LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 25 May 2015

Naik Hantuuuuu

Assalamualaikum...

Semester break yang kononnya 3 bulan tu is coming to an end, uolss. 3 bulan la sangat. Puiii. Tinggal minggu depan je lagi nak hip hip hoorey pun. Lepas tu silalah terkejar-kejar pergi mengajar macam biasa ye? ;P

Adoiiiilah. Hari tu berialah konon memplan dengan diri sendiri. Cuti ni lama, bolehlah baca-baca, buat-buat research. Tup-tup cuti tinggal lagi seminggu. Research mana, research? Hahahaha. Tau dah. Panas lagi tahi ayam tu daripada semangat mama ni.

Macam ni punya gaya, toksah beranganlah nak jadi propessor ke apa. *Scroll gaji maximum*

Sejak anak dah 3 ni, asyik naik hantuu ajelah mama ni. Hari-hari oiii. Kadang-kadang mama pun tension dengan diri sendiri, sebab hari-hari nak marah. Boleh ke macam tu? Tak best oii asyik nak marah jek. Kalau tak marah, sakit pulak hati kita, wak!

Harap-harap, hari ni itu hantu takde mariii. Hehehehe

Friday 22 May 2015

Pakwe-Makwe

Assalamualaikum...

Hari ni mama bawak pakwe bercanda di ofis. Boleh? Hahahaha. Out of so many places, ofis jugak pilihan mama???


Before datang ofis, pergi breakfast roti canai dulu. Kalau dating dengan pakwe ni, takde lain, mama lah yang kena belanja ni.

Muka dia dah kelabu macam apa sebab minggu ni ada sukan kat sekolah dia. Orang lain bersukan, dia yang kelabu, dah kenapa? Oh, today sekolah dia cuti. Tu yang terpaksalah mama angkut sekali ke ofis. Suruh dia duduk kat tempat biasa, dia taknak. Nak tinggalkan sekali dengan adik, kesian pulak dengan maklong tu ha. Dahlah semalam mama takde bagitau apa-apa pun kat dia. 

 

Dah besar dah along. Orang selalu cakap mama untung sebab muda lagi tapi anak dah besar. Muda la tu weh, belum 30 tahun pun lagi ni. Seronok memang seronok. Mama selalu cakap kat papa, 12-13 tahun akan datang, bila mama lepak dengan kawan-kawan, time depa dok kecoh and kepoh tanya result UPSR anak masing-masing, masa tu mama dah sibuk mengantor kad jemputan kahwin. Kehkehkeh. Itu pun kalau Along ikut jejak mama and papa la. Eh, mama kahwin masa umur mama 20 tahun, okeyh!



Mama dapat tahu mama pregnantkan Along lepas lebih kurang sebulan abah meninggal. Masa mama balik untuk tahlil abah yang ke 40 hari, mama dah start mabuk-mabuk. Mabuk pun takdelah teruk. Cuma pening-pening and loya-loya sikit jek. Along lahir masa umur mama 22 tahun, and masa tu mama final sem degree. ingat lagi, masa nak exam final tu, mama suruh arwah mak datang jaga along. Mama nak exam, kan? Nak study la cengkonon. Hakikatnya??? Hahahaha. 

Dulu, selalu berdua balik Kedah naik bas. Gamble jek mama sorang-sorang bawak anak kecik. Bukan dekat oiii Kedah-Skudai tu. 10jam kot dalam bas. Tapi along ni masa kecik sangatlah senangnya nak travel dengan dia, sebab dia kuat tidur. Hahahaha. Kalau naik jek apa-apa kenderaan, belum sempat tayar bergolek, dia dah lena dulu.Tak payah risau dia nak menangis ke apa. Tapi tulah, bila dah sorang-sorang, bila berhenti pergi toilet pun fikir 16juta kali. Kena pulak time tu dia tidur. Lagilah, kan. 

Mama harap, bila along dah besar and dah kerja nanti, along akan bawak mama pergi lepak ofis along pulak. Hahahaha. Along kena ingat, mama selalu bawak along datang ofis mama. Hehehehehe. 

Sure awkward masa tu. 

Tuesday 19 May 2015

Panjang Akai

Assalamualaikum...


Cakk!

Budak ni dah macam-macam dah akal dia. Adik now dah 6+ months. So dah start makan dah. Tapi food dia kena blend halus macam puree tu, baru dia nak makan. Hari tu masa check-up nurse kata dah boleh bagi adik makan yang kalau blend tu jangan halus sangat. Mama pun buatlah macam nurse cakap. Lepas sehari, sehari dia taknak makan. Dia makan 2,3 sudu jek, pastu taknak dah. Dah kena 2,3 hari macam tu, mama buat balik macam biasa, blend jek halus-halus. Alhamdulillah. Licin semuanya. :)



Tengok akal dia. Masa ni dia baru pandai memanjat. Yang ni kalau tak salah adalah 2nd trial ke 3rd trial macam tu. Dia pandai tau. Dia nak berdiri, dia panjat bantal golek panjang tu. Kang dia ke tepi-ketepi, dah sampai hujung bantal, dah dengan dia sekali tergolek. Hehehe. Now dah cekap dah berdiri. Tapi kaki ketaq lagi laaaa. Tapi uolssss.... tak padan dengan kaki ketaq, ada hati eh berdiri lepas tangan, pastu pusing badan tengok orang. adoiiii la adik. Trajedi berdentum-dentam taksah cakapla dah berapa kali. Hehehehe.

 

Apa orang lain makan, semua dia nak. Along dengan angah makan choki-choki, dia tengokkan aje. Dah dapat kat dia, tengoklah. Bukan main lagi mengokel. Ni acah-acah jek uolss. Don't worry. Mama tak bagi pun dia makan choki-choki tu. 

Adik ni, mama taktaulah kenapa. Kadang-kadang mama dah rasa macam rumah mama tu berhantu jek. Hehehe. Dia ni la. Selalu naw-naw menangis time tidur. Entah apa dia mimpi, pastu menangis kuat-kuat sampai tersedu-sedu. Semalam dia buat lagi. Dahlah mama jek sesorang. Papa tak balik. Lama la pulak dia menangisnya. Selalu kalau dia menangis tu, mama kejut dia, dia dah sedar dah ok dah. Cuma tersedu-sedu jelah. Semalam dah kejut, dah basuh muka, dah baca ayat kursi bagai, dia boleh sambung nangis balik. Mama dia pulak naik takut.

Last-last, mama letak jek kat riba, goyang-goyang sikit sesambil zikir. Alhamdulillah, dah tak nangis dah. Mama syak dia rindu papa la. Dah seminggu ke 2 minggu ni, memang papa ada jek kat rumah. Dahlah paklong dia pun takde. (Paklong pergi training kat  Langkawi, dah seminggu dah. Lagi 7minggu paklong balik le. :0). Orang kata, masa dia tengah tidur ni elok kalau kita cakap-cakap dengan dia, kan? So, time tulah mama bagitau dia papa pergi work, nanti papa baliklah.

Adoiiilah. Ini yang apak eh pergi kerja. Esok lusa, insyaAllah baliklah. Kalau dah pergi yang tak balik-balik???

In My Definition Of... Paru goreng Berladoo

Assalamualaikum...

Tudia la. Dah nak dekat sebulan oii. Sikap pemalas apakah ini? Hahahaha. Maafkan hamba wahai tetuan hamba sekalian. Sungguhpun hamba ini tiadalah apa kerjanya sangat diwaktu ini, tapi hamba adalah buat-buat sibuk menyibukkan diri dengan menambah jam latihan.;P Alasang sangat, kan?

Sekarang ni, weekend dapur mesti kena berasap uolss. Wajibulghonnah ni. Sebab apa? Sebab MIL iols ada uolsss. Now, asal hari jumaat jek, papa akan zass pegi jemput MIL datang tido rumah kitorang. Nanti bila papa dah nak pergi kerja, zass papa hantar MIL balik rumah dia semula. Cenggitulah keadaannya 2,3 bulan ni. Sebab tu lah uolss, mama kena masak. Takkan nak MIL lunch gigit jari dia saja?

Cekcekcekidaout la, uolss.

PARU GORENG BERLADO


Bahan-bahan:


 

Paru-direbus, dipotong nipis & digoreng
Bawang merah ]                
Bawang putih   ] ditumbuk 
Halia                ]                 
Sambal belacan (leftover)
Sos cili @ sos tomato
Garam & gula secukup rasa. 
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.
2) Masukkan sambal belacan. Kacau. Masukkan sikit air. 
3) Agak-agak cili sambal tu dah masak, masukkan sos dan kacau rata. 
4) Perasakan dengan garam dan gula. 
5) Masukkan paru dan gaul hingga semuanya bersalut dengan sambal. 
6) Siap. Dipersilakan makan. 


P/s khidmat masyarakat:
#1: Sapa yang takde sambal belacan yang leftover, boleh turrrrkan cili+belacan sikit. Turrr cili saja pun boleh. Tapikan, sebab guna sambal belacan yang leftover, rasa dia lagi meletop top top uolss sebab sambal belacan tu kan dah sedap. ;)
#2: Mama suka kalau paru tu macam basah-basah sikit, pastu sambal dia lebih. Sedap uolss. Tu yang sampai tak sedar nasi seperiuk habis. Hehehe. 
#3: Frozenkan aje leftover yang sesedap tu. <----- Perangai baru mama. Semua mende alah nak difrozenkan. Hahahaha. Almaklumlah, orang baru dapat freezer,katanya. Thank you alalalatok. Muahciked! Hehehe. 
#4: Korang kena try ni weh. Mesti husband korang sayang ketat-ketat punyalah lepas tu sebab pandai masak lauk feveret dia.