LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 27 March 2013

Tungging Terbalik

Assalamualaikum...

3 hari lagi uolssss... Hewhewhew... Macamlah awak yang nak kahwin, kan. Hehehehehe... Nasib jugaklah bukan mama yang pengantinnya, kalau tak mau mama bersanding mata lebam, jalan senget-senget. Hehehehe... Bukan apa. Terlalu pulun buat kerja sampai tak cukup tidur and sakit-sakit badan.

Tak cukup tidur tu nampak nor cubaan menipu, tapi sakit-sakit badan tu betul. Sekarang ni mama tengah menahan sakit belakang. Semuanya gara-gara perasan badang, pi angkat kotak goodies. MIL dah larang, tapi mama kan ketegaq. Mana nak dengar cakap orang tua. ~sigh. Boleh tahan daulat jugak MIL nih. Hehehehe... ampun mak! Akan kudengar cakap mu dilain kali. ;P

Oh, terlalu pulun tu pun sebenarnya idakle sepulun mana. Adalah setakat balik kerja terus menyingsing lengan membongkok buat kerja.

Syukur sangat-sangat sebab FIL made a very right decision untuk guna katering jek. Kalau tak, memang confirm kami adik-beradik collapse. Disebabkan 2 adik adalah pengantin and lagi sorang adalah tidak bercuti semester, makanya tinggallah kami 2 beradik (berlaki-bini) mengelola majlis. MIL-FIL jadi jeneral bagi arahan jek. Kami-kamilah yang nak naik putus urat belikat buat kerja. Betul ni. Hadooooooiiiii.

Anak-anak buah

Ini anak sendiri.
Tak taulah anak-anak. Harap-harap masa maksu korang kahwin nanti, korang dah boleh lebih daripada menolong apa yang patut.

Anak-anak mama adalah super-duper happy to have their cousins around. Hewhewhew...



Wednesday 20 March 2013

Selim Melim

Assalamualaikum...

Rentetan daripada post semalam. Bila dah seploh orang kata mama makin kurus, maknanya bukan mata depa kero lah, memang mama betul-betul kuruslah, kot.

Puaslah mama fikir. Apalah sebab musabab mama mengurus ni? Sebab mama memang tak diet kaw-kaw macam incik nan sorang tu pun. Cumanya, kalau dah agak-agak hari tu dah makan banyak, mama slowkan lah sikit.

Hemm... bila ingat-ingat balik, mungkin sebab cara mama makan kot. KOT lah. Setiap hari bekerja, pagi-pagi mama akan breakfast seadanya kat rumah MIL. Apa yang MIL sediakan pagi tu, itulah yang mama telan . Dah sampai ofis keluar makan dengan PIC pulok. Selalunya around 10-11. Jarang sangatlah makan pukul 12 keatas. Itulah lunch mama. Petang dah balik kerja baru makan, kat rumah MIL. Selalu around 5++. Itu dah kira dinner dah. Malam kang kat rumah, kalau lapar makanlah roti. Roti kalau sekali makan limit mama 3 keping jek. Itu jeklah makanan mama sehari-harian. Kadang-kadang, kalau kena hari yang kebulur bebenor, sampai ketaq-ketaq lutut, mama belilah jugak pisang goreng and whatsoever tu.

Lagi satu, mama ada si tukang sedut. Hehehehehe... Sapa lagi, Adik lah. Agaknya mama makan banyak pun, dah dia punya sedut lagi banyak, tu yang macam tak kemana tu. Sekarang ni lagilah. Lagi kuat dia mengempeng. Tidur malam memang melekat jeklah.

Seminggu dua ni, mama macam susah nak tidur. Kalau terjaga tengah malam, selamatlah 2-3jam pastu barulah dapat tidur balik. Pastu, datang kerja ngantuk-ngantuk. Bila bawak berbaring, kot-kot dapat tidur, memang takde maknanyalah nak tidur. Terkebil-kebil pulak.

Ini kalau mama balik kampung ni, maulah kena soal bertalu-talu dengan mokcik-mokcik kat kampung. "Awat yang tinggal haluih ja la ni?" Haliuh pekebendanya. Tulang pun tak nampak ni. Pernah mama balik masa raya hari tu, maklang mama tanya, "Makan hati kot?". Hohohohohoih... Coiiii.

Tuesday 19 March 2013

Kurus ke Gemok?

Assalamualaikum...

Lately ni ramailah pulak yang kata mama makin kurus. Hohohoih... kurus tang mananya. Hari-hari mama timbang, gitu jek beratnya. Tak turun-turun pun. Konpius dah ni. Hari tu Adam cakap, "Kita suka mama kurus". Awatlah Adam tak cakap kat paap, biar papa motivated lebih sikit. Kuikuikuikui... Tak baik tau. :)

Kalau orang dewasa (ecececece... dewasa konon, padahal taknak kata tua ;P) yang concern pasal kurus ke gemuk ni ok lagilah. Tapi yang tak menahan ni bila Adam pun dah pandai nak kurus. Kuikuikuikui... geli hati mama.

Nampak tulang??

Antara ramai-ramai cucu atuk, Adamlah yang paling tembun. Kalau nak compare Adam dengan his bff cousin, Aqiel, seriously macam papan lapis dengan kayu pasak. Punyalah berbeza ketebalan. Hahahaha... 

Adam dah lama sebenarnya patut berdiet, sebab dah overweight dah. Berjaya jugaklah sebenarnya mama and papa mendietkan dia. Malam-malam, kalau dia minta makan, kitorang just bagi makan roti atau keropok ikan jek. Dah takde fries, dah takde nasi goreng. Agak-agak dia merengek jugak nak makan, "Adam lapar" katanya, kita bagi motivasi sedas. Hahahaha... Senang jek nak ayat bujang nih. Cakap nanti tak nampak tulang dah, diam lah dia. Hehehehehe... Puas weh nak dietkan dia. 

Yang tak bestnya, kat rumah punyalah susah-payah mama-papa dietkan dia, pergi jek rumah atuk nenek, punah semuanya. Nenek punya bagi makan, kussss semangat. Tak syncronize langsung usahanya. Hehehehe .... Mujur jugaklah Adam ni bijak budaknya. (Aceh... puji  anak sendiri pulak) Bila nenek offer petang-petang untuk makan lagi, dia akan cakap, tadi Adam dah makan dah tadi. 


Budak ini? Biarlah dia chubby camni dulu, kecik lagi. Adik kalau tak, overweight jugak. Minggu lepas pi timbang, dah normal dah BMI. Berat dah turun sikit, pastu dah makin meninggi (mama rasa) tu yang dah back to normal tu. 

Hari tu, Adam tengok lipatan kat perut Adik, dia terkejut. "Mama, tengok baby ada ni"- sambil pegang lelipat orang tu. Hehehehe... "Eeee mama. Baby gemok mama". Macamlah awak ni, Adam.

Moral of the story, 

Kita suka kurus.
Kita suka mama kurus.
Kita suka papa gemuk.
Kita suka baby kurus. 

-Adam, Mac 2013. 

~Sigh!





Monday 18 March 2013

Macam-macam Hal

Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu terakhir kelas untuk sem ni. Next week, students dah start exam. Jadual invigilate pun dah keluar. Sujud syukur sat sebab mama takde kena jaga exam 28-30 haribulan. Hohohohohoh...

Lagi plus minus 12 hari before the wedding take place. Kalau nak ikutkan agak huru-hara jugaklah. Tapi kita maintain cool jek. Hehehe... Oh, by the way, baju mama dah siap. Hohohohoh... Harap-harap mama tak overshadow pengantin. ( Tolonglah bagi can.. ;P)

Sabtu 2 minggu lepas, mantan boss fakulti mama kat sini meninggal. Sedih jugak sebenarnya, walaupun mama ni takdelah rapat pun. Tapi, iyelah, dah dia boss kita, kan. Sedikit sebanyak mesti terasa jugak. And jumaat lepas, pihak fakulti organizedlah satu bacaan tahlil and yassin untuk arwah.

Antara students yang hadir.

Bila tengokkan ramainya orang yang hadir untuk tahlil petang tu, dengan students, dengan kawan-kawan dari lain-lain fakulti, membuatkan mama terfikir. Bila sampai masa mama nanti, students mama akan buat benda yang sama tak untuk mama? Kawan-kawan mama? Menitik jugaklah air mata ni.  Semoga roh arwah tenang disana, disisi Penciptanya. 

Hari Sabtu, the next daynya, mama melibatkan diri pulak as a panel penilai untuk projek keusahawanan students. Bukan nak nilai apa sangat pun. Tengok depa present proposal jek. Pastu komenlah apa yang patut. Hehehehehe... Yang bestnya time ni, adalah goodies/souvenier (produk depa) yang penilai ni akan dapat. Mama hari tu dapat durian crepe 1 pack, key and was served triffle pudding and satey kambing. 

Key yang mama dapat, tapi dah dibuat lap air hujan kat kereta oleh Adam.


Students ni sebenarnya depa dah diajar to prepare a bussiness plan. Daripada organisation plan, sampailah ke budget, segala balance sheet semua. Kalau tengok balance sheet tu, memanglah mama tak paham. Belajar masa KH form 3 dulu pun fail manjang. apatah lagi dah dekat u ni. Mama komen kat apa yang mama rasa cam tak logik jela. Hehehehe... Out of 6 groups, mama just tanya to 2 group jek kot.

Studying the proposal.
Budak-budak ni pun boleh tahan kreatif and otak bisnes jugak depa ni. Macam-macam jenis bisnes ada. Kalau lah boleh dicilok idea depa ni kan bagus....

Lupa. Lupa. Pagi tadi pagi-pagi morning, mama ada interview. Interview untuk confirmation. Gila kentang interview 15 minit jek. Hehehehe... Alhamdulillah, mama dah confirm now, 2 tahun 9 bulan and 13 hari. 

Monday 11 March 2013

OK mama, cih mama

Assalamualaikum...

Anak mama dah makin besar. Tapi makin besar, makin cengeng pulak. Bila tak sihat jek, mulalah nak melekat doplohpat jam. Adoihhh...

Adik sekarang dah pandai cakap. Taklah sebijik-sebijik words tu, tapi boleh fahamlah apa yang dia cuba cerita tu. Hehehehe...


Adik adalah sangat independent. Apa-apa, semua nak buat sendiri. Dah terbalik pulak dengan abang. Abang seluar pun nak mama-papa yang pakaikan. Terlebih manja. 

Yang paling mama suka, "cih mamma" adik. Hehehehe... Comel jek! 

Oh! Bab menerima arahan pun, pandai jugak. Mama tak habis bagi pesanan penaja lagi, dia dah "ok mammma". Hehehehehe...


Friday 8 March 2013

Sahabat

Assalamualaikum...

To all my dearest friends- my partners-in-crime and my beloved BFF till jannah.


Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu, setia menemaniku, 
pegang erat tangan ku bila aku jatuh

kaulah yang selalu, selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yang disitu setia menugguku
kaulah yang satu menjadi sahabatku


kau ada dikala ku jatuh, disetiap bangunku
terus menemaniku tanpa rasa jemu
kau ada disetiap tawa, dikala bahagia
kau menjadi sahabatku selamanya


kaulah yang selalu, selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yang disitu setia menungguku
kaulah yang satu menjadi sahabatku

sahabatku,
ku tetap bersamamu jika kau perlukanku
ku tak kaku, tak kekok
ku tahu ku kan selalu ada, ada dirimu
dan ku harap kau juga rasa begitu


kaulah yang selalu, selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yang disitu setia menugguku
kaulah yang satu menjadi sahabatku


My beloved BFF till jannah


Friday 1 March 2013

Bertambah Lagi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur mama. Bertambah tua sudah. Huhuhuhuh... Bila fikir-fikir balik, lagi 2-3 tahun dah nak masuk 3-series, rasa macam... oh man! Tak ready lagi ni. Muda lagi ni. Hehehehe...

Mama and adik, Feb 2012. 
 Pagi-pagi tadi, FIL dah bacakan doa. Terharu! Tapi control macho. FIL menangis. Tinggi harapan FIL. Walaupun mama ni menantu jek, tapi FIL really treat mama macam anak dia sendiri, lagilah sekarang ni, memang mama betul-betul menumpang kasih seorang ayah kat dia.

Oh! Setiap kali birthday anak menantu or cucu, bila berkumpul, FIL akan baca doa panjang-panjang.

Mama adalah lahir pada birthday arwah abah. Means that, we shared the same birth date. Masa arwah abah ada dulu, kadang-kadang mama call abah nak wish, kadang-kadang mama sms jek. Hikhikhik. Terbilang sangat perangai mama ni, kan? Tak pernah pun  merasa celebrate bersama-sama. Sedih, kan. Huhuhuhuh... Family mama bukanlah yang jenis wish-wish birthday ni. Dulu-dulu, lagilah, mama tak tau pun birthday adik-adik mama. La ni jek baru tau, tu pun asyik miss jek. Hahahaha... Last birthday before abah meninggal, abah reply sms mama. Abah bukan jenis nak sms-sms ni. Baca sms dia memanglah tau, tapi nak reply tu, tak pernahlah pulak mama tengok. So, bila dapat reply dari abah tu, of courselah excited. Terkejut pun ye jugak. Tapi tu lah kan. Perancangan Allah, kita takkan pernah tau. Rupa-rupanya itulah first and last wish abah untuk mama. Huhuhuhuhu... sedih nih.

Kalau arwah abah ada lagi, hari ni abah dah 52 tahun. Al-fatihah untuk abah. Dah lama tak mimpi abah, rindu rasanya. ( Mama selalu mimpi abah. Last mama mimpi, mama peluk abah sebab terlalu rindu. Mama tanya, mana abah pergi, merata mama cari abah tapi tak jumpa.)

Apa pun, mama berharap untuk jadi a better person.


Hadiah? Of course lah nak. Mamalah manusia yang paling bahagia kat muka bumi ni kalau hari ni developer call suruh amik kunci. Hahaha... Sangap dah ni tunggu rumah baru. Daripada se-excitednya  sampai la ni, dah takde perasaan sangat dah. Punyalah lama tunggu. Hehehehehe...


Mama disisi rumah igauan. ;P