LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 October 2014

Huru-hara

Assalamualaikum...

Sejak dua,tiga hari ni (actually sejak sakit sana, sakit sini, tapi still masih belum bersalin jugak lagi) mama rasa emosi mama ke laut sikit. Asal terfikir pasal nak bersalin jek, mulalah mata masuk habuk. Rasa macam forever alone, pastu terasa macam loser. Entah, tak tau kenapa.

Dah hujung-hujung ni nak datang kerja pun rasa macam seret kaki jek. Padahal datang ofis duduk melangut jek. Bukan ada kerja sangat pun. Stillllll... macam malas. Tapi kang duduk rumah lagilah tak tahu nak buat apa. Sudahnya kang, menangis meroyan sorang-sorang. Adoiiii...

Nak berjalan-jalan pun, tak tau nak berjalan kemana. Kalau berteman, seronokla jugak. Ini berjalan pun sorang-sorang jugak.

Sekarang ni mama rasa macam tekanan sikit sebab weekend ni kan ada reception Kakngah, tapi mama tak dapat nak balik. Mama nak balik, nak sangat-sangat balik. Tapi tulah, papa pulak tak bagi. Padahal duduk sini pun kalau jadi apa-apa, lagi haru. Mama sorang-sorang nak handle anak-anak and diri sendiri.


Monday 27 October 2014

Menghitung hari

Assalamualaikum...

Hari ni mama genap 38 minggu. Kalau ikut track record dengan abang-abang dulu, esok is the day. Tak sabar, tak sabar jugak. Tapi now rasa berdebar-debar pulak.


Kalau tengok dari depan, cam takde apa-apa je, kan? kan? Sama jek cam orang lain. (Iyolah tu, mama). 


Tapi bila ditengok dari tepi, pitam. hihihihi. Besonye perut iolss. Mama ni semakin banyak kali mama pregnant, semakin beso perutnya. Tak taulah berapa kilo yang kat dalam tu. Hihihihihi. Janganlah beso-beso sangat ye, dik! Sekarang ni mama tengok selamber dek jek anak masing-masing keluar 4kilo lebih. Best anak besar ni, tak rasa dia fragile sangat. Tapi membayangkan camne nak keluarkan dia tu yang ngeri sikit tu. Tak terbayang, derr. 

Sejak seminggu dua ni, memang mama dah start rasa sakit sana, sini. Tapi tu la, sakit dia on, off. Kejap ada, kejap takde. Mama pun satu. Sebelum-sebelum ni, pecah air ketuban dulu baru datang sakit. Takde pulak experience sakit dulu. So mama pun macam, ter-eh,eh,. Boleh? Anak no 3 dah kot. Bukan baru anak first.  

Cepat-cepatlah baby keluar. Mama dah excited sangat dah ni. Sampai termimpi-mimpi la. Haru betul la mama ni. Hihihihihihi. Abang-abang asyikla dok tanya, bila mama nak pergi keluarkan baby. Bukan boleh suka-suka keluarkan abang-abang oiiii. 

Korang-korang, doakan mama eh! Dengan baby skali. 




Tuesday 14 October 2014

Finalllyyyyyyyyy

Assalamualikum...

Selepas berhempas-pulas bertahun-tahun, akhirnya berjaya jugak papa grad master dia. Hihihihihi. Tu lah risikonya kalau buat master by research ni. Kalau by taught course, paling-paling pun extend 1 sem. Takdela asyik extend lagi dan lagi dan lagi. Daripada patutnya 2 tahun, dah kadi 3 tahun, 3 tahun setengah. 3 tahun tu, ada orang dah balik dengan PhD dah tau.

Apa-apa pun, syukur akhirnya papa berjaya jugak. Bukan senang oiiii nak concerntrate ke belajau. Kang anak-anak tak kacau, bini pulak yang kacau. Hahahahaha.






Ni bukan official photographer yek. Amboiii boii boii sangat konvo pun nak pakai OP bagai. Ni adalah geng se-master papa. Dia pun tengah amik seru nak konvo le tu. 



Another geng se-master papa. Depa berlima ni are under the same supervisor. 

Cepat-cepatle awak-awak ni habis, ye. 




Thursday 9 October 2014

Dilemma Ibu Nak Beranak Kali ke 3...

gitteww...hikhikhik.

Assalamualaikum...

Semalam lepas hantar abang-abang gi ngaji, mama and papa terus shoot pergi klinik, nak teropong baby, katanya. Hihihihihihi. Malam sebelum tu dah tanya kat klinik, katanya, kalau nak scan, before 830 diorang terima. Kalau lepas tu, diorang taknak ambil dah. Amboiii sangat.

Entah apa yang nak diteropongkan pun tak tahulah. Kali ni pregnant, 5 kali scan, kata kau. Gedik berlebih. Semalam siap papa pulak yang terlebih excited, nak buat 4D. Dah 35++ weeks baru teringin nak buat 4D. Doktor pun tak berani jamin dapat buat ke tak, Takut tak dapat a good picture. Sudahnya, memang tak dapat pun. Siap pakej baby tutup muka dengan tangan. Hihihihihihi. InsyaAllah, confirmlah sudah yang akan keluar nanti a girl. (Pi beli baju kembang , ropol-ropol lekaihh!) :)

Semalam, masa tengah scan tu, doktor cakap, ada orang baby besar, perut pun besar. So, bila nak scan tu, banyak ruang dalam tu. Baby senanglah sikit nak nampak. Ada orang lain pulak, baby besar, tapi perutnya kecik. Awaklah salah sorang orang tu. Mama dah, aih, besar ke baby ni? Ingatkan dah 3kg lebih ke, rupanya baru 2.5-2.8 kilos sajerk. :(  Wait for it, mama! Angah dulu macam ni jugak, sekali dah keluar, tudiaaaaa. 3.7kg. Padahal, adalah kot gap dalam 2 minggu jek dari scan ke masa mama bersalin tu. Juara pun tak membesar macam tu. Takpe-takpe, mama tunggu sampai baby keluar.

Nak tunggu baby keluar ni pun satu hal. Dari awal pregnant lagi, mama ada rasa-rasa macam yang kali ni pun mama akan bersalin 13 hari lebih awal dari EDD. Kalau ikutkan trend, gitulah. Trend kepala hangguk dia lah. Menangis lecturer statistik mama dulu baca statement mama ni. Hihihihihihi. Kalau setakat ada 2 ketul data, mana boleh nak estimate trend lagi. Kurang-kurang 4-5 data. :P Bersalin awal, mama takde masalah. Bring it on, bebeh! Iolss is okay jek, sebab memang iolss tak sabar-sabar nak jumpa baby ni ha. Masalah yang membuatkan iolss dalam dilemma ni ialah....

... adik iolls nak buat kendurilah pulak. Adoiiiiiyaiiipunn.

Adik mama i.e Kakngah ni dah nikah dah pun bulan 6 aritu, kat Ireland nun. So, memang dah disebut berjuta-juta kali dah oleh arwah mak nak dibuat reception walaupun arwah-arwah aje (kenduri arwah-arwah je means kenduri skala kecil, like kenduri kesyukuran). Plan secara tak officialnya, bulan 11-12 ni lah nak dibuat receptionnya. Tengah cuti sekolah, kan. Orang utara ni depa memang tau, bila cuti sekolah jek berlumba-lumbalah semorang nak buat wedding. Mama suggest kat mak, buat bulan 12 la. Mama pun dah confirm-confirm dah lepas pantang dah time tu. Sekali, tup-tup mak meninggal, Hasil dari perbincangan dengan pakcik-pakcik, reception still nak kena buat sebagai tanda melepaskan hajat arwah mak, sebab itu yang disebut-sebut semasa hujung hayatnya.

Kakngah and Faeiz on their nikah day. 
Benda jadi macam kelam-kabut sikit sebab masa. Abah akan balik dari Mekah on 27 October, Kakngah and Faiez akan balik semula ke Ireland on 3 Nov, So, maknanya adalah masa tak sampai seminggu kat situ kalau nak buat kenduri pun. Mama pulak, time tu samada dah meletops ataupun dah nak sangat-sangat meletops dah. Baru fikir nak kena travel jauh balik Kedah, pun dah rasa penat. Baruuuu pikir, ok. Belum travel pun lagi.

Oh, they planned to have the reception on 1 Nov.

Itulah dilemma saya. Nak balik, takut terberanak. Kalau dah beranak, macam buat kalut semorang jek. Tapi takkan le tak balik pulak, ye dak?

Apa pandangan fuan-fuan Tuan-tuan) dan fuan-fuan (puan-puan)?
Sekian, terima kasih.


~Angah yang cakap macam tu. Hihihihihihi.


Friday 3 October 2014

11 hari sudah...

Assalamualaikum....

Ingat tak lagi last post, mama cakap yang pantang kali ni mama plan nak balik Kedah? Hmmmm... nampaknya kenalah mama reshuffle balik plan mama. Itulah, bila kita plan, kadang-kadang kita lupa, yang Allah pun memplan sesuatu untuk kita, and plan Allah itu adalah sebaik-baik plan. Hajat mama nak berpantang kat kampung sendiri, dengan mak sendiri, nampaknya takkan kesampaianlah sampai bila-bila.

Allahuakbar...

23 September yang lepas, my one and only mak dah dijemput mengadap Sang Pencipta. Masa abah sampaikan berita ni, abah menangis teresak-esak, sampai tak boleh bercakap. Kesian abah, mesti dia terkejut, sangat-sangat. Terkejut, memang terkejut, tapi pelik, mama tak rasa macam nak menangis. Of courselah sedih, mak kot yang meninggal tu. Entahlah. I don't feel like crying. Mama just pesan kat abah suruh jaga diri and kuatkan semangat. Baru sekarang mama faham, kenapa masa arwah abah meninggal 7 tahun lepas, mak sikit pun tak menangis.

There must be a good deed yang mak dah buat sampai diberi ganjaran sehebat ini. Bukan semua orang bertuah macam ni. Ada orang yang dalam sakit-sakit pergi jugak buat haji dengan harapan dapat meninggal dirumah Allah, tapi sampai kesudah, tak dapat jugak. Mak yang sihat walafiat, kencing manis takde, darah tinggi pun takde, alih-alih Allah panggil disana.

Mak, semoga kita bertemu lagi disyurga Allah.
InsyaAllah.


Thursday 18 September 2014

32... and semakin tak sabar!!!

Assalamualaikum...


Mama now dah 32+ weeks. Tak sabar-sabar rasanya.

Since awal-awal pregnant tu ari lagi mama dah cakap kat mak Kedah, nanti bersalin, lepas 2 minggu camtu, mama nak balik Kedah. Kalau betul-betul bersalin ikut EDD, 2 minggu lepas tu dah cuti sekolah. Tu pasal nak tunggu sampai 2 minggu. Mama plan nak duduk Kedah sampai habis cuti sekolah.

Now mak and abah Kedah kat Mekah. Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak. Ingat lagi tahun lepas, tertungu-tunggu, sampai ke last flight pun tak kesampaian hajat mak and abah. Visa tak lepas masa tu. Tahun ni, awal lagi dah dapat tau. Penat jugak turun naik tu, nak mendapatkan ruang and peluang nak pergi haji tahun ni.

Semua orang dok cakap perut mama kecik. Iye ke kecik? Mengah jek nak membawa ni ha. Rasa macam mengandung kali ni dia punya mengah lain macam sikit. Iye jek mama ni,kan, Padahal dah lupa. Hihihihihi. Baru tadi pi ckeck up, nurse cakap perut besar. Baru nak berbunga-bunga cinta, rupanya nurse salah kira. Dia kira mama 28 minggu, padahal mama dah 32 minggu dah kot. Kalau 28 minggu, memang besarlah, sebab nurse tu ukur perut tadi 31cm (ke inci??). Tinggi perut berkadar terus dengan umur kandungan, gitewww. ;P Nurse tu lah satu-satunya orang yang cakap perut mama besar. Hihihhihihihi.



Friday 15 August 2014

Ikut Maksu

Assalamualaikum...



Semalam sebelum tido, mama bebelkan Adam. Adam ni bila dia pergi rumah atok nenek dia, dia akan jadi uncontrollable. Ko cakaplah apa pun, takde derr dia nak dengar. Ada back up kuatla, kononnya. Semalam mama kena pergi Shah Alam, ada bengkel. So, balik sekolah Adam and Angah duduk rumah nenek kejap sementara nak tunggu mama balik. Nenek tersengih-sengih cakap, Adam makan 5 ketul ayam goreng. Tapi tak makan nasi lah. Makan ayam jek. Ewah,ewah. Sedap awak makan ye, sampai 5 ketul pulak tu. Mama memang muka tak manis dah bila dengar tu. Yelah, penat kot mama control dia makan. Bukan tak bagi dia makan, nak makan, makanlah. Tapi 5 ketul kot. Hello, ni makan ke mentekedarah?

Mama pun bebellah...

Mama: Abang, abang nak jadi gemuk balik ke? Bla...bla...bla... jangan lah makan ikut nafsu.
Adam: Ha? Ikut maksu?

Ni nak tepuk dahi ke tepuk telinga?
Turrrrrr sangat!

Monday 11 August 2014

Raya-an

Assalamualaikum...

Dah separuh bulan dah rupanya kita dah beraya, eh? Punyalah cepat. Hadoiii. Rumah jiran sebelah pun belum sempat pergi beraya lagi. Mama cakap kat papa, last day raya jelah baru kita pi beraya rumah jiran sebelah ni. Hahahahaha. Perangai tu elok sikit, boleh tak?

Semalam dapatlah mama buat makan-makan sikit, tu pun sebab Mrs. Kecik nak datang. Kalau nak ikutkan masa 4-5 raya tu ari lagi dia nak datang rumah mama. Mama pun kat Kedah lagi time tu. Nak datang apanya. Hehehehehe... Jemput jugak kengkawan lain, tapi semua memasing ada hal.

Nak pikir apa nak masak pun dah satu hal. Takkan balik-balik nak masak nasi ayam, kan. Macam tu je ke yang mama tau masak? Hehehehehe. So semalam sempatlah mama masak nasi kerabu. Sebab masa raya hari tu ada makan nasi kerabu kat rumah sedara, tapi cam tak puas sebab tak sedap sangat. Macamlah mama masak sedap. Hehehehehehe. Orang kalau pandai cakap, kena pandai buat, kan? Takdelah orang nak mengata kita ni pandai cakap aje. ;P

Nasi kerabu ni makan memang sedap. Nak masak tu lecehnya yarobbi. Leceh sebab banyak nau komponen dia. Last mama masak nasi kerabu was raya haji tahun lepas. Itu pun ada pakcik complain, takde solok lada. Baiklah, kali ni mama berazam  untuk buat complete set.


Dalam pada nak mengcompletekan set tu pun, still tak complete jugak. Pergi cari daging kat pasar, daging dah habis lah pulak. Akak jual daging tu cakap, tulang ni pun banyak jugak daging dia. iyelah, tapi saya bukan nak buat sup tulang. Adoiii. So, pasrah jelah dengan apa yang ada. Mama buat jugak ikan celup tepung and ayam goreng berempah. 

Oh, solok lada tu mama buat pakai resipi hentam sajalah labu. Kalau beli nasi kerabu kat pasar malam tu pun, mama tak makan solok lada. Mama agak-agak jelah apa bahan dia pakai. Mrs. Kecik cakap, dia ada lada khas. Oh, eh? Tibai jelah. So, agak cuak jugaklah masa hidang tu. Tapi, sedap kot sebab MIL kata dia maakn 3 biji. Hihihihihi. Siap ada cousin tanya, kak noni pakai resepi mana? Amboiiii. Tersipu-sipu iolss. Sedap sangat le tu... ;P


Biru bebenor nasinya. Hehehehehehe. Pakai pewarna jek. Angah kata, nasi hijau. Oh, jemput jugak MIL, FIL and Maksu Adam. 

Ada sesapa nak datang lagi ke minggu ni? 


Friday 25 July 2014

Kosong-kosong

Asslamualaikum...

Dah nak raya ni uolss. Iols keje lagi ni ha. Berkakilebarlah sangat orang lain dah cuti raya, awak masih jugak nak datang keje. Ini bukan pasal terlebih berkakilebar, tapi memang kerana terpaksa ku relakan gitewww. Hihihihihi. Nasib baiklah tahun ni raya kat Melaka dulu. So, tahap menggelupur nak balik kampung tu adalah kurang sikit. Kalau tak, ntah-ntah sekarang ni dah sampai kampung dah. Hahahahaha.

Lama kot mama tak balik Kedah. Last balik raya tahun lepas. Ni dah raya lagi dah. Maknanya dah setahun baiiii gua tak jumpa sanak-saudara. Cehhh sangatlah jumpa sanak-saudara. Everytime balik Kedah, without fail, memang akan pi visit tok (nenek sebelah arwah abah) and pi golek-golek kat rumah makngah.

Mama ni bila datang time raya, berkobar-kobarlah semangat nak balik kampung tu. Kalau dapat 2 minggu cuti, rasa macam dua-dua minggu tu nak dok kat kampung jek. Iyelah, ko dah hari-hari kot kat Melaka. Bila cuti, mohle kita balik Kedah. Bukan selalu dapat balik. Dah balik tu, mama ni cantik punya plan dengan mak nak pergi jalan situ sana sini, melawat atuk nenek sedara yang masih ada. Bukannya ramai lagi pun yang tinggal, tu la tinggal lagi 2,3 kerat yang dapat buat teringat kat atuk, nenek sendiri.

Naik menyampah bila ada orang taknak faham, yang dia tau nak makan kuah kacang dia jek. Orang sibuk nak pergi beraya, dia sibuk nak balik Melaka. Grrrrr.... cannot brain betul! Tahun ni, makan kuah kacang tu puas-puas, selagi boleh telan, telan. Yang mama tau, pagi-pagi morning raya kedua mama nak tayar dah bergolek eh? Hihihihihi.

Baru tahun ni lah mama merasa organised sikit nak menyambut raya. Baju raya dah hantar iron kat dobi. Hantar dobi jela, kome. Tak larat mama nak berdiri lama-lama nak mengiron baju semua sorang. Sejak pregnant ni, mama tak boleh berdiri sangat, nanti mesti kaki bengkak. Sejak kahwin, rasanya setiap pagi raya mama kalut iron baju. Entah malam raya tu mama wat mende, tak tahu.

Rumah dari minggu lepas dah kemas sesikit. Rumah ada budak ni memang susah nak kemas lama-lama. Peluh ko mengemas tadi tak habis menitik lagi, rumah ko dah back-to-normal again. Tapi takpelah, nanti last minute touch up sikit-sikit jek. Takdele teruk no nak kena buat keje. Mama dah start-start ugut budak-budak tu, sapa main tak kemas, tinggal. Tak payah ikut mama balik rumah nenek Ros. Hihihihihihi. Tu lah keje mama, asyik nak menguguttttt aje. Ko ingat diorang heran? Takde derrrr.

Kuih-kuih semua dah ada, tinggal nak masuk balang jek. Malam kang boring-boring bolehle isi. Sebab first raya jek mama ada kat rumah, mama tak plan nak beriya masak segala rendang, nasi impit bagai. Tapi ingat nak baking jugak.

Selamat hari raya, uolssss.
Maaf zahir dan batin. Kosong-kosong la kita, ye?

Hati-hati balik kampung. Hati-hati pergi beraya.

Tuesday 22 July 2014

24 weeks

Assalamualaikum...

Semalam cukup 24 minggu dah si kenit mama. Perut tak adalah memboyot sangat. Nurse kata comel jek. Hehehehe. Ramai jugak yang cakap, tak nampak pun perutnya. Iyelah, sekarang memang macam kecik jek. Kang tetiba jek membesar bagai juara.  Hehehehehe.

@23 weeks

Bila duduk, hambik! Selambak... hihihi. 

Tadi pergi check-up, tengok berat turun 1kg lebih jugak dari bulan lepas. Puasa katanya. Time macam ni lah nak merasa puasa penuh sebulan. Alhamdulillah, elok jek mama puasa, yang penting sahur kena makan nasi la. Kalau tak, pukul 5 dah lemau.  Hihihihihi. Alah, mama masa pregnantkan si Angah dulu pun time bulan puasa berat turun jugak. 2 kali check-up berturut-turut rasanya berat turun. Lepas tu, dia punya mencanak naik sampai hari-hari kena pi check BP. Dah satu hal. 

Walaupun nampak macam kecik, tapi mama rasa si kenit ni boleh tahan jugak. Mama 4 bulan dah susah nak membongkok dah. Rasa sesak jek. 

16 weeks to go. Lamanyeeeeeee lagi. 



Thursday 10 July 2014

The Past 10 days

Assalamualaikum...

Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu sekarang. Rasa macam baru jek semalam start puasa, hari ni dah hari ke 12 dah. Tapi tulah, dalam secepat-cepatnya masa bergerak tu, nak menunggukan 5 minit nak berbuka tu rasanya macam forever. Hihihihihihi. Bila dah start makan jek, aik? Baru 3 suap, dah 10 minit dah berlalu. Macam budak-budak baru belajar puasa pulak, kan perangai. Alhamdulillah, mama masih puasa penuh lagi. Time-time camnilah nak merasa puasa penuh sebulan pun. :)

Selama dah 11 hari puasa yang lepas, baru sekali beli makanan buka kat luar and 2 kali buka kat umah PIL. Yang hari lain-lainnya mama masak. Eh, sejak pregnant ni cam rajin pulak mama masak. Malas nak menapak ke bazar tu sebenornye. Mana nak kepit hero-hero tu lagi, kang nak kena tunggu makanan lagi. Kang beli-beli, pastu tak sedap pulak. Kan dah keciwa. Hihihihihihi.

Eh, jom la tengok kite masak apa yang rajin kebenor tu. Hehehehehe...
Ayam Goreng Berempah
1 Ramadhan berbuka ramai-ramai kat rumah PIL. MIL tanya, tau tak buat ayam goreng berempah? Mestilah tau. Hihihihihi. Tu hari, sempat tanya akak kat kedai makan tu apa dia letak dalam ayam goreng berempah dia. Ni lah hasilnya.


Siakap Tomyam 

Kailan Goreng Ikan Masin
2 Ramadhan fefeeling makan kat kedai. Hehehehehe. 3 Ramdhan tapau jek. Tu pun kat pasar malam.

4 and 5 Ramadhan, sebab berbuka sesorang, taruk atas makan depan tv layan abang zen. Hehehehehe. Cerita tu dah nak sodaqallah dah, mama baru nak tengok. Ntah pape.

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli and Terung Goreng Sambal
6 and 7 Ramadhan masak sardin jek. Kata makan sorang, so asal boleh jelah. Janji makan. 

8 Ramadhan masak bersungguh sikit. Sebab berdua, kan. 


Masak lemak cili api daging dengan kentang.

Popia basah. 
9 Ramadhan terlebih rajin. Punyalah banyak mama masak. Nasib baik papa dapat habiskan, pastu sakit perut sebab makan banyak sangat. Hihihihihihi. 

Sambal ayam

Stir-fry taugeh with tofu

Kuetiaw goreng

Puding roti karamel gula melaka
10 Ramadhan buka rumah PIL jek, sebab balik kerja petang tu rasa macam flat bebenor. Selalu sahur makan nasi, hari tu sahur makan roti jek. 

Mama memang bukan jenis masak banyak-banyak jenis lauk. Selalu cukup 1 lauk and 1 sayur. Kalau rajin, ada lah tambah satu dish lagi. Takut kang masak banyak-banyak pastu tak habis. Kan membazir tu. 

Hari kerja ke hari cuti ke, selalu memang lewatla mama masak. Kalau rasa hari tu nak masak yang sonang-sonang, pukul 6 baru masuk dapur. Kalau macam nak masak banyak mende, masuklah awal sikit, pukul 5. Hihihihihihi.

Eh, tapi memang jimatlah masak sendiri nih. (Baru nak tau, ka?). Pastu konpem menepati selera. Hahahaha. 









Wednesday 2 July 2014

The significance of 1 July

Assalamualaikum...

8 tahun lepas, 1 Julai 2006 pada tarikh ni, bersamaan dengan hari Sabtu ( pergh...ingat lagi hoiihoiihoii... hihihihi) mama and papa diijbakabulkan. Alhamdulillah, jodoh kami masih bersama. 8 tahun, anak baruuuuuu nak masuk 3. Takdelah produktif sangat. Hahahaha. Kalau orang lain mungkin dah 6 orang anaknya. ;P

Jenuh juga nak menunggukan ke 8 tahun ni. Bercekau, gaduh tarik rambut semua ada. Now masing-masing dah lebih cool. More matured, katanya. (Taknak jugak tu ngaku dah tuo... hehehehe ). Tak sependapat tu biasalah, kadang-kadang nak jugak tunjuk kita yang kita ni profesor serba tau. Padahallll.... ;P (Mama lah tu.). Oh, cakap pasal profesor ni kan, ada student panggil mama 'prof' kata kau. Nak tercampak rasa masa dia panggil tu. Papa cakap, "Mama ni tua sangat ke sampai budak-budak boleh panggil prof?". *Jeling maut. Iolss tak tuo ok, budak-budak tu yang tak tau. :P





4 tahun kemudian, 1 Julai 2010, mama dilantik ke jawatan sekarang. Sujud syukur. Pergi-balik, pergi balik, dah 4 tahun rupanya mama dah bekerja.


Masa mula-mula kerja dulu, gaji takdelah sebesar sekarang. Tapi time tu rasa macam dah besar sangat dah. Tak lama lepas tu, mama tak ingat tahun bila, kerajaan revise gaji, so dapatlah kenaikan. Banyak jugaklah. Kalau nak kira beza gaji masa mula-mula kerja 4 tahun lepas, dengan gaji sekarang, kalau banyak complain lagi, patut kena tunjal jek kepala tu. Teringat DJ cakap, "Gaji kita dah macam pegawai besar dah". Hihihihi. Bukan kita memang pegawai besar ke, DJ?Acehhhh...

Memandangkan 1 Julai is so significant dalam hidup kami, so kami decide untuk masuk rumah baru (time tu lah baru, now tak berapa nak baru dah) on 1 Julai jugak. So, here we come rumah baru, 1 Julai 2013. 

Kalau boleh dapat baby on 1 Julai tu, mesti best, kan. Barulah betul-betul significant. Hehehehe. Nextttt baby, maybeeeee. Hehehehehe...

Oh, before mama terlupa...
Happy Anniversary, papa! 
Terima kasih sebab bersabar dengan mama. 


Friday 27 June 2014

MAH Bersaudara

Assalamualaikum...

Selalu kalau bersaudara-bersaudara ni nama company cina jek mama rasa. Hehehehe. Tapi ini bukan nama company ye.

They are MAH bersaudara.

Beberapa hari lepas MAH#1 tanya papa;

MAH#1: Papa, macam mana nombor hepon kita?
Papa: 01x-xxxxxxx
MAH#1: Kita nak suruh kawan-kawan hepon kita la. 

LOL!

Esoknya, balik dari sekolah;

MAH#1: Abang dah cakap kat kawan nombor hepon kita 0011. Apa lagi ek papa?

Dah besaq dah anak mama. Hahaha. Tapi dia lupa apa nombor phone mak dia. Adoiyaiii.


Pagi tadi, masa baru sampai sekolah cikgu tegur MAH#2;

Cikgu: Apa mulut adik comot-comot ni?
MAH#2: (Tengok mama). Apa mama mulut angah comot.
Mama: Angah makan biskut. 
MAH#2: (bagitau cikgu). Oh, sebab angah makan biskut. Tu lah comot. 

Antara dua-dua beradik ni, si adik lebih banyak and lebih pandai cakap. Potpetpotpet macam orang tua. Abang cool jek, bercakap bila perlu jek. Hehehehe. Sejak dah sekolah baru pandai cakap macam-macam. 

Alhamdulillah, 2 bulan kat sekolah baru, abang dah pandai baca (mengeja). Sebab paling utama mama pindahkan dia ke sekolah sekarang ni pun sebab tu lah. Walaupun dah masuk tahun ketiga bersekolah (dia sekolah since umur 4 tahun and now dia dah 6 tahun) mengeja pun tak reti lagi. Menangis mama. My bad. Our bad. Mama and papa serah bulat-bulat kat cikgu ajar anak mama. Balik rumah langsung takde buat revision. Konon sebab mak bapak dia belajar tinggi bertingkat-tingkat, anak dia akan automatik pandai. Puiii sangat haih. Mama tak salahkan cikgu pun. 

Mama buat keputusan drastik, pindahkan sekolah masa tengah-tengah tahun. Bulan 4 masuk sekolah baru. Cikgu besar cakap mama a bit too late. Ye cikgu. Cikgu tak cakap pun saya sedar saya dah lambat. But better late than never, kan? Harapan mama tak tinggi sangat. Asalkan by the time dia nak masuk darjah 1, dia dah boleh baca sikit-sikit. At least, boleh baca by suku-kata. Mama dah cukup bersyukur dah. Alhamdulillah, baru 2 bulan dah nampak dah improvement dia. Takpe bang, usaha lagi. Insyaallah. Mama yakin dengan abang.

Sekolah baru guna English medium. Cikgu ramai (compared to sekolah lama yang just ada sorang cikgu and sorang pembantu to cater 15-20 students dari umur 4-6 tahun yang belajar semua longgok sekali). Banyak lah faktor yang menyumbang kepada ketidakbolehbacaan Adam sebenarnya. Tapi benda dah lepas, biarkan jelah.

Walaupun PIL (especially MIL) macam tak berapa berkenan sangat dengan sekolah pilihan mama (sebab sekolah ni run by Chinesse, and cikgu-cikgu pun mostly are Chinesse, cuma ada 2 orang jek cikgu Melayu) tapi mama yakin. Tawakkal jelah. InsyaAllah. Allah kan ada.

Oh, semalam Adam tanya, "Mama nak dapat baby orang cina ke?" sambil tunjuk stokin baby. Hehehehe. Kenapa baby cina? Sebab kawan-kawan cina kat sekolah dia jek yang pakai stokin gitu pergi sekolah.



Yes, i'm expecting a baby girl. Alhamdulillah. InsyaAllah. Got the AH already, but still looking for the the perfect M, so that she can also be MAH. Hehehehehe. Walaupun papa kata baby girl tak payah MAH, cukup setakat AH jek. Well, you know me.... Hehehehehehe. Masaklah bakal suami awak nanti dik, tak cukup satu nafas derr. 

Thursday 19 June 2014

Happy Father's Day

Assalamualaikum...

Allah... kalau makanan ni, dah tumbuh cendawan shitake dah. Punyalah lama baru nak cerita. Hehehehe...

Mama sebenarnya tak teringat langsung pasal father's day ni. Bila dah nak almost the wekend tu tengok eh, ramai pulak yang dok update kat fb pasal father's day ni. Exact day nya mama tak tau pun bila, apa yang mama tau dia on that weekend.

From Abang

From Angah
Anak-anak masing-masing pakat bawak balik kad buat kat sekolah nak bagi papa.

Mama bagi ni jerrrr...

Nasi impit kuah kacang
Mama awal-awal dah cakap kat papa, mama takde hadiah nak bagi papa (sebab gaji dah yilek...hehehehe). Mama tanya nak makan apa, bolehlah mama masak yang special-special sikit, kan. Terus papa request nak makan nasi impit kuah kacang. Siap pesan masak siap-siap malamnya sebab nak breakfast nak makan tu. Request tak meng-agak. Dia ingat ni satu hari dihari raya ke hape? Hehehehehe...

Mama ni nasi impit memang bukanlah terpaling favourite. Mama lagi prefer makan nasi sebenarnya. Kuah kacang pulak tu, setahun sekali pun payah nak masak. Selalu kalau raya MIL jek yang masak. Menggagau jugak nak ingat resipi ni ha. Hehehehehe. 

Esok tu bekalkan PIL. FIL kata sedap and jadi macam MIL masak. Senyum sampai ketelinga kejap. Hehehehehe. Ada orang tak puas hati ayah dia puji, dia kata takdela jadi sangat. Eleh. Cakap pandai. 


Apa-apa pun, 

HAPPY FATHER'S DAY, papa!



Friday 6 June 2014

Inspirasi lah sangat!

Assalamualaikum...

Tetiba kan, mama dapat inspirasi untuk buat compilation resepi untuk mak-mak yang malas-malas-rajin macam mama. Hahahaha. Dalam malas ada rajinnya. Yang malas-malas-rajin tu mama jek. Orang lain rajin-rajin belaka. Hihihihi

Dah nak puasa ni, mesti nanti dah lepas seminggu, semua dah tak tau nak masak apa. Boleh percaya ke mama akan masak ni? Hihihihihih. Caya, jangan tak caya. But please dont expectlah resipi yang vogue the vass sangat. Weekend, maybe, but weekdays? Pleaselah. Dalam mimpimu ajelah. Hahahahaha. Kang orang lain buka puasa pukul 7, awak buka pukul 10. Acaner tu? Hehehehe...

Credit tu Daddy ZZZ and wife untuk inspirasi ni. Tiruuuu sikit jek. ;P

Tuesday 20 May 2014

Bila Dah Tuo ni...

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak pregnant ni kan...acehhhh... semalam alhamdulillah, dah 15 minggu. Walaupun dah 15 minggu, ada few mende yang mama still tak berani nak makan. Jangan berani-berani, takut cerita lama berulang kembali. Gittttuh. Hehehehehe... Kalau sebelum ni mama pantang jumpa, now kenalah mama betul-betul pantang mengikut definisi yang sebenar-benarnya. Apa ko merepek ni, labuuuuuu? Sekarang ni mama memang takkan sentuh punya nanas, air tebu, tapai, and air bergas. Adala sekali dua masak nanas, tapi mama tak makanlah nanas tu, mama makan kuah jelah sudahhh.

Masa pregnant kan Adam dulu, mama tibai semacam jek semua mende. Takde pantang, takde apa. Yelah, takde alahan katanya. Sampaikan masa tu siap kena sound dengan MIL sebab makan terlalu banyak. Dia takut mama mendouble or mentriple kot. Hehehehe... Walaupun makan macam jin, tapi badan takdelah mendugong sangat. Dah 5 bulan pun perut shomel jek.

Masa pregnant kan Angah, mama cerewet sikit makan. Nasi lemak memang big no lah. Dengar jek dah kembang tekak, belum makan lagi. Ayam pun kira last resortlah. Mama perasan jugaklah, masa Angah, perut agak besar sikit, as compared to masa Adam dulu. Sekali keluar, memang besar ko. 3.72kg.

Semakin banyak kali mama pregnant, semakin mama jadi makin cerewet bab makan. Sebelum ni, sebab makan kat rumah MIL, so apa yang dia masak tu, boleh telan tak boleh telan, telankan lah jugak. Sekarang nak makan apa, sendiri punya pasal. Dah sesorang ni, layan jelah tekak sendiri, kan. Tu yang kadang-kadang dinner sandwich jek. Dah tengok tu tak selera, tengok ni tak selera. Makan jelah apa yang ada, janji makan.

Masa buat buku pink aritu, berat mama 64kg. Gila berat hoih. Last month check-up, berat turun sikit. Now, hari-hari timbang gitu ajelah beratnya. Tak naik-naik. Takut next check-up bising pulak Dr nye.

Now setiap pagi setiap hari, mama akan breakfast nasi. Pukul 630 pagi dah breakfast nasi. Ko mampu? Hahahaha. Kang masuk ofis nak tunggu memasing keluar makan, mau kebulur mama. Kang mulalah nak muntahlah, nak pitamlah. Hadoiiiiii. Macam-macam hal lah.

So, apa yang selalu maam masak pagi-pagi? Hehehehe...

Daging Goreng Kunyit

Aritu ada lebih, bekalkan ada orang tu sikit. Hehehehehe


Scramble egg pedas.

Paling selalu ulang-ulang. Hehehehehe. Sebab paling sonang and yang penting, sodap.


Ikan keli sambal.

Tetiba teringin. Masak stail mak kedah, letak daun kesum sikit. 


Spageti 



Hati ayam masak kicap.

Enath apsal, tetiba teringin pulak nak makan cenggini. Beli hati 2 ketul, baru 50 sen. Hehehehehe. Dapat jugak 2 kali makan. 

Kadang-kadang tak tau nak masak apa, mama buat nasi goreng jek. Selalunya mama masak jenis yang campak-campak jek, senang. Pagi-pagi kot, tak kuasa lah mama nak perah santan segala. 

Oh, mengandung kali ni mama suka makan pedas-pedas. Sebab tu semua lauk pun ada cili. Cili padi ye uolsss, cili hidup iolss tak layan. hehehehehe. Kalau dapat sampai meleleh air mata tu lagi best rasanya. Tulah, mengandung dah tua-tua ni. 





Monday 19 May 2014

Hantaran Itewwww

Assalamualaikum...

Macam menyampah pulak dengan internet kat ofis ni. Grrrrrr....

Ingat tak mama pernah cerita yang ada kawan papa tempah hantaran kat mama. Err... betul ke tempah? Ke upah? Hehehehehe. Whatheverlah, kan.

Depa punya wedding 1st May tu hari. Gila lama. Baru now ada hati nak cerita? Hehehehehe. Maafkan saya, penunggu gua! ;P

Ni hantaran dari pihak lelaki. Ada 7 dulang semuanya.


Pengantin nak alas tu colour offwhite, and bunga asalnya dia nak semua pastel colors. Sebelum came up dengan hantaran yang ada ni, mama adalah cuba try test guna pastel colors flowers. Entahlah, mama rasa macam tak berkenan pulak, sebab nampak macam tak berseri jek. Tau jelah, pastel color kan soft, so seri dia tak naik. Ni mama pepandai jek decide. Pengantin pun ok jek (rasanyalah!) Hehehehehehe.





 

Kalau dah pihak lelaki bagi 7, sah-sahlah pihak perempuan kena balas 9 kan. So, 9 dulang dari pihak perempuan:








 
Untuk yang ini, pengantin perempuan nak color cream and peach camtu. Again, peach and cream yang macam mana tu, ikut suka hati mama jek. Nasib baik pengantin berkenan. Pengantin perempuan ni cerewet sikit. Berapa puluh juta kali dia whatsapp mama bagi design itu, design ini. Sabar jelah. Hehehehehe.

Alhamdulillah, dah settle semua. Ni insyaAllah bulan 11 pulak. Tapi ni adik sendiri punya, so design and color of cross la mama yang decide. Eh, kata nak sponsor kannnn. Hahahahaha. Harap-harap masa wedding dia tu, mama belum bersalin lagilah.

Friday 9 May 2014

Happy Mother's Day...

... to me!

Assalamualaikum...

Tetiba excited pulak tahun ni nak celebrate mother's day,kan. Dah 6 tahun lebih jadi omak, baru tahun ni nak merasa excited. Kesian sangat... Hihihihihi.

from: Hakimi

Ni yang buat excitednya pun. Pagi tadi baru mama perasan, tu pun sabit nak masukkan bekal dalam beg dia. Kalau tak, minggu depan pun mama tak perasan lagi rasanya. Hahahaha. Walaupun cikgu yang buat kad ni sebenarnya, tapi tetaplah hati mama ni berbunga-bunga cinta aje. Hahahahaha. Rasa macam dolu-dolu, bila secret admire bagi surat cinta. Oh, my! ;P

Thank you, Angah! Angahlah orang pertama yang bagi mama kad tahun ni. Hihihihihi. Ada orang tu kata nak bagi hadiah, tapi sebab belum dapat hadiahnya, tak boleh kira la ye. Nak suprise-suprise pulak. Dah tua-tua baru ingat nak suprise. Muda-muda sikit dulu, main bagi duit jek, hadiah nak apa beli sendiri. Hahahaha. Tu pun pakkal ada birthday, merasalah ada orang nak bagi hadiah. Gila tak romantik masing-masing.

Happy Mother's Day to my dearest friends DJ, Huda and Emy!

Kat mak-mak tak payahlah wish kat sini, bukan depa baca pun blog ni. Hahahahaha



Monday 5 May 2014

Investigative

Assalamualaikum...

Hari ni mama keluar rumah pukul 8, hantar anak-anak kat tadika, 8.13 dah gerak. Pukul 8.26 mama dah siap punch card. Jam kete mama cepat sikit, kat punch card baru 8.22. Itu pun dah merah. Apppada. Dia tak tau ke pensyarah boleh datang ikut suka hati dia? Okla, sangatlah tipunya disini.

Last day before lapor diri kat sini aritu, mama and the gang adalah attend satu course ni, namanya "Laugh Theraphy". Masa mula-mula dapat email pasal course ni, kitorang semua cam, amboi.. seteresss sangat nih lecturer-lecturer ni bekerja, sampai kena ada course untuk bergelak-ketawa. Kitorang kan sengal. Hahaha. Haruslah berpemikiran macam tu. ;P

Adalah satu kategori ni, mama tak ingat apa, rasanya macam type of person kot. Entah, tak ingat tajuk dia. Ada orang jenis realistik. Ini orang yang nak facts jek. Yang paling mama ingat is orang jenis investigative ni. Ini semua mak bapak kena kenal potential ni dalam diri anak-anak. Orang jenis investigative ni, dia memang jenis kuat menyiasat. Bukan dibuat-buat, tapi memang dia dilahirkan dengan sifat ni, cenggitulah kekdahnya.

source:google

Kata penceramah tu, orang type ni, kalau betul-betul diasuh, kita (mak and bapak) latih and dorong dia untuk jadi polis atau peguam, memang dia akan jadi seorang polis atau peguam yang sangatlah tiptopnya. Dah kalau kejenya asyik nak menyiasat jek, tak gemilang dan terbilang? Itu yang kalau salah letak, (example jadi surirumah) habis semua jiran tetangga dia siasat. Anak orang itu, anak orang ini semua dia tau.

Terus teringat dengan seseorang dalam family mama ni. ZZZZ (bukan nama sebenar) sangatlah macam ni. Bayangkanlah, masa tengah menunggu dalam kereta, dia boleh tengok orang tu beli apa, orang ni beli apa. Dah tua-tua pun larat lagi nak pi pasar malam la, apala. Haduiiiii. Sabar jelah.

Agaknya, kalau ZZZZ (bukan nama sebenar) ni jadi polis, mungkin sekarang dia dah jadi ketua polis negara. Shabas inspektor Sahab!

Friday 2 May 2014

Baru

Assalamualaikum...

Hari ni mama bersiaran dari ofis baru uolsss. Takde bau kedai ke? Hahahaha.

Alhamdulillah, semua perkara yang memberatkan dan merunsingkan kepala telah pun selesai dengan jayanya. Now masa berelax selrelax-relaxnya. Hihihihihi.

Lapar la pulak. Nanti-nantilah mama cite lagi eh?.
Papai.

Thursday 17 April 2014

Appa Punya Turrr

Assalamualaikum...

Entah kena sampuk dengan hantu apa, sejak dua menjak ni mama macam blurr menjadi-jadi. Pastu kalau tanya soalan, ko kena tanya in a complete sentence. Tak boleh tanya "camna diorang?". Nanti mama blurr. Apa yang macam mana? Ko kena tanya, "Macam mana budak-budak tu pergi sekolah hari ni?". Contohla. Gitu.

Bila mama ngadu kat Mrs. Kecik, dia kata tu sindrom ibu mengandung. Aiseh!

Hari tu, masa balik dari Perlis, tumpang tidur rumah anak-anak kedara. Pukul 6 anak-anak kedara 2 orang tu dah memekak eh suruh bangun. BAgilah can sikit mama tidur lama-lama. Mama sampai pukul 230 pagi kot dari Perlis tu. Tup tap tup tap, pukul 3 baru dapat nak lelap. Mama bangun tengok, aih awat awal sangat minah sorang ni mandi? Dia cakapla, dia mandi wajib. Nak kejar subuh punya pasal, tu pepagi dah mandi. Mama serious mama tu pelik. Dah kenapa ko nak kena mandi wajib pulak. Hahahaha. Ni sangat bongok! Kat kepala mama cuma boleh pikir mandi wajib sebab tuttttt jek. Tak teringat langsung pasal period.
Appa punya turrrr!

Oh, sekarang ni (Isnin sampai hari ni, tapi hari ni dah last la) kat sini ada interview scholar JPA. Untuk lepasan SPM 2013. Mama perasanlah pasal interview JPA ni sebab banyak gila kot depa ni letak papan tanda. Tapi tak tau pulak untuk lepasan SPM.  Hehehehe. Mama nampak ramai pakcik-makcik jek. Mama ingatkan interview untuk bussiness loan ke hape ke. Sampailah mama nampak pakcik Bahtiar. Pakcik Bahtiar ni kawan FIL, mama kenal la. Mama pun tegurla, "Ada apa, pakcik?". Pakcik Bahtiar tunjuk tanda interview. "...engineering, bla...bla...". Hujan lebat gila, tak dengar apa pakcik Bahtiar dia cakap. Tapi mama dah pelik, apa kaitan pakcik ni dengan engineering segala? "Oh, sapa yang interview ni? Pakcik ke?". Pakcik Bahtiar and the geng (adalah 2,3 orang tengah duduk-duduk kat situ) pakat gelak eh. "Pakcik nak buat apa". Hahahaha. Betul juga. Tak tau nak sorok kan muka kat mana.


Monday 14 April 2014

Tik tok Tik tok

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah hampir berjaya mengharungi saat-saat yang terpaling tak suka-marking paper. Dah hampir berjaya ye kawan-kawan. Belum 100% berjaya lagi sebab masih ada satu bundle belum settle. Hadoiyaiii punnn. Bercintanya lah nak ngabiskan.

Banyak benda menunggu sebenarnya. Semua mama biar on-hold dulu, sebab taknak serabutkan kepala pikir macam-macam hal, selagi paper exam ni belum settle.

InsyaAllah, big event is coming, very soon. Ada kawan cakap, sure busy, kan? Kalau dia tengok keadaan mama sekarang, mesti dia tarik balik kenyataan dia. Hahahaha. Mama is relax serelax-relaxnya. Hihihihih. Mode menggelabah, kalut tak tentu pasal belum activated lagi. Hahahaha.

At the same time, ada 7+9 dulang hantaran menunggu. Pun nak dicollect dalam masa terdekat.


Ni jek yang baru siap. Tu pun mama curi-curi buat. Hehehehe. Menangis member hantaran dia belum siap.

InsyaAllah, 2 Mei akan datang mama akan mula kat tempat baru. Goodbye Lendu! Pindah base jek pun, cawangan masih cawangan yang sama. Hehehehe. Perjalanan nak pi ke tempat kerja pun dah cut down into half. Alhamdulillah. Suka-suka-suka!