LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 27 October 2015

Rumah dan Kemas

Assalamualaikum...

Kalau bab rumah, mama adalah seorang yang cerewet. Semua sangat-sangat wajib ikut cara mama. Cerewet yang ntahpape. Eh, biarlah! I'm queen of the house, okeh. Queen apa? QUEEN CONTROL. Hahahaha.  

Tadi baru baca blog namee, dia cerita pasal maintain rumah. Semangat lah sikit mama nak mengemas lepas ni. Hewhewhew.

Mama ni cerewet, tapi kalau ada MIL tu, mama tak bagi pun MIL buat apa-apa kerja. Naik bengap oranng tua tu datang rumah tak buat apa. Hahaha. Selalu MIL hanya akan sapu sampah je. Dahsyat sangat hantu ni. Hihihihi. Tapi kan, tu lah. Dahlah orang nak tolong tak dibaginya, nak buat sendiri tak sempat pule. Eh, dah macam pantun 3 karat pulak. Hehehe.


Pengsan ni kalau sapa-sapa tetiba terjah rumah. Kain baju melonggok. Bayangkan jela, anak dah 3, campur mak bapak lagi, katakanlah, sorang pakai 2 pasang sehari dah berapa pasang nak kena basuh? Tu baru sehari. Ni yang melonggok ni dah berapa hari? Wallahualam. Hahahaha. Tak terjawab mama rasanya. Mama suka jek nak basuh+sidai+lipat baju ni. Tapi tu lah, banyak sangat kekangan yang menghalangi. Halangan paling tak boleh blah, 

... ni lah, ni. 

Halangan paling besaq yang mama susahhhhhh nak lepas. Hahaha. Bila baju dah siap basuh (nak basuh senang, tett, tett, tett aje) nak pergi sidai, dia ni mengekor je dari belakang. Kang mama keluar, dia tak dapat keluar, dah menjerit-jerit depan pintu. Tu yang mama malas tu. Selalu baju-baju ni mama basuh on weekdays. Bila weekdays, mama seboleh-boleh nak elak dia ni menangis sebelum keluar rumah. Takmau nanti dalam kereta terbawak-bawak dia punya cranky tu. 

Mama akan lipat semua baju-baju ni sambil mama tengok tv. Selalunya, mama akan perambat semua masuk tidur, sekali dengan si kenit ni, lepas tu baru mama akan feeling tengok tv dan lipat baju. Masa lipat ni, mama akan lipat baju anak-anak dulu, pastu baju-baju papa, and last sekali, baruuuu baju mama. Eiiii, kalau ada budak ni, memang tak jadi kerja. Kang mama melipat, dia sedap dok kirai-kirai balik baju tu. Baju kalau menimbun terlonggok tu, sikit pun dia tak usik. Kalau mama duduk bersila melipat tu, cepat-cepat dia datang. Dari siap lipat nak ke almari tu perjalanan dia mengambil masa yang super lamaa. Hahaha., Taktau pasaipa perjalanan dia yang tu jauh sangat. Hahahaha. Kebiasaannya, baju-baju ni akan stranded kat sofa tu selama...errr...entah. Hahahaha. Sebab tu, sapa-sapa nak datang rumah, habaq dulu na. Satgi hampai mai, kerusi semua elok dok ada, tapi hampa kena dok bawah. Sebab apa? Sebab semua kerusi baju dok duduk. Hahahah. 

Nak simpan baju kat lemari, cerita lain pulak. Ish, dekat rumah ni banyak sangat level of QC nya. And setiap level tu, semua piawaian nya adalah sangat tinggi. Kalau lipat baju, sudut lipatan tu tak cukup darjah dia, tak merasa le baju tu masuk dalam lemari. Hehehe. Sebab tu, bab-bab baju ni, MIL dia dah surrender. Hewhewhew. 

Bab-bab yang lain pasal rumah tu, macam dapur ke, oh! Dapur mama adalah super-duper cerewet. Nak simpan benda dalam peti ais/ freezer, kena ikut cara mama. Kena letak dalam bekas, bertutup dan susun elok-elok. Pinggan kena susun ikt saiz. Sudu, garfu, senduk kena asingkan and simpan ikt tempat masing-masing. Mama rasa, biasa jek. Takdelah susah mana, tapi still orang susah nak ikut. Sebab tu, mama prefer masak sorang-sorang.  

Eh, macam-macamlah. Tapi semuanya mesti melibatkan tatacara menyusun dan menyusunlah. Taktau pasai pa orang susah sangat nak ikut. Mama ni berdebor-debor jek bila time orang lain guna dapur. 

Tapi kalau ko datang tengok rumah, takde kemas mana pun. Bersepah jugak. Hahahah. Sebab tu mama kata, mama ni cerewet ntahpape. Cerewet kemain, tapi tak kemana. 

Ala, janganlah marah. 


Friday 23 October 2015

In My Definition of...Pucuk Ubi Goreng Meratapi

Assalamualaikum...

Lama sangat aihh mama ni menyepi. Acah-acah buzy sangatttt. Hehehehe.

Hari tu pergi rumah atok (in-law), tanpa segan silu mama pun pi lah kutip pucuk ubi. Belum kutip lagi, dalam kepala dah terbayangkan dah sedapnya kalau goreng garing-garing, pastu pedas meletop-toptop pulak tu. Pehhh...berasap bontoitt.

Mama tak pernah pun makan ni sebelum ni, masak apatah lagi. Pernahlah baca kat blog. Kalau pucuk ubi masak lemak tu, selalu jugaklah makan. Makan ye, bukan masak. Yang selalu masak tu MIL. Hewhewhew. Menantu hantu memang begitu.

Mama masak ni pun try-and-error, cara suka hati mama jelah. Sebab tak pernah pun tengok orang masak. Ikut sedap tekak sendiri aje. Heheh.

So, cekidaut!

PUCUK UBI GORENG MERATAPI


Bahan-bahan:
Pucuk ubi-direbus dan digoreng garing. 
Ikan bilis-digoreng garing
Bawang merah]-blend/tumbuk halus
Bawang putih ]-blend/tumbuk halus
Cili padi          ]-blend/tumbuk halus
Garam & gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis. 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/blend tadi. Tumis hingga cili garing. 
2. Perasakan dengan gula dan garam. 
3. Masukkan ikan bilis dan pucuk ubi yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata hingga semua telah bersalut dengan sambal yang sedap lagi pedas itu. 
4. Sedia untuk dihidang. 

P/s:
#1- Masa nak tumis tu, lagi sedap bila guna minyak yang banyak. Kalau korang adalah spesis yang berdiet, jangan risau sebab minyak tu nanti korang boleh ceduk dan buang masa korang nak hidang nanti. Kalau sayang nak buang, nak buat goreng ikan pun boleh. Minyak kan mahal sekarang. Eh? Tu minyak lain. Hahahah. 
#2- Adalah lagi sedap kalau bawang merah tu (mama guna bawang besar je, senang keje..hehehe) korang lebihkan. 
#3-Cili tu, mama letak segenggam sebab memang mama nak pedas biar bontoit semua orang melecet. Hehehe. Ikut koranglah nak pedas macam mana. Korang lebih kenal cili engkorang. 


Kisah Adik dan Babysitter

Assalamualaikum.

Minggu ni dah minggu ke 3 adik dengan pengasuh baru (read: ibu). Alhamdulillah, adik getting used to the new environment. Lama sangat adik ni ambil masa nak adapt. Adoiii. Hari-hari pertama, mama memang ketensenan masa nak hantar and nak ambil dia dari rumah ibu. Manalah tak tensen mama ni, dah kalau asyik menangis jek. Masa hantar pun nangis, masa ambil pun nangis.



Mana pengasuh lama (read: maklong)? Hmmm... tu la. Maklong dah pindah. Dengar kawasannya tu macam jauh, takdelah jauh mana pun tempat maklong pindah tu. Tapi jalannya tu, sebab opposite ways, tu yang mama lagi macam 'errr...takpelah'.

Sayang tau dengan maklong ni. Sebab mama rasa dia jaga adik elok-elok-elok sangat. Maklong start jaga adik dari umur adik 3 bulan. Masa tu adik tau tergolek je. Ke kiri, ke kanan pun tak reti lagi. Mama ingat lagi, asalnya nak hantar adik kat Kak Ina ( Kakak ipar Maklong), first day tu punyalah adik menangis melaung, sampaikan kak Ina call mama suruh datang cepat-cepat. Kisahnya, adik taknak susu botol.

Hari kedua, entah macam mana terus hantar kat maklong. Eh, elok je. Semalam bukan main melalak, hari kedua ni langsung tak nangis. Elok jek. Minum susu kat botol pun. Sampailah adik umur nak masuk 11 bulan, tiba-tiba maklong kata depa nak pindah. Alahailahai.

Masa maklong cakap tu, masa tu sebenarnya mak ayah dia pun tengah tak sihat. Hati dia tu mama rasa memang tengah tak tenang. Rasa macam nak balik jaga mak ayah kat kampung, at the same time, ada komitmen adik dengan paklong lagi. Takkan nak tinggal gitu jek.

Mama ni, namanya duduk kampung (kampung papa lah!) tapi serious shit, hapah apa orang pun tak kenal. Contact takdak oii. Nasib baiklah ada sepupu papa ni, kitorang panggil Kaklang, dia memang jaga budak. So, tak ramai pun, dia adalah contact-contact dia tu. Masa dengan Kak Ina dulu pun, Kaklang jugaklah yang tolong.

Knowing Kaklang, dia adalah jugak cerewetnya orangnya. So mama rasa, pilihan Kaklang tu mesti yang elok-elok lah. Yelah, mama ni nak pilih orang jaga anak ni, cerewet jugak. Alhamdulillah, adalah sorang kawan Kaklang ni, macam nak lah jaga adik ni. So, mama and Kaklang set tarikh, then kami pun pi lah rumah dia, jumpa babysitter baru ni, borak-borak sikit apa lebih kurang. Break the ice gittew. Then, ibu pun setujulah nak jaga. Alhamdulillah. Lega dah.

Tapi, kan sampai sekarang mama rasa macam mama tak move-on lagi. Tak tau lah apsal. Mama yang tak move-on, hokeh? Boleh tak?? Hahahaha. Bila lalu kawasan rumah maklong tu, macam teringat, pastu macam sedih.

Masa hari ketiga adik kat rumah ibu, balik tu, mama tak tahan tengok adik, nak menangis rasanya. Terus time-time tu decide dengan papa, kena bawak jugak adik pergi rumah maklong. Malam tu jugak. Bayangkanlah! Lepas jumpa maklong malam tu, slowly adik makin ok kat rumah ibu.

Now, walaupun adalah sikit drama nenen masa nak pergi or balik, adik dah makin happy kat rumah ibu. Alhamdulillah.