LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 January 2013

Matcham-matcham

Assalamualaikum....

Mama curi masa sikit, satgi pukul 230, ada kelas.

Alhamdulillah, so far, kerja-kerja mama yang sepatutnya dah pun settle. Eh, ada sikit lagi, tapi kira settle lah tu. Weekend ni, Sabtu and Ahad, bergelut dengan program fakulti. Naik minggu depan, dah kalut dengan Adam pulak.

Kepala pun rasa macam tak betul dah ni, rasa macam terawang-awang jek mama ni. Rasa macam sarat benor dalam kepala, tapi saratkan dengan apa pun entahlah. Terlalu banyak sampai dah tak boleh nak dikenalpasti dah. Hehehehe...

Adam dijadualkan untuk operation 6 Februari ni. Tak berapa hari jek lagi. Operate apa? Operate tonsil- tonsillectomy.

picture is googled.

Mama tak ingat since bila, tapi dah bertahun jugaklah Adam menjadi penemujanji setia ENT Hospital Melaka. Dalam bertahun tu, few times jek mama melibatkan diri. Yang lain, semua papa uruskan. Syukur disitu. 

Adam ni selalu sangat demam. Boleh dikatakan, setiap bulan mesti nak demam. Ada satu hari tu, dia kata telinga dia sakit, sampai menangis-nangis. Kesian sangat. FIL and MIL dah bersyakwasangka, mama and papa suka tarik telinga Adam, padahal mana ada. 

Bawa pergi klinik, rupa-rupanya earwax (beralas sikit menyebutnya, idakle geli beno rasanya... hehehehe) dah keras. Entah apa yang klinik tu buat, mama dah lupa, tapi tak berjaya nak keluarkan earwax. Klinik buat surat, refer kat hospital daerah. Pergi hospital daerah, depa tembak dengan air. Keluar banyak jugak, tapi yang tak keluar lagi banyak. Terus direfer ke hospital besar. Since then, dapat detect tonsilitis dia. 

Disebabkan oleh keadaan tonsil yang lebih besar daripada biasa, bila tidur dia punya berdengkur tu teruk sangat. Budak kot, awat yang berdengkur dah macam orang tua pulak. Sampai satu tahap, yang mama paling tak tahan tengok, bila nafas dia macam tersekat-sekat time tidur. Dia tidur macam biasa, tak sedar apa, tapi bila tengokkan dia punya tarik nafas tu, naik melengkung dada dia punya tarik. Kesian sangat, kadang-kadang memang menitik air mata mama tengok. 

Mama selalu suruh papa push doktor, cepat-cepatkan operate tonsil Adam ni, sebab mama tak tahan tengok betapa susah dia nak bernafas. Yang doktor pulak, asyiklah postpone aje, sampai naik tension dah mama and papa. Sampailah hujung tahun lepas (2012), depa terus offer. Dah takde dah nak put on hold lagi. Terus masuk dalam schedule. Rupa-rupanya, depa nak tunggu Adam 5 tahun. Nasiblah Adam lahir on January, kot Adam lahir December, merasalah tunggu setahun lagi. 

Mama harap semuanya akan dipermudahkan Allah. Lagipun, ni minor operation jek. Taknak pikir the worse case scenario. 

Bestlah Adam, lepas ni bolehlah bernafas dengan lega. :)

Tuesday 29 January 2013

Selekehlah Bagus

Assalamualaikum...

Mama tertarik dengan post Dr. Lurpak hari ni. Selalu sangatlah jadi kat mama ni ha! Hikhikhik...

Kalau diluar kawasan bekerja, i.e hari bercuti, mama teramatlah selekehnya. ( Hari kerja pun selekeh jugak, kengkadang). Bak kata adik mama, orang kerja kilang pun dressing lagi vogeh da vass dari mama ni. " Mesti orang ingat hang ni jual nasi lemak ja, long". Caitt sungguh! Hehehehe...

Kalau dah pakai pun ala kadar jek, surelah kelihatannya macam idakle berduit sangat, ye dak? Bila masuk kedai-kedai canggih, haruslah dipandang sepi oleh promoter-promoter dikedai tersebut. Most of the time, idakle mama berkecik hati, sebabnya memang mama masuk bukan nak membeli pun, setakat nak cuci-cuci mata sajork. Hehehehe...

Tapi, mama rasa selamat. Sekurang-kurangnya, idakle awak ni menarik perhatian entah sesapa yang tak sepatutnya, kan. Takde lah orang nak aim awak, sebab nampak gaya macamkan awak ni banyak duit bebenor.

Iyelah, jual nasi lemak, berapalah sangat untungnya. Tak kaya-kaya pun akak ni, dik. Hehehehehe...

Monday 28 January 2013

Takuittt

Assalamualaikum...

2-3 minggu lepas, adalah khabar angin sepoi-sepoi bahasa, kononnya ada kes kecurian, yang dah melarat sampai bilik lecturer pun kena pecah. Kononnya, orang yang pecah masuk tu adalah student yang ada "ilmu".  Tiba-tiba minggu lepas, terus kecoh eh. 

Naik seram mama dengar cerita ni. Mama ingatkan ofis ni lah yang paling selamat, so mama pun bawaklah cash mama yang kat rumah tu, simpan kat ofis. Syukurlah dalam kalut-kalut tu, "orang tu" tak masuk ofis mama ni. Kalau tak, memang menangis 5 hari 5 malam lah mama. Duit tu takdelah banyak mana pun, tapi dah nama pun tengah kumpul duit, 2 kupang pun rasa banyak. Hehehehe.. ;p Terus lepas tu mama pi masukkan dalam ASB. Lega hati mama. 

Minggu lepas kan dapat gaji. Sekali dengan bonus bagai. Adalah duit lebih sikit. Pulak tu, mama pi keluarkan semua, lepas tu usung sana-sini. (Hari ni dah settle bayar semua hutang). Punyalah cuak hari sabtu hari tu, mama tak ingat pukul berapa. Tapi tengah-tengah malam, mama terdengar macam bunyi lock kat gate. Bunyi macam orang usik. Takut betul mama. Maunya tak, dalam rumah masa tu ada riban-riban jugak, duit nak bayar hutang. Duit rumah, kereta, belanja rumah, ish... banyak lagi lah. Kalau kena ambik dek orang, memang satu sen pun takde dalam poket. 

Hari ni masuk kerja dalam keadaan blurr. Ada benda yang mengganggu minda separa sedar mama, mama pun tak tau kenapa. Benda yang sama, berulang-ulang. Blurr sampai tahap pergi bank, no. giliran sendiri naik pun tak sedar, last-last balik cenggitu jek. Tadi dalam kelas confident jek mama tulis ''week", padahal yang sepatutnya "weak". Nampak sangat terganggu. 



Ok la, papai. Nak pi meeting. Bos pesan suruh pi awal, Mrs. Kecik kata. 

Tuesday 22 January 2013

Dilemma Tak Pasal-Pasal

Assalamualaikum...

Mama sekarang tengah pening nak mencari slot untuk ganti kelas. Takde celah mama nak masuk. Kalau tak kesian kat depa, kesian kat diri sendiri. Hehehehe...


Al-kisahnya, kan Khamis ni cuti, so students pun menggelupurlah nak terus cuti-cuti Malaysia hari Jumaat tu. Siap mesej mama mintak postpone kelas eh! Masalahnya sekarang, hari Khamis tu adalah first class mama dengan depa, then jumaat. Disebabkan cuti, khamis dah yilekk. Jumaat kalau postpone, pun yilekk jugak. Dengan segala macam hal and cuti, sekarang ni depa dah behind schedule.

Pening ni sebab nak kejar silibus. Hadoiii yaiii.

Mungkin ada yang akan bermonolog dalaman, "Alah, ajarlah laju-laju nanti". Banyaklah awak punya alah. Mama ni, jangan kata nak express cap wau, express cap bunga matahari pun boleh, (amboihhh...!) tapi yang tak bolehnya adalah beloved students ni lah. Mama dah pelan-pelan kayuh pun ada yang mencungap tak cukup nafas, kalau mama pecut watson nyambek, tak takut ada yang collapse pulak nanti? Takut kang depa tak collapse, mama yang collapse dulu. Hehehehe...

Yang paling worst sekali adalah, mama hutang 4 meetings dengan satu kelas ni. Tak gila? 1 meeting is 2 jam. Kalilah dengan 4. Mencungap disitu.

Dalam dilemma tak dilemma ni pun, sempat lagi mama mendesign back yard mama.



Semangat ok! Hehehehe... Mama dah beli dah pokok limau purut last week. Nanti mama share hasilnya. Menjadi ke idak. ;P



Tuesday 15 January 2013

Dah Keluar

Assalamualaikum...

Pagi-pagi bukak fb, tengok si cetul la^la post kata result KAP dah keluar. Teruslah mama zasssssss check result mama.

Alhamdulillah, mama dah pun pass KAP.

Yuhuuuuu... yabedabeduuuu... Dah boleh submit borang untuk confirmation.

Can't wait, can't wait.

Monday 14 January 2013

5 tahun sudah!

Assalamualaikum...

Dalam sekejapan, semalam AH1 mama dah 5 tahun. Fuhh... cepat sungguhlah kamu membesar, wahai anak! Sikit hari lagi, tau-tau mama dah dapat menantu... ;P Ada yang berani nak berbesan dengan mama? Hehehehe...

Kebetulan 13 Januari tahun ni jatuh pada hari Ahad, makanya mama and papa pun amiklah peluang untuk celebrate birthday Adam. Kecil-kecilan saja.


Kesian si birthday boy, sehari sebelum birthday dia, dia demam pulak. Tonsil dia bengkak (Adam memang ada masalah tonsil, tunggu nak operate bulan 2 nanti). Nasib baik, hari kejadian dia dah ok. 


Panjang lebar doa atuk untuk Adam. Atuk siap menangis lagi. Atuk kata, atuk sedih bila teringatkan masa Adam kecik-kecik. Iyelah, time tu mama and papa baru nak hidup, dengan anak kecik lagi, susah-payah jugaklah. Syukur hari ni, mama dapat bagi yang lebih baik untuk kesayangan mama. 


Lauk penuh semeja. Specially made untuk si bitrhday boy. Tapi sayang, tuan punya birthday makan nasi 2 suap saja. Dah kenyang makan keropok ikan. 


Cobaan pertama mama buat pavlova. Nasib baiklah ok, bolehlah dimakan. Orang buat pavlova topping whipped cream, pavlova mama topping pastry cream. Semua gara-gara cream terlebih whipped. 

Adam sampai terbawak-bawak dalam mimpi, mengigau nak 'happy birthday to you, Adam Hafiey'. Kelakar.


MUHAMMAD ADAM HAFIEY kesayangan mama,

Selamat 5 tahun. Semoga Adam sentiasa dalam lindungan Allah.

Doa mama sentiasa dengan Adam, sayang.



Thursday 10 January 2013

Wean Off

Assalamualaikum...

Tak sampai sebulan lagi, Adik akan berumur 2 tahun. Haish... cepat sungguh kamu membesar, anak!

Sehingga ke hari ni, Adik masih nenen- sepenuhnya. Siang dan malam. Sebab tu mama maintain kurus. Hehehehe. Ye, Adik takde campur-campur susu lembu, cuma kadang-kadang pow susu lembu yang abang minum. Hehehe...

Adam and Adik adalah sepesen. Bila nenen, suka sangat menggentel. Habit menggentel ni yang MIL kata akan buatkan budak susah nak wean off.

Adam dulu weaning masa umur dah 2 tahun 4 bulan. MIL dah bising, katanya anak lelaki kalau menyusu lebih dari 2 tahun nanti akan melawan mak nya. Wallahualam. Orang tua-tua yang kata.

Mama nak tunggu sampai Adik betul-betul 2 tahun baru mama nak try pelan-pelan weaning. Masa Adam dulu, mama letak asam jawa Adabi tu jek. Bila dia pegang, habis comot-momot tangan dia. Itu yang dia geli. Bila hisap pulak, rasa something pulak agaknya. Terus putus selera. Hehehehe...

Adik ni mama masih mencari-cari lagi, cara manakah yang boleh jadi sangat efektif.


Oh, anak dah besar pun masih boleh membengkak lagi kalau biar lama.

Dinanti

Assalamualikum...

Orang lain dah 18 entry dah tahun baru ni, mama baru terkedek-kedek nak mengarang first entry. Padaiyyappa sungguh. Hehehehe...

Sejak dua menjak dapat tau pasal rumah baru, tidur pun dah tak berapa nak lena dah. ( Sungguh le menipunya. Hehehehehe...). Iyelah, rumah tu kan kekasih gelap mama. Haruslah tidur tak lena, mandi tak basah, gila bayang punya pasal, kan.

Disebabkan ini, makanya weekend-weekend selepas ini adalah tersangatnya dinanti. Apa bikin? Kunci pun belum dapat lagi.


Since rumahnya berkunci, kita kemas luarlah yok! Tengok pun dah letih. Dah macam hutan hujan khatulistiwa dah punya merimbun segala rumput-rampai kat laman ni. Gigih mama and papa pi menebas masa cuti tahun baru hari tu. 


Mama tak taulah apa ke nama pokok ni. Tapi punyalah banyak, siap berbuah bagai. Kalau bolek dimakan buahnya ni, mau le mama bela sampai besar. Mak mama kata, boleh makan, tapi idakle pulak mama pernah nengok orang makan buah ni. Kang terkojol, saja jek. Hehehe...

Weekend ni nak pi mengemas lagi. Rumput-rampai dah almost 70% dah habis ( rasanyalah). Ingat weekend ni nak buat garden bed. Dah ada laman ni, nak lah cer try bercucuk-tanam.