LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 April 2013

Bila Ada Geng


Assalamualaikum...

Anak-anak ni, ada-ada sajalah gelagat atau perangai yang rasa macam nak pitam mak bapaknya melayan.
Lagi-lagi, kalau depa ada gang.

Adam sekarang ni suka sangat menyakat adik. Adik tengah main elok-elok, diusiknya orang tu. Dah menjerit. Memang kalau kat rumah tu, bising dengan orang menjerit jek. Kejap-kejap menjerit, kejap-kejap menjerit. Yang papa ni, boleh pulak buat dekkkk jek anak dok menjerit tepi telinga dia. Hadoiiii... tak paham mama. Last-last, mama dah naik hantu, diam le kejap. Pastu, sambung balik. Buat sakit tekak jek kalau mama jeritkan diorang pun. Lantak hampa lah. Hehehehe...


Time baik, baikkkklah sangat. Lembut gigi dari lidah, kata MIL, kalau adik tu nak panggil abang dia. Kalau tak, suara dialah yang paling kuat. 

Macam adik-beradik, kan? Hehehehe

Shai
Adik sekarang bercakap boleh tahan. Walaupun words tu dia amik bunyi yang hujung-hujung jek, still boleh difahami lagilah. Hehehehehe... Oppa Gangnam Style tu adik kata "shai" jek. Asal pakai spek mata itam jek shai, iyelah tu.


Zombieeee


Papa marah kalau mama takutkan anak-anak especially hantu-hantu ni. Dalam pada mama tak ajar tu, pandai pulak dia buat muka hantu, kononnya. Tak taulah mana depa belajar. For surelah, Adam belajar kat sekolah. Adik? Tunjuk ajar ku sifu lah kot. Hehehehe... Mama tak cakap hantu, mama cakap zombi. Aci tak? ;P


Pandailah Sangat

Assalamualaikum...

"Mama, belilah kete besar"
"Mama belilah handset besar, handset ni kecik sangatlah"

Pitam ok mama dengar permintaan dia. Dia ingat mama dia ni gaji nambelas ribu ka?


"Ya Allah, gemuklah mama ni"

Tepuk dahi.

Finally

Assalamualaikum...


Hampir dua bulan rasanya, mama dan rumah dipisahkan dengan mende alah ni. Aah uolss, developer ni kunci gate tu ha. Macam mana mama nak melawat kawasan? Masa tengah kecoh konon dah boleh masuk rumah sesangat dulu, mama adalah beli satu pokok ni. Mahal uolss. 35 hengget. Tak pernah beli pokok, bila dah beli satu, mahal pulak. Ingatkan seploh hengget jek. Hehehehehe...

Cuak dah mama bila gate kena kunci ni. Camno nak siram pokok? Tak mati pokok tu nanti takat nak harapkan hujan? Penah jugakle mama panjat pagar ni. Bukan nak siram pokok, tapi nak tengok hidup ke idak pokok mama. Hehehehe. Nasib baik tak tersangkut kain baju kurung mama. ;P

Takde angin, takde ribut... tup-tup, developer call, dah boleh amik kunci. Hohohohohoih... berchicken dance sekejap mama. Seronok, kan. Hehehehe...

Finally...


Yeayyyyyyy!!!

Hari ni baru orang air datang pasang meter, nak bermandi-manda dah boleh dah kat rumah baru ni. Hehehehe... Tapi api belum lagi. Tengah hari karang baru wakil developer nak datang buat wiring. Ni bukan wiring yang mama kena buat, ni yang dari pihak developer sendiri. Selalu orang masuk rumah baru, dah siap segala wire and suis bagai kan? Hah... ni lah yang pelik sikit developer mama ni. Dah amik kunci, then kita kena call orang yang nak buat wiring ni, lepas dia dah setlle, barulah boleh pi TNB, mintak masuk api. Gitu... nak tunggukan dia ni, seminggu tau. Nasib baiklah papa terus call lepas amik kunci hari tu, kalau tak, tunggulah bulan 5 nanti. 

Yang pastinya, sekarang ni mama tengah kalut jahit langsir. Hari tu, masa baru start jahit, rasa macam banyak benor langsirnya, naik malas rasa. Nakkkkkk jek hantar orang. Bila kira-kira balik, eh, takde le banyak mana. Kejap jek. Hehehehe... So sekarang ni, kalau masuk rumah tu dalam masa seminggu dua ni, idakle togel tingkap mama. Hehehehe...

Nasib baiklah cun-cun duit pun nak cukup macam yang mama plan, kunci pun dapat. Kalau tak, nahasss.



Friday 19 April 2013

Makan Yok!

Assalamualaikum...

Bila datang angin kus-kus, mama adalah sangat rajin berkelentang-kelentung di dapur. So inilah antara hasilnya bila angin kus-kus datang. Hehehehe...

Siakap stim 
Kalau sesapa ada stok serbuk asam yang selalu buat cicah jambu tu kat rumah, cer masa nak stim ikan tu, tak kisahlah whatever ikan pun yang korang nak guna, even ikan duyung sekalipun, cer taburkan sikit. Sedap jugak u olsss. Ni mak mama lah yang habaq masa dia mai hari tu.

Yee mee Sup Sayur
Ini semua Jamie Oliver punya pasal. Hehehehe... gara-gara tengok dia masak 15 minutes meals, terus terliur nak masak jugak. Papa pulak bagi-bagi hint eh...

Onion Ring
First time buat onion ring ni. 

Dapur mama kan, kadang-kadang berasap, kadang-kadang tidak. Apa yang ada jelah ye mama tayang. Hehehehe

Ngok Mok

Assalamualaikum...

Adik: Papa, ngok mok.
Papa: Ha? Tengok mok apa?
Adik: Ngok mok, yak ke papa
Mama: Adik nak tengok tahi lalat kat muka papa la.
Papa: Ooooooh...

Setelah ditranslatekan,


Adik: Papa,nak tengok nyamuk.
Papa: Ha? Tengok mok apa?
Adik: Tengok nyamuk, berak kat muka papa.
Mama: Adik nak tengok tahi lalat kat muka papa la.
Papa: Ooooooh...



Papa dah bagi satu dakyah pelik kat anak-anak. Lalat berak kat muka, itulah jadi tahi lalat. Adik pulak semua jenis serangga dia panggil nyamuk. Semut pun nyamuk, lalat pun nyamuk. 

Sejak dua menjak ni, makin pandai bercakap si kenit ni. Dah boleh lawan berbuallah kiranya. Yang peliknya, takde pulak siabang dengan adik ni nak berborak sesama. Time mama nak bercerita dengan papa, time tu lah dua-dua pakat nak bercakap. Potong stim betul, baru nak beramas-mesras. Hehehehehe...



Thursday 18 April 2013

Sekian lama

Assalamualaikum...

Hohoiiiiiii...

Lama gilos tak update. Gila buzy. Dalam pada buzy-buzy tu, sempat lagi merayau sana-sini. Dasarrrr sangat.

Every sem, rasanya tak pernah tidak, mesti mamalah yang palinggggg lambat nak settle marking. Siput sedut sungguh. Ini pun belum totally settle, sebab KKB punya belum upload markah. Kehkehkeh...

Dalamkebuzy-an mama marking, mama tetap berjaya tidur awal. Hahahahaha... Kira dah cukup bagus le kalau mama buat kerja masa kat rumah. Kononnya anak-anak i ramai u olsss, tak boleh buat kerja kat rumah. Padahallll... terbongkang tengok tv. Kuikuikui....

Ok lah, nak upload markah sat, pastu nak chow. Lapo nasik dah ni.

Thursday 4 April 2013

Nikmat Yang Hilang

Assalamualaikum....

Minggu lepas, beberapa hari sebelum wedding adik-adik ipar mama, mama sakit pinggang yang azab sangat rasanya. Asal gerakkan badan jek sakit. Nak duduk sakit, nak bangun sakit, duduk tegak sakit, duduk bongkok sakit. Dahlah banyak kerja, kan. Redha jelah sakit tu. (Main redha jek, bukan nak pi klinik cari ubat...kehkehkeh).

Lagi sehari nak wedding macam tu, mama dah macam sakit tekak pulak. Bila papa tengokkan, papa kata tonsil mama merah sikit. Bertangguh lagi nak pergi jumpa doktor, sibuk katanya. Almaklumlah, feeling-feeling orang kuat majlis. Hihihihi...

Rupa-rupanya, bila tonsil dah bengkak, merah ni memang azab eh. Entah macam manalah Adam rasa. Dia lagilah siap dah naik putih-putih macam nanah tu. Tiap kali makan, nak menititk air mata rasanya. Punyalah sakit. Pulak tu, makan yang pedas-pedas. Memang terbaekkkkk... Asyik telan pain killer jeklah mama.

Asal makan jek sakit, makan jek sakit, terus rasa putus asa nak makan.Boleh caya ke? Betul ni. Percayalah.  Hihihihi...Selalu makan tak cukup rasanya sepinggan, kali ni makan separuh pinggan jek. Sampai merisaukan diri sendiri. Hewhewhew...

Itulah yang orang selalu kata, kan. Masa sihatlah nak makan macam-macam. Esok-esok dah sakit, hapa pun dah tak lalu nak makan. Ingatkan bila dah seminggu ni mama makan tak makan turunlah at least 2-3kg. Hareemmmm... sama jek. Pagi ni timbang siap ada tambaahn 400g  gitu. Adoiiiii....