LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 January 2014

Tak semuanya indah

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni kan, kadang-kadang ada benda yang kita harap and kita assume akan menjadi according to plan, tapi... itulah kan. Tak semuanya indah, katanya.

Tak percaya?

Mince Pie

Nampak ni? Cantik, kan? Gila kau tak cantik, ni Jamie Oliver yang bikin oiii.

Cer tengok yang ni plak...


Rentung ok!

Baru nak perasan masterchef! 
Puiiii.

Friday 24 January 2014

Main-main

Assalamualaikum...

Sejak Isnin lepas rasanya, Adam asyik bertasbih kat telinga mama, nak tanah liat, nak tanah liat. Hadoi hai la. Malas betul nak melayan. Asal nampak muka mama balik kerja jek, dia pun startla bertasbih dia tu.

Oh, tanah liat tu plastesin ye, kawan-kawan.

Mama ni memangla kedekut, tapi kedekut-kedekut mama pun, selalunya mama lah jugak yang belikan derang. Yang mama terpaling tak suka pasal plastesin beli ni ialah dia punya bau pun macam sesuatu sikit. Pulak tu, kalau ko main, tangan ko mesti rasa semacam jek. Tak sukaaaaa.

Since mama taknak beli, kenalah mama cari alternative lain, kan? Janji tanah liat tu boleh sua depan muka derang.

Hasilnya....


Tadaaaaa!!!!!

Kagum tak? Hehehehe...

Mama buat sendiri okeh. Dont play-play haaa...

Mama rasa resipi dia melambak kot kalau digoogle, tapi mama punya ni amik kat Madam Sooyaree. Nak buat ni bahan-bahan dia senang jek. Tapi part nak masak tu, yang lomah sikit rasanya. Kalau ada abang-abang gagah kat rumah tu, paksa diorang. Hehehehe...


Baru lepas masak. Releks-releks dulu, bagi dia sejuk sikit.



Dah sejuk, uli la sesuka hati. 


Since mama ada 3 jek food coloring kat rumah ni, so dapat 3 colour jekla. Yang hitam tu, mama memandai-mandai campur semua colour tu. Oh, kena store in airtight container, ok. Takut nanti dia mengeras. Tapi semalam Adam punya bekas tak bertutup, sebab entah mana dia campak penutup dia mama cari tak jumpa. Bangun pagi ni tengok elok jek. Sikit tak keras. 


Bear the damage la. Hehehehe. Malu pulak nak masuk kelas tangan colour biru, dah macam sedara pulak dengan Hulk. Nasib baik pagi ni dah bersih. Hehehehe...

Puas hati mama dapat buatkan budak-budak ni. Diorang ni ada pelik sikit, especially Adam. Mesti nak masukkan mende alah tu dalam mulut. La ni, nak telan sekali pun mama tak kisah. Suka hati ko la, labu. 

Oh, Adam siap bawak pergi sekolah okeh. 
Mama aku buat tanah liat. Mama ko mampu???? 
Huahuahuahua

Monday 13 January 2014

6 tahun la...

Assalamualaikum...

Hari ni, my Abang dah genap 6 tahun. Alhamdulillah.

Kalau nak ikutkan sebeno-benonye, time ni dia belum lahir pun lagi. Hehehehe. Dia keluar 4.13pm. Mama ingat lagi, tak lama lepas dia kua tu, dia bersin. Haish... itu yang sampai sekarang srott-srett aje manjang.

Nak 6 tahun ni, mama rasa dah macam-macam akal pulak. Abang...abang.

Selamat 6 tahun, sayang!



Thursday 9 January 2014

Untuk tatapan...

Assalamualaikum...

Kehadapan Incik Cupak yang dihormati, berikut adalah hasil keras-tangan ambo.

Theme colour: Purple


Telekung

Duit hantaran & gelang tangan 

Kasut & handbeg

Perfume

Buah 

Theme colour: Pink

Cincin & duit hantaran

Sepasang persalinan

Tepak sireh

Coklat


Apa theme incik nak, jangan risau. Boleh bincang. Kikikikiki. 
Tapi harap incik maklum, saya akan charge RM40 per dulang. Boleh lah ye incik? 
(Fuh...fuh...fuhhhhhhh.). 


Pre-birthday

Assalamualaikum...

Jumaat minggu lepas sempat bawak MIL and FIL celebrate birthday Adam. Pre-birthday celebration, katanya. Kau hado?? Eh, kalau ada pre-, maknanya. yang betul-betul pun adalah eh? ..tetttt. Hehehehe.

Al-kisahnya, mama memandai-mandai pi cakap kat Adam, "Nanti birthday abang, kita datanglah makan kat sini". Nah, hambek. Dan-dan tu dia claim esok birthday dia. Padahal, masa tu ada lah lagi 3 minggu kot nak ke birthday dia tu.

Hari-hari dok berzikir "esok birthday abang, kan mama." Iyelah labu. Dah 16 kali esok bithday abang. Yang paling tak menahan tu, siap request kek okeh. Budak-budak zaman sekarang...ishishish...(geleng kepala). Nasib baik la dia request kek bentuk bulat, kalau dia nak kek ada Ben10 ke, tak ke haru? Mana nak cariiii, oiiii.


Kek pun beli asal ada jek. Kang takde kek, dah dia mengaruk nak kek pulak. 



Dia ni memang amik gambar tak reti nak senyum. Kalau suruh senyum kang, muka pelik-pelik dapat.

Oh, sebenarnya masa ni kitorang kat Umbai. Alah, kalau korang google, korang tau lah apa yang paling famous kat Umbai ni. Sebenarnya mama and papa yang menggedik nak pi makan kat Umbai. Ate, takkan awok jek nak pergi, nampak bebenor buruk perangai. Alang-alang  bonus dah masuk, mohle kita ngajak MIL and FIL sekali. Alah, MIL and FIL, masa mula-mula tu taknak pergi. Tak payahlah, itulah inilah. Malu tapi mahu, kekdahnya.




Makanan...bolehlah. Nak banyak komen, masak sendirilah kan. Hehehehe

Oh, mama rasa dengan apa yang kitorang makan ni, sepenuh-penuh meja, rasa berbaloi jugaklah. Poket pun takdelah koyak teruk sangat. Hehehehe



Wednesday 8 January 2014

Berangan

Assalamualaikum...

Mama tengok Masterchef Malaysia tu macam boleh 'makan' jek. Macammmm jeklah. Hehehehe. Macamkan hebat sangatlah memasak, kan. Hikhikhik.

Adalah satu hari tu, papa tiba-tiba request masak macam Masterchef. Dah asyik membongkang tengok cerita tu jek, kan. Cer try masak tengok.

Gedebak-gedebuk, lepas 60 minit, inilah hasilnya...


Tadaaaaa....

Ngengada nak makan lamb chop, tapi nasi tak boleh tinggal. Hehehehe...





Friday 3 January 2014

Sejarah sudah.

Assalamualaikum...

2013 dah berlalu. Dalam hidup mama, sepanjang 2013 rasanya banyak jugaklah benda yang significant happened.

March 2013, mama dah sah jawatan. Alhamdulillah, walaupun tumpang orang, janji mama confirm. Apa ada hal. Hehehehe...

April 2013, dapat kunci rumahku syurgaku. Alhamdulillah. 2 tahun dok berulang-alik tengok rumah macamkan mama ni ialah dia punya kontraktor. Dari sebidang tanah yang baru kena tarah, ke sebuah rumah yang dah boleh duduk. Bayangkan jelah.

Julai 2013, officially masuk rumah baru. Hanya Allah yang tau macam mana susah payahnya mama demi sebuah rumah ni. Oh ye! Dapat beli kereta jugak. Walaupun kereta murah-murah jek ( kereta Malaysia jek pownn ), jadilah. Dah tebal sangat dah muka mama nak meminjam kereta FIL every time nak balik Kedah. Malu oih.

Ogos 2013, mama miscarriage. Menangis.

September 2013, double line lagi. Hoyeah!! Antara percaya dengan tidak jek.

Disember 2013, miscarriage. Lagi. Redha.

Walaupun banyak yang manis, tapi yang pahit tu yang paling berbekas dihati.

Semoga 2014 lebih membahagiakan. In sha Allah.