LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 19 March 2014

Cobaaaaaaan

Assalamualaikum...

Sejak dah beberapa tahun kerja ni, asal hujung sem, time budak nak exam, time tu lah macam-macam hal jadi. Bertimpa-timpa pulak rasanya. Orang tu sakit, orang ni sakit. Itu, ini, begitu, begini. Padahal sepanjang sem cam smooth jek, elok berjalan lancar jek rasanya.

Now student tengah revision week. Next week dah start exam. Bila student dah start exam, time tu lah nak kena invigilate, nanti paper dah masuk nak kena marking pulak. Time-time macam ni lah yang sangat mengundang stress tahap nak hantuk kepala kat dinding jek.

Since last 2 weeks, mama dah start bersiap-siaga. Wahhh, macam nak pi berperang! Hehehehe. Dah start riki-riki, mana tempat nak hantar bujang-bujang mama tu. Yelah, buatnya PIL nak pi tengok Mira, tak menggelupur mama nak uruskan? Buatnya time tu kena jaga exam, tak mampuisss? Dulu papa ada, bolehlah papa yang jagakan. Kat Jasin ni pun, satu hal. Macam susah benor nak cari nurserynya. Tapi dapat jugaklah hari tu, insyaAllah, akan start bulan 4 nanti. Lagi pulak, dapatlah MIL concerntrate kat Mira and anak dia jek nanti.

Budak yang baru baik demam.

Ni semalam Mira dah bersalin, dipercepatkan sebab BP tinggi sangat. Kalau tak, pagi ni PIL dah pergi JB dah. Tapi since katanya Mira and baby nak kena observe for 5 days kat hospital, depa pun hold la dulu, tak pi lagi. Lega. Kalau PIL pergi pun, budak-budak ni depa dah mintak Mak Yah, jiran sebelah tolong jagakan sementara depa takde ni. And, Mak Yah pun dengan senang hati setuju aje. Lega jugak. Anak-anak mama ni bertunggu-tangga kat rumah derang pun selama ni. Si Angah tu, sehari 16 kali ulang-alik pi rumah orang tu. Orang tu tengah tunggang-langgang lagi nak kemaskan rumah, dia dah assalamualaikum dah.

Ni jadual jaga exam dah keluar, and alhamdulillah mama kena jaga sekali jek. Syukur sangat.





Thursday 6 March 2014

Berasap

Assalamualaikum...

Mama on weekdays, dalam mimpi jelah memasak kot. Hahahaha. Balik, singgah rumah MIL dulu, amik anak-anak. Dah tentu-tentu MIL dah masak. So, makan ajelah. 3-4 tahun lepas, mama adalah malu-malu tahik kucing sikit, tapi sekarang tidak lagi. Hahahaha. Nak lagi teruk, siap tapaukan pulak lagi. Terbahekkkk punya menantu. ;P

So, bila weekend, nak taknak, kena nak jugaklah memasak. Most of the time, mama akan masak yang special sikitlah. Dahlah ko masak seminggu sekali,kan. Itu kalau lebih rajin. Kalau kurang sikit rajin, masak janji boleh isi perut jek, sudehhhh. Hahahaha.... Tapi selalunya melebih-lebihlah rajin tuuu. ;P Jarang iolss malas-malas ni. Puiii...

Disebabkan mama adalah rajin , so jadilah nasi daging masa breakfast. Kalau nasi daging ni selalunya, kalau kat Kedah nun lah, depa makan dengan sup daging, lawan dengan air asam. Well, u know me. Memang tak lah kan nak ikut orang, mesti nak ikut kepala sendiri. Hehehehe. So mama kawankan nasi tu dengan daging masak blackpepper.

Nasi Daging & Daging Blackpepper

Yang terpaling best, bujang no 1 mama, siap request apa tau?
"Nanti raya, mama masak kat rumah abang nasi daging ni lagi eh"
Pergh! Sedap sangat ke bang? Hehehehe... errr, tapikan...tapikan, rumah abang kat mana? Bukan ke kita duduk serumah?

Actually kan, sebenor-benornya nak test drive pressure cooker. Iolss baru beli, uolss. Tapi tulah, beli pandai. Nak pakai, tak reti. Hahahahahaha. Shadap u!


Monday 3 March 2014

Birthday iolss

Assalamualaikum...

Iolss dah 28 tahun, uolssss. Macam kurang kesedaran diri jek. Umur tu sikittt lagi nak 3 series, tapi terasa-rasa macam masih sweet 16? Come on, man... Iolss sentiasa muda. Hehehehe...

Ingat-tak ingat jek birthday kali ni. Bila orang wish, barulah macam"aahla, arini birthday iolsss". Time orang wish jela ingat, lepas tu lupa balik. Hahahaha. Maafkan saya, keterlupaan itu semakin menguasai diri ini. Nampak no tuanyee.

Takde pun sesapa nak belikan mama kek. Huhuhuhu...

Tapikan, tapikan...




Papa belikan udang ni haa...
Tapi kenalah birthday girl (girl lah sangat!) masak sendiri. Acehh, nak jugak habaq, tu!

Jadilah, ianya birthday dinner pukul 4.30 petang.
Ko mampu?
Hahahahahaha...