LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 28 September 2012

Budget

Assalamualaikum...

Insyaallah PM 1Malaysia kita akan bentangkan Bajet 2013 petang ni. Mama tak harap banyak, bonus sebulan gaji pun dah cukup. Eh! Hehehehe...

Macam mana agaknya mama (ehem!) uruskan bajet family kecil mama ni?




Hah! First and foremost, mestilah kena tau segala hutang piutang dan segala-mala tanggungan. Setiap bulan, tanpa gagal mama akan come out with this so-called budget. Mesti mau kira kredit and debit ma... Hehehehe... Barulah boleh berjimba dengan tenang! :D



Bila gaji dah masuk, bolehlah dikeluarkan dan mulalah mensortkan mengikut kategori. Semua mama labelkan.

Selalunya, mama tak tunggu lama untuk settlekan semua urusan berkaitan, like beli barang dapur and susu pampers anak-anak. Bukan apa, mama takut nanti lama-lama duit tu dah terguna ke lain. PICs semua dah faham dah, kalau mama missing in action hari dapat gaji tu, tak lain menshoppinglah tu. Hehehehe...

Mama banyak kerja ni. Chiow chin chow.

Thursday 27 September 2012

Gelagat

Assalamualaikum...

Anak-anak adalah sangat comel. Ada-ada saja gelagat depa yang selalu buatkan mama teringat-ingat and gelak sorang-sorang. Macam orang tak betul! Hehehehe...

Dah siap galas beg. 

Adik sekarang dah rasa dia big boy. Hari-hari hantar abang pergi sekolah membuatkan dia pun nak bersekolah jugak. Sibuk dia nak galas beg jugak, padahal nak hantar abang jek pun. Hehehehe...



Abang dengan muka paksa-rela. 
Kesungguhan adik nak bersekolah sangatlah mama salute tinggi-tinggi sebab abangnya dah hampir-hampir surrender tak nak pergi sekolah.

Haruslah tengok tv menggalas beg. :D

Buat-buat tak sedar mama amik gambar dia.
Entah apa lah yang seronok sangat galas beg ni pun mama tak taulah. Alih-alih dia bagi beg suruh mama pakaikan kat dia. Since beg yang adik mintak mama pakaikan tu tak boleh nak digalas pun sebab tak ada tali belakang, mama grab jeklah mana yang ada. Kalut sangat dah sebab adik dah start menangis. Nampak tak isi apa dalam beg tu? ;P

Mengiurkan.
Lately ni mama rasa berkenan sungguh dengan baju pinky-pinky ni. Sangat menggoda. Hehehe... Rasa macam nak beli, pastu simpan for next AH. Macam confirm jek boleh dapat anak perempuan,kan? Takpe, takpe. Mama bagi can dekat orang yang baru-baru nak ber-anak ni dapat anak dulu. Tahun depan mama sambut baton anda. Hahahaha...Cant wait, but have to. :D




Friday 21 September 2012

Toys

Assalamualaikum...

Setiap hari, tanpa gaagl, Adam akan berusaha untuk minta toys baru. Kadang-kadang, mama layankan jek. Kadang-kadang, malas nak layan, mama buat-buatlah geletek-geletek ke, nanti dia dah gelak-gelak, lupalah terus ke toys dia tu.

Budak-budak berdua ni mainan semua yang murah-murah jek. Tak pernahlah pulak mama and papa ni nak belikan depa Toys'r'Us, Fisher Price jauh sekali. Kalau nak mainan, jom mama and papa bawa pi kedai RM2. (Malu nak cite). Hehehehe..gila kedekut. Adalah yang mahal-mahal sikit, RM20 cenggitu, tapi itu pun dah menggigil tangan rasanya nak membayar. Dasar tahik hidung masin. :D

Disebabkan murah dibeli, jarang diguna, inilah jadinya.


Melimpah ruah. Ini pun mama dah berkali-kali sort out mana yang dah rosak. Anak-anak mama, especially Adam, sungguhlah tak pandai sayangkan harta. Harta dia mainan lah. Kadang-kadang tu, mainan baru dibeli, belum sampai rumah pun lagi, dah rosak siap. At least, kalau beli kat kedai RM2 tu, idakle ralat sangat duit terbang melayang, kan. Hehehehe...

Macam-macam jenis lori.
Among all, inilah antara favourite Adam. Kalau kat rumah tu, ni lah yang selalu dibuat main. Adam ni, favourite dia bermusim. Akan ada satu masa tu, dia suka main kereta kecik-kecik jek. Nanti masa lain pulak, dia nak main bajak  jek. Tapi kalau orang tengok toys dia semua sepesen jek, kalau ada pun difference, colour jek kot yang lain. Hehehehe...


Favourite Adik.
Minat adik baru jek bercambah kat segala jenis toys ni. Dulu-dulu, dia tengok jek, tak heran pun. Sekarang ni, silap-silap boleh gaduh wooo... Adik minat dia, tak lain bajak. Tapi adik ni mama syak dia jenis yang setia. Kalau dah dia suka bajak tu, yang satu tulah dia main sampai hancur. Ye, sekejap jek dah hancur. Atuk kata adik ni "tukang pak ranah". Hehehehe... Like abang, like adik. :p



Bestnya main korek-korek tanah, kan. Mainlah sayang, mama bagi chance. Maklum sajalah, balik jek rumah, terus semua anak-anak sekali dengan mak pak nya berkurung dalam rumah. Malas nak keluar, penat bekerja kononnya. Time pergi jalan-jalan visit rumah baru lah anak-anak dapat lepas geram main tanah. :)


Oh ye! Agak-agakkan, mainan depa ni kalau mama jual murah-murah, ada yang nak beli tak? 
Hehehe...

p/s: Rumah dah penuh. ;P

Thursday 20 September 2012

Gilos

Assalamualaikum...








Semuanya adalah fantasi papa. Hebat tak? Hebat tak? :D

Rahsianya? 

.
.
.
.
.
.



Biarlah rahsia.
Nak tau, bayarlah. Hehehehe...





Tuesday 18 September 2012

Kesekian Kalinya

Assalamualaikum...

Cuba uolss-uolss try test tengok gambar-gambar kat bawah ni. Spot the differences?




Nampak tak? Nampak tak? Kalau uolss jadi mama, uolss mesti nak melompat bintang jugak, kan? 

Papa yang selalunya ala-ala cool, relax-relax tenang jek pun boleh jadi excited semacam, apatah lagi mama yang sejak azali memang hover excited ni, kan?

Segala-mala ukuran.


Apalah ertinya weekend pada mama, kalau tak pi tengok rumah idaman. Setakat ni, setiap minggu mama pergi, tanpa gagal. Hahahaha. Hebat, kan? Komited sungguh. *Tepuk dada* Tauke rumah tu pun kalah uolss. Kali ni pergi, berjayalah mama and papa tag team ambil ukuran segala pintu and tingkap. 



Papa yang super rajin, siap lukiskan. Mama pun dah faham sikit-sikit uolss. Nanti bolehlah uolss bayar mama lukiskan rumah uolss. Hehehehe... 

Ingat tak pasal siling rumah yang mama kata tinggi melangit tu? 


Disebabkan tak ada sorang pun antara weolss ni yang teringin nak jadi cicakman, makanya papa pun mencurilah idea yang abah bagi, buat bagi jadi 2 tingkat.


Secara kasarnya, macam ni lah ideanya. Atas tu nanti buat attic jek, tempat anak-anak bujang mama melepak. Nampak tak tangga tu? Muncung 14 kaki jugaklah mama sebelum mama decide kat mana nak buat tangga tu. Sabar jelah sabariah!

Tangga tu, kan, mama berangan nak buat macam ni ha.

source: On Sutton Place
Walla-weyy. 
Tak sabar dah ni!




Rujukan

Assalamualaikum...

source:  http://www.onsuttonplace.com/stairway-gallery-wall/
Pa, nanti kita buat tangga kita macam ni la. Ok tak?


Thursday 13 September 2012

Komitmen Yang Memenatkan

Assalamualaikum...

Minggu depan adalah minggu terakhir kuliah untuk semester ni. Maknanya minggu depan dah boleh 'sodaqallahal'azim'. Hehehehe... Cant wait, cant wait.

Penat sudah sampai ke kepala. Bahu sudah tak tertanggung lagi. Eh, penat takdelah seberapa, cumanya malas tu dah melebih-lebih. Hehehehehe...




Monday 10 September 2012

Iye ke? Tak percayalah!

Assalamualaikum...

Rasa mama, semua orang pernah mengalami situasi macam mama ni. Mama mengakulah, mama ni memanglah susah nak percaya cakap-cakap orang ni, unless ada bukti diprovidekan sekali. Gila kan?

Mama memang sangat dah tak boleh bersabar dah nak masuk rumah baru ni. Setakat ni, memanglah every week, tanpa gagal kami sekeluarga akan pi melawat rumah nan dicintahi lagi dinanti tu. Sampai Adam pun dah tahu, siap dah boleh explain kat atuk and nenek dia, "nak pergi tengok rumah". Punyalah selalu sangat, kan.

Before.

After.
Note the difference?
Tapi kan, yang buat mama nervous sekarang ni, duit nak naik rumah nanti adalah seciput. Takut tak cukup jek. Grill dah lah mak oii mahal. Semalam adalah mama and papa bawal PIL pi tengok rumah. Mama pun tanyalah kat FIL, dia punya anggaran untuk grill + api + air, agak-agak berapa? Adalah mama stated a sum of money. And FIL kata, mungkin tak cukup, MIL pun mencelah cakap benda yang sama. Mak aih... macam nak mati simpan duit, tak cukup lagi? Aduiii-yaiiii....

And you know what? Sungguhlah mama tak percaya. Mama rasa depa over-estimate. (Confident je kan mama ni). Tapi kan, kalau nak budget yang betul-betul punya, kenalah heret orang buat grill tu datang ukur. Mama rasa plus minus dalam RM5k jek. (Jek?? Banyak kot 5k tewww). Nak heret orang tuh pun, rasa macam malu pulak. Awal lagi, kunci pun entahkan bilalah  baru nak dapat.

Boss besaq and boss kecik melawat kawasan.



Siling tinggi melangit. 
Nampak tak? Siling hall rumah ni punyalah tinggi. Abah kata, boleh buat dua tingkat. Ini kalau lampu terbakar, mau jadi cicakman panjat dinding ni nak tukar lampu semata. Mama rasa nak buat plaster siling jek. Tak taulah berapa RM nak kena charge.

Thursday 6 September 2012

K. A. P

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak hapdate, kan.

3 days has passed, and KAP is come to an end. Tak sabar-sabarnya nak tunggu esok. Memanglah KAP ni is almost ended, tapi sebelum nak end tu, haruslah ada sesuatu, kan. Sesuatu yang sememangnya menggusarkan dan mencuakkan. We are all having mock-teaching tomorrow. Ada penilai hokkey! Haruslah mama cuak. Hehehe... Thanks God, cuma kena pura-pura mengajar for about 5-7 minutes only. Untuk orang yang pemalu (ahaks!) macam mama ni, nak kena present depan colleagues ni bukanlah suatu idea yang superb yang mana harus dirai dengan lompat bintang setinggi yang boleh. Sungguh tak boleh difikirkan.Hehehehe...

Dah settle KAP ni nanti bolehlah concerntrate on research pulak.

Eh, what to teach ha??