LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 26 February 2013

Busy and Busy

Assalamualaikum...

Kebizian melanda hari ni. Macam-macam pulak nak kena settlekan, yet still ada yang tak settle-settle jugak. Hadoiiii... ni lah bahana suka buat kerja bertangguh-tangguh. Tolonglah insaf, wahai mama. Hehehehe...

Walaupun busy, aktiviti biasa after payday tetappplah diteruskan. Pejam mata sat hat mana yang tak settle lagi tu. ;P. Dah puas beronggeng rokiah, marilah buka mata luas-luas bekerja. Hehehehehe...

Oh ye! Congrates to PICs, DJ and Emy yang nak pi interview hari ni. Good luck naaa. Confirmation interview, uollssss. Jeles mak. Mak jugak yang lambat nak confirm. Mencik! ;P

Friday 22 February 2013

Kidal

Assalamualaikum...

Mama adalah kidal sejak azali. Both mak and arwah abah pun kidal. Tapi rasa-rasanya, dalam adik-beradik, mama sorang jek yang kidal. Ditakdirkan papa pun kidal jugak. Hasilnya, Adik pun kidal.


Ooohhhh...apakah ini?

Mama terjumpa satu artikel pasal "Kelebihan Orang Kidal". Entahlah, lebih ke kurang ke, mama tengok sama jek. Tapi terasa sedikit bertuah sebab mama antara 10%-15% penduduk dunia yang kidal. ;P






Wednesday 20 February 2013

Adik

Assalamualaikum...

2 tahun laaa...
This little handsome guy already 2 years old now. Tak boleh panggil baby lagi dah. Hehehehe... Tetaplah dia merasa dia ialah baby, and asyiklah si abang dok panggil si adik "baby". 

Seminggu sebelum birthday, adik adalah tak sihat. Cengenglah sepanjang masa. Asyik nak berkepit dengan mama jek. Sampailah ke hari kejadian pun dia still dok hu-hu tak habis-habis. Maksunya dah panggil dia si kumbang. 

Mamanya punya excited nak celebrate birthday anak pun pulunlah membaking sebiji kek. Walaupun anak membingit macam kumbang tak jumpa bunga, tetapp nih. 

Kek si amatur.
Jadilah, kan? Sememeh sana-sini, almaklum sajalah, dah namanya pun amatur. Asal boleh dipotong, boleh ditelan, ok la dak? Hehehehehe...


Last-last birthday boy tak potong pun kek ni. Mama jugak yang potomg. Hemmm....

Apa-apa pun, Happy Birthday My Little Angel, MUHAMMAD AFIF HAKIMI. 

Ohoho...

Mama baru perasan yang adik dilahirkan tepat-tepat masa umur dia 38 weeks. Punyalah mama dulu sangat excited tak sabaq nak tunggu anak lahir, sampai siap kira umur anak. Hehehehe...




Hampir Basi

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, dah settle satu hal. Sorang dah lepas, tunggu yang sorang lagi pulak. Tak sampai 40 hari pun lagi.
Welcome to the family, makcik Yana. 

Mujur jugak akad nikah and sanding sebelah pihak perempuan was on the same day, 16 Feb. So tidaklah kami berlama-lamaan kat sana. Selesai jek sanding, bergambar serba-sikit, lebih kurang, semua pakat chow chin-chow lah. Tinggallah pakcik. Adam tanya, kenapa pakcik kena tinggal. Mama kata,dah pakcik nak kahwin sangat, kenalah tinggal. Hahahaha...

Masa cuti CNY itu hari, berkuntau sakanlah kami adik-beradik. Cat bilik, cat katil, pack goodies, pendek kata segala-gala preparation yang nak kena buat, semua kami cuba settlekan. Masing-masing ada komitmen, tak dapat nak balik selalu nak uruskan segala macam hal ni. Mujur jugaklah mama and papa dok Melaka, dekat bebenor dengan PIL, dapatlah tolong-tolong. Just imaginelah kalau kami pun dok tempat lain, jauh berjam-jam, tak terkangkang PIL nak uruskan?  

Oh ye! Hantaran pakcik (for makcik) hari tu, was made by yours trulyla. of course. Ehem...Nak menayang sikit. 
Cantik ke idak? 

Kalaulah ada yang berkenan nak mama tolong gubahkan, contact-contactlah ye. (Kalau lah ada... ;P)

Keluarga besar kami. 









Tuesday 19 February 2013

Usah Ditanya, Kisah Kita Tak Mungkin Sama

Assalamuaalaikum...

Tajuk syahdu semacam jek kan? Hehehehe...

Mana-mana colleague yang tau, depa taulah yang sampai sekarang ni, mama still breastfeed Adik. Yes, up till now. Hari ni umur dia 2 tahun 1 minggu 3 hari (plus minus, gitulah). Before ni mama memang dah berura-ura nak weaning dah, dah demam pulak budak tu. So sekarang mama rasa, biarlah dulu. Selagi tak berbaby baru, biarlah dia nak breastfeed pun.

Ada colleague yang tengah pregnant sekarang, excited nak breastfeed anak sendiri nanti. Baguslah bersemangat macam tu. Nak tanya mama, sikit-sikit tu bolehlah. Walaupun dua-dua anak mama berjaya dibrestfeedkan sampai umur 2 tahun lebih, idakle mama ni expert bab pam-mengepam nih. Usahlah awak koser nak tanya mama pasal storage EBM. Kelautlah awak nanti. Mama tak tau, tau dak. Selama ni buat main tibai secukup rasa jek. Hehehehe... Baiklah pi google saja. Lagi cepat, lagi puas hati. Kalau tanya mama, semedanglah tak tahu. Hehehehe...

Mama mengepam susu mengikut suka hati mama. Bila-bila mama rasa mama nak pam, maka mengusunglah mama berbondong-bondong pi ke surau. Masa tu mama belum dapat ofis macam sekarang lagi, duduk ofis melambak macam konsep bilik cikgu-cikgi sekolah gitu. Tak seswai tau nak pam-mengepam kat situ, sebab ada tercongok lelaki 2 orang. Mama selalu kalau dah bengkak baru mama pam. Puas hati kalau macam tu. Boleh dapat 4-5 botol 5 auns susu sekali pam. Kalau botol panjang tu, 2 botol penuh. Kadang-kadang mama mengelat jugak, agak-agak dah dapat 3-4 botol untuk hari tu, dahlah. Mama pam untuk hilangkan bengkak jek.

Macam-macam jenis pam mama dah rasa. Dari pam manual yang kena picit-picit macam hon apek jual aiskrim, membawa ke pam separuh auto ( pakai bateri, tapi hingaq nak mampuih.), sampailah ke pam elektrik yang gedabak tapi best itu. Semua pam mama murah-murah jek, mama tak mampu nak beli yang mahai-mahai.

Seumur hidup, first time mama pam susu, pamnya adalah brand Tollyjoy. Harga mama rasa paling mahal pun adalah kot dalam RM50 macam tu. Almaklumlah, masa tu mama and papa dua-dua student lai, manalah nak cekau duit semata nak beli breast pam mahal. Berguna jugak walaupun boleh naik muscle kalau pam secara berterusan. Hahahaha...

Bila mama pregnantkan Adik, mama pun upgradelah sikit, beli yang pakai bateri pulak. Time mengepam tu memang akan bising sikitlah. Yang ini, oklah. Tapi dah nama pun separuh auto, stilllah nak kena guna tulang empat kerat ni jugak. Pam ni dia cuma suck jek. Kalau nak release, kena release sendiri. Pandai-pandailah tekan button "release" tu.

Masa umur Adik entah berapa bulan, mama beli Spectra 3 secondhand, tapi baru 1-2 kali owner lama pakai, bau kedai pun ada lagi. RM200 jek. Owner lama kata, dia tak selesa pakai pam tu, sakit sangat. Dia pakai yang manual jek. Oh, rezeki mama lah, kan. Apa yang mama suka pasal Spectra 3 ni adalah, dia macam imitate cara baby hisap. Dia akan pump and release sendiri. Memang relakslah kalau time mengepam tu. Susu pun boleh dapat lagi banyak.

Sekarang ni, mama rasa macam nak beli Medela pulak. Medela Free Style terlalu mahal, mama nak yang pakai bateri tu jek, entah hape nama dia. Still mahal, so kenalah mama ikat perut lagi kumpul duit.

Beli pump mahal-mahal pun, kalau susu takde, tak guna jugak, dak? Ada colleague yang mama tengok struggle nak bagi susu banyak. Apa saja petua, semua dia try. At least, sampai anak umur 6 bulan, katanya. Kesian mama tengok. So far, mama memang dimurahkan rezeki, alhamdulillah. Susu punyalah mencurah-curah. Rezeki anak, kan. :). Oh, janganlah tanya mama petua-petui nak banyakkan susu, mama tak pernah try satu pun. Betul ni. Apa mama buat, is makan and makan, lagi dan lagi. Air pun kena minum banyak. Lupakanlah hajat nak berdiet tu. Sebab mama kalau kurang makan, memang terasalah susu kurang.



Wednesday 6 February 2013

Apakah itu Diet? ;P

Assalamualaikum...

Mama baru jek baca entry Incik Apez.  Sesapa yang berhajat nak kuruskan badan tahap kaw-kaw punya, bolehlah visit blog dia. Segala makneka tips ada, tinggal mau ka tada mau ka je. Hehehehe...

Mama bukanlah nak bagi tips berdiet, jauh sekali nak caras cerita Incik Apez tersebut. Mama nak share gambar foods jek. Hahahahaha... Tak seswai untuk yang berdiet, tau!

Mama bukanlah pemasak tegar. Hari-hari makan, MIL yang masakkan. Menantu terpuji sangat, khennn. Jeles ler tewwww... MIL dia tak masakkan. Hahahahaha... Walaupun kadang-kadang tak kena selera, telan sajorklah. Orang dah masakkan tu pun dah besar nikmat tau tak. Kadang-kadang, datang anginkus-kus, berkuntaulah mama kat dapur. Tapi kalau dah pukul 9 awak request nak chicken sandwich, memang harapan jeklah mama nak masakkan, kan. Makan kul 9, kang kul 10 dah tidur. Mana tak lemak berkrim disukai ramai jek badan awak tu.

Selalunya, weekend jekla mama sempat memasak pun. Tu pun kalau breakfast dah wow, lunch selalunya yang simple-simple sesimple stir-fry jek. Nampak tak, rajin malas-malas mama? Hehehehe....

Meatball Spaghetti 
Meatballs dah berkurun beli, baru teragak nak buat. Ada banyak lagi meatballs dalam freezer tu.  


Cinnamon Rolls
Cobaan meroti lagi. Improvedla compared to first trial dulu. 



Kek apa-ke-ntah namanya. 
Resipi asal adalah red velvet, tapi sebabkan taknak dia punya red tu, kita omitlah. Sebab tu taktau nak letak nama apa. Hehehehe...  



Roti Arab kesukaan ramai
Perlu ada mojo tahap maksima and masa yang melebih-lebih, sebab meroti arab adalah sedikit leceh. Lagi best, kalau ada assisstant. Makan dengan gulai kawah leftover entah kenduri siapa, bila dan dimana.



Chicken Sandwich
Bukan nak meriakkan dirilah, tapi rasanya seakan-akan Chicken Fillet McD. Hahahahaha... Tak nak meriak, tapi terriak disitu. Hahahaha... Resipi main tibai sesuka hati, asalkan orang yang memakan thumbs up, mama dah cukup kembang-kempis hidung dah. 

Oh ye! Pasal chicken sandwich ni kan, mama buat guna roti wholemeal. Sajalah gatal nak try, kan. Masa mula-mula buat hari tu, rasa kenyang sampai ke malam. Betul ni. Mama takdelah nak diet macam Incik Apez tu kan, tapi mama sedarlah diri, so mama controllah makan mama. Semalam, sebab tak sempat nak breakfast kat rumah MIL, sebab pagi-pagi dah nak keluar rumah membelah kabus nak pi hospital, mama buatlah as breakfast. Mama makan satu tu jek ( satu means 2 keping roti mengepit ayam and salad), kenyang sampai tengahari eh. Selalu kalau breakfast makan macam-macam tu, boleh tahan takat pukul 11-12 tengahari jek. Semalam boleh tahan lagi lama eh. So, kalau ada yang nak plan kurangkan memakan tu, bolehlah try kot. Resipi adalah sangat simple. Mau resipi kalu, contact mama. Hehehehe... Malu nak letak sini. ;P 

Oh ye!


 Hero kenit ni adalah 2 tahun hari Sabtu esok lusa ni. Mama plan nak baking, tapi taktau lagi nak baking kek jenis apakah, sebab last year birthday adik mama dah buat choc cake, birthday abang hari tu dah buat pavlova. Maybe nak combine pavlova and kek kot. Hahahaha... wait and see la na! Jadi kalu, mama post, tak jadi pun mama akan post jugak. Hahahaha....




Tuesday 5 February 2013

Alahai anak omak

Assalamualaikum...

Adam tak jadi operate esok, postpone ke bulan 5. Yeay tak yeay sangatlah, bila memikirkan entah berapa kalilah mama and papa nak menghadap dia demam nak tunggu ke bulan 5 tu.

Adam tiba-tiba demam lepas balik sekolah hari jumaat hari tu. Lepas 2 hari, demam dah baik, tapi hidung bersok-sek-sok-sek selsema lah pulak.

Dah elok si abang tak demam, adik pulak tiba-tiba "mam". Orang dah tau bercakap, bila demam pun dah pandailah bagitau.

Budak "mam".
Baruuuuu jek 2 minggu lepas demam, minggu ni demam lagi. Aiyyooo... Adik ni kalau demam, susah sangat nak baik. Dah lah bukan main susah lagi nak makan ubat. Semalam bawak adik pi amik ubat, doktor tu cakap tonsil adik membesar. Aik? Takkan adik pun ada masalah sama macam Adam pulak? Since Oktober (ikut rekod yang ada) everytime adik pi untuk rawatan ( selalunya sebab demamlah), mesti "tonsil enlarge". No wonderlah asyik demam jek. 

Hari ni, anak-anak dah baik, mama pulak sambung. Bagus betul!

Friday 1 February 2013

Realiti Cucunda

Assalamualaikum....

Sekeliling mama, sekarang ni, kawan-kawan sana sini situ sinun, pakat pregnant belaka. Lepas sorang, sorang sambut. Macam dah acara pregnant berganti-ganti pulak. Haish...bila tengok orang pregnant, mulalah mama pun menggedik nak pregnant sama. Tapi, nehi kabhi nehi. Belum masanya lagi. Hehehehe...

Bila lahirnya seorang baby kecik-comel-kiut-miut-rasa-nak-gigit dalam sesebuah keluarga, of courselah mak paknya adalah happy, tapi jangan tak tau orang yang terpaling happy to the max sekali adalah atuk and neneknya. Lagi-lagi kalau cucu tu, cucu sulung. First of the first. Lagilah pengsan dia punya excited tu. Hehehehe... Tak percaya? Tunggulah sampai parents awak, awak, and awak nanti dapat cucu.

Mama untung sebab duduk sangat dekat dengan PIL. So, anak-anak mama, bukan setakat cukup, tapi dah melimpah ruah, berlebih-lebih dengan kasih-sayang atuk and nenek. (Sebab tu depa tembun-tembun belaka... hehehehehe).

Kasih-sayang atuk nenek kepada cucunda memang sangat hover, okeyh. Melebihi segala-galanya. Kalau anak-anak depa dulu, bukan setakat jentik, segala jenis rotan pernah naik. Tapi kalau dengan cucu, mak bapaknya marah, mak bapaknya pulak kena marah balik. Aik?! Betul ni, mama tak tipu. Baru marah, belum lagi tiba-tiba ada lebam. Padahal lebam sebab budak tu cuai, entah apa-apa dia langgar, tak pasal-pasal mama papa kena tuduh pukul anak. Nampak tak? Over sangat disitu. Sebab tu, kalau papa cubit-cubit atau buat something yang mama tak suka kat anak-anak ( and papa refused to listen), mama mengadu-domba kat mak ayah dia. Hahahaha... Padan muka. Nanti papa kena marah. Hehehehe...

Cucunda pun sangat over jugak. Mentang-mentang 7 hari seminggu kena ulit dengan atuk, tidur pun nak kena bawah ketiak atuk baru nak lena. Sama jek adik or Adam. Kalau adik tu lagila cannot go. Ada mama and papa depan mata pun, time nak tidur, atuk and nenek yang nak kena dodoikan. Atuk buai, nenek tepuk-tepuk and baca-baca (selawat @ zikir). Sebab tu, kalau time tak pergi rumah atuk and nenek, adik tidur sekali jek. Itu pun pas dah 48 kali nenen. Pengsan tak? ;P

Untung lah Adam and adik, lahir-lahir dapat berkasih-sayayng dengan atuk and nenek. Adik-adik akan datang, entahkan sempat, entahkan tak. Harap-harap, panjanglah umur atuk and nenek, sempatlah tengok cucu-cucu depa pulak bercucu. Hah! Hehehehe...


Entah macam mana lah mama dengan cucunda mama nanti ek? ;p