tiba-tiba jek ting! dapat idea, terus mama bersilat kat dapur, siapkan ni. Sedap, sedap. ( Puji diri sendiri..Ahaks!). Percaya tak, semua ni mama and papa jek yang makan. 



Wednesday 13 June 2012

Apa Kata Adam?

Assalamualaikum...

Isnin lepas (11 Jun), papa bawa Adam ke Hospital Melaka for speech therapy. Sejak bersekolah, Adam semakin petah bercakap, walaupun still ada pelat-pelat sikit. Tapi still kena go for the therapy, once in 2-3 month.(Eh, betul ke pa?)

Papa kata, untuk appointment speech ni, kita kena sharp, means kena sampai on time. Kalau appointment pukul 8am, 7.59am sekurang-kurangnya kita dah terpacak kat sana. For each patient yang go for speech therapy ni, depa (the therapist) allocate plus minus 30 minutes. Setakat ni, mama rasa adalah kot 2 kali mama ikut Adam pi appointment ni.

Apa yang mama tengok, bila dengan therapist ni, Adam sangat mendengar kata and very co-operative. Pernah masa tu, mama ikut Adam, and masa nak start session Adam tu, Adam ada main sesuatu yang kotorkan tangan dia (pegang kasut kot! Dah lupa la...hehehe). Therapist tu bawa Adam pergi sinki, suruh Adam cuci tangan (with soap and water ok!) lap tangan kering-kering, then buang tissue tu dalam bakul sampah. Adam ikut tanpa 'eh' sekali pun. Betapa lah dia ni suka nak dengar cakap orang lain daripada mama papa dia sendiri, kan?

Masa appointment baru-baru ni, papa kata papa pasang telinga, cuba dengar apalah yang therapist tu buat dengan Adam, kan. Oh, ye! Session ni dia buat dalam bilik (macam-macam toy ada, ok dalam bilik ni. Thats why la Adam super happy to go for his session) and parents tak boleh masuk.

Adam: Lembu
Adam: Ayam

(Mungkin therapist tu tunjuk flash card kot.)

Adam      : Lembu
Therapist : Bukan lembu. Apa ni?
Adam      : ??? (Blur kot, sebab tak cakap apa-apa)
Therapist : Ku...
Adam      : Ku...
Therapist : Kuda
Adam      : Kuda

Hahaha...Mama gelak jek bila dengar papa cerita. Iyelah, manalah Adam ni pernah tengok kuda. Kalau setakat lembu, kambing, ayam tu dia taulah, kan. Hari-hari dia tengok. Tulah, nama jek ada Zoo Melaka, bukannya nak pergi,kan. Animal Planet jauh sekalilah. Memang tak termasuk pun dalam list wajib tonton dia (and mama, too... Hehehe).

Therapist : Ibu Adam mana?
Adam      : Ibu...Ibu...Ibu...
Therapist : Ibu Adam kerja?
Adam      : Mama kerja.

Ni lagi satu. Manalah Adam tahu ibu, sebab mak dia, dia panggil mama. The one and only ibu yang dia kenal is makcik yang jaga dia masa kat nursery masa atuk and nenek pergi haji tahun lepas. Itu pun agaknya susah dia nak explain ibu jaga baby (tapi jaga kawan-kawan jugak). Hahahahaha...

Therapist : Mama pergi kerja naik apa?
Adam      : Mama work car mama kancil.
Therapist : Oo..Mama naik car kancil. Adam datang dengan papa naik apa?
Adam      : Car tok owah.
Therapist : Ha? Car Tok Owah?
Adam      : Car Tok Owah.

Hahaha... Mama dapatlah membayangkan betapa cluelessnya therapist tu how car tok owah is look like. There is no such car yang sipi-sipi sounds like "Tok Owah".  Hahahaha... Tok Owah is actually Tok Dollah, which is atuk dia. Apa yang Adam cuba bagitau kat therapist tu was that, papa pinjam car atuk bawa dia pi hospital.

Car Tok Owah

"Ouhhh...Saya ingatkan kereta apalah tok owah ni" kata therapist tersebut selepas diexplainkan oleh papa.

Hahahahaha...

Tuesday 12 June 2012

Semester Baru

Assalamualaikum...

Semalam, Isnin (11 Jun 2012) semester baru dah start secara rasminya. Kalau diikutkan kalendar akademik yang dikeluarkan oleh Shah Alam, midsem break ialah pada minggu ke 11, iaitu masa raya nanti.

Kuliah akan berakhir pada minggu ke 14, iaitu pada 21 September, following by a week of study leave and lepas tu, examlah.

Semester ni, rata-rata lecturer (FSKM saja lah) dapat 14 ATA, tapi mama sebab terlebih dedikasi, mama dapat 18. Hehehehe... Dedikasi sangat, kan. Sem ni mama apply untuk ajar PJJ, kalau ATA tak cukup 18, nanti tak dapatlah pulak nak claimnya. (<---- Ingat nak claimmmmm aje... \/(^___^)\/)

Oh ye! Sem ni mama ajar 2 kod baru, Logic and Pre-Com. Semalam kelas dengan pre-com, mama masuk lambat sikit. Dah takde pulak studentnya bila mama sampai kelas. Samada depa dah blah (sebab lecturernya lambat) atau pun ada salah faham jadual.

Thursday 7 June 2012

Ujian Allah

Assalamualaikum...

Baru jek kejap tadi, mama baca status seorang friend mama kat FB. Actually, friend mama ni senior mama masa kat maktab dulu. Mama rasa sedih bila baca status dia yang mengupdate pasal keadaan anak dia, baby Aufa umur 9 bulan, disahkan menghidap left hemiplegia and gross motor delay.

Baby Aufa.
Source FB Kak Yatie

" Umo 9 bln tp brt.bru 6.7kg... 9 bln still x pndai mergkak... Mniarap sekejp dh xtahan.. X gune tgn kiri utk pgang pape or ain... Saiz kaki kiri kcil sdkit bbnding kanan..."- Kak Yatie

Aufa disahkan menghidap left hemiplegia and gross motor delay ni lepas dah buat MRI. Melalui MRI, aktiviti otak dapat dilihat, and bagi kes Aufa, kata Kak Yatie, doktor tengok otak kanan dia since otak kanan kawal bahagian badan sebelah kiri.

Apa yang dapat mama search sikit dengan pakcik G tadi, left hemiplegia and gross motor delay ni boleh disebabkan oleh dua benda, iaitu cerebral palsy and neuromuscular disorder. (<---Please aks Uncle G, tq! Hehehehe...).

Sebagai ibu, mama sangat memahami perasaan Kak Yatie sekarang ni. Tak kira apa sekali pun keadaan seseorang anak tu, dia tetap istemewa bagi ibu yang mengandung dan melahirkan dia.

Nasihat mama, for those yang belum ada anak lagi (ramai kawan mama yang baru kahwin ni), penjagaan kesihatan masa pregnant adalah sangat penting. Diulang, SANGAT PENTING. Ada some of the mommies out there (mungkin depa tak belajar tinggi mana, jadi depa kurang ilmu), pada depa, check up masa mengandung adalah menyusahkan. Yes, it is agak mengganggu. If you taknak gangguan, dont get pregnant. Senang jek. Once you got pregnant, jaga kandungan betul-betul.

Masa mama mengandungkan Adam dulu, pernah ada seorang perempuan Cina ni tegur mama, kenapa awal sangat datang jumpa Dr. Masa tu mama baru 4 bulan pregnant, baby bump pun tak nampak lagi, masih boleh pakai jeans ketat lagi. Hehehehe. Ada orang, mengandung dah 4-5 bulan, buku merah pun tak buat lagi. Penting bila buat buku merah ni ialah kita dah boleh start check-up. Tak kisahlah masa tu kita baru pregnant 4 minggu pun.

Bila kita pergi for check-up, our BP (blood pressure), urine, Hb akan dimonitor. If ada yang tak kena, misi bebel-bebellah sekejap. Adatlah tu. Bukannya dia saja-saja nak marah sebab sakit hati dengan kita, dia marah supaya kita jaga diri kita, kita kena ingat, kita bertanggungjawab untuk satu lagi nyawa.

Tak cukup dengan monitor segala bagai tu, mummies jugak akan dibekalkan dengan 3-4 macam ubat. Sepanjang mama mengandung dulu ( dah 2 kali dah), ubat yang selalu dapat, tiap kali pi check-up ialah Vit C (Ascorbic Acid) and Folic Acid. Selalu mommies skip ubat-ubat ni, sebab depa kata, bila makan ja ubat ni, depa muntah. Entahlah, pada mama, tahan jelah. Demi anak.

Masa pregnant, penting jugak mummies jaga pemakanan. Mama sangat jaga sebab mama takut bila pi check-up nanti, Hb low. Kalau darah untuk mak pun tak cukup, macam mana nak support baby dalam perut? Baby sangat bergantung kepada darah, sebabnya dari situlah dia nak dapat food and oksigen. Pada mama senang je, mama takut baby retarded, sebab tak cukup food and oksigen. (Mungkin pendapat mama ni medically totally out, but still, ini pendapat mama yang mama pegang sampai hari ni).

Once dah pregnant, usahalah sehabis mungkin untuk bagi yang paling terbaik kepada baby kita, sebabnya apa-apa pun, ia akan berbalik kepada kita.

Untuk kes Aufa, mama percaya Kak Yatie dah bagi yang terbaik masa pregnantkan Aufa dulu, ini semua qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan. Semoga Kak Yatie sekeluarga tabah dengan ujian Allah ni.

Oh, by the way, childeren with hemiplegia and gross motor delay ni boleh dilatih. Soon, with proper and continuous training,  Aufa can use his left hand and foot. InsyaAllah.

Monday 4 June 2012

Kembali

Assalamualaikum...

Angah kahwin.

Hidup berjiran-tetangga tak boleh nak ambil mudah. Say it kampung or bandar, sama saja keadaannya. Jadinya, bila jiran yang betul-betul sebelah rumah mama buat kerja kahwin, secara otomatis mama pun menjadi buzy (buat-buat buzy...hehehehe). Sampai ambil cuti, you! Manalah nak dapat jiran yang macam mama ni kan? (^___^)\/

Seminggu sebelum tu lagi, makcik sebelah tu dah buzy. Tau jelah orang kalau buat kerja kahwin macam mana keadaannya. Alhamdulillah, Sabtu hari tu dah langsung dah majlisnya, mama pun as a jiran, tumpang lega. Hehehehe... over, kan? ;D

Dah selesai rumah makcik sebelah, pagi-pagi Ahad, terus shoot pi KL pulak. Maklong mama pulak buat kerja kahwin. 

Pengantin baru. 


Maklong (baju purple) and Tok (baju hitam)
Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru to both couples. Semoga berbahagia hingga ke syurga.