LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 27 October 2015

Rumah dan Kemas

Assalamualaikum...

Kalau bab rumah, mama adalah seorang yang cerewet. Semua sangat-sangat wajib ikut cara mama. Cerewet yang ntahpape. Eh, biarlah! I'm queen of the house, okeh. Queen apa? QUEEN CONTROL. Hahahaha.  

Tadi baru baca blog namee, dia cerita pasal maintain rumah. Semangat lah sikit mama nak mengemas lepas ni. Hewhewhew.

Mama ni cerewet, tapi kalau ada MIL tu, mama tak bagi pun MIL buat apa-apa kerja. Naik bengap oranng tua tu datang rumah tak buat apa. Hahaha. Selalu MIL hanya akan sapu sampah je. Dahsyat sangat hantu ni. Hihihihi. Tapi kan, tu lah. Dahlah orang nak tolong tak dibaginya, nak buat sendiri tak sempat pule. Eh, dah macam pantun 3 karat pulak. Hehehe.


Pengsan ni kalau sapa-sapa tetiba terjah rumah. Kain baju melonggok. Bayangkan jela, anak dah 3, campur mak bapak lagi, katakanlah, sorang pakai 2 pasang sehari dah berapa pasang nak kena basuh? Tu baru sehari. Ni yang melonggok ni dah berapa hari? Wallahualam. Hahahaha. Tak terjawab mama rasanya. Mama suka jek nak basuh+sidai+lipat baju ni. Tapi tu lah, banyak sangat kekangan yang menghalangi. Halangan paling tak boleh blah, 

... ni lah, ni. 

Halangan paling besaq yang mama susahhhhhh nak lepas. Hahaha. Bila baju dah siap basuh (nak basuh senang, tett, tett, tett aje) nak pergi sidai, dia ni mengekor je dari belakang. Kang mama keluar, dia tak dapat keluar, dah menjerit-jerit depan pintu. Tu yang mama malas tu. Selalu baju-baju ni mama basuh on weekdays. Bila weekdays, mama seboleh-boleh nak elak dia ni menangis sebelum keluar rumah. Takmau nanti dalam kereta terbawak-bawak dia punya cranky tu. 

Mama akan lipat semua baju-baju ni sambil mama tengok tv. Selalunya, mama akan perambat semua masuk tidur, sekali dengan si kenit ni, lepas tu baru mama akan feeling tengok tv dan lipat baju. Masa lipat ni, mama akan lipat baju anak-anak dulu, pastu baju-baju papa, and last sekali, baruuuu baju mama. Eiiii, kalau ada budak ni, memang tak jadi kerja. Kang mama melipat, dia sedap dok kirai-kirai balik baju tu. Baju kalau menimbun terlonggok tu, sikit pun dia tak usik. Kalau mama duduk bersila melipat tu, cepat-cepat dia datang. Dari siap lipat nak ke almari tu perjalanan dia mengambil masa yang super lamaa. Hahaha., Taktau pasaipa perjalanan dia yang tu jauh sangat. Hahahaha. Kebiasaannya, baju-baju ni akan stranded kat sofa tu selama...errr...entah. Hahahaha. Sebab tu, sapa-sapa nak datang rumah, habaq dulu na. Satgi hampai mai, kerusi semua elok dok ada, tapi hampa kena dok bawah. Sebab apa? Sebab semua kerusi baju dok duduk. Hahahah. 

Nak simpan baju kat lemari, cerita lain pulak. Ish, dekat rumah ni banyak sangat level of QC nya. And setiap level tu, semua piawaian nya adalah sangat tinggi. Kalau lipat baju, sudut lipatan tu tak cukup darjah dia, tak merasa le baju tu masuk dalam lemari. Hehehe. Sebab tu, bab-bab baju ni, MIL dia dah surrender. Hewhewhew. 

Bab-bab yang lain pasal rumah tu, macam dapur ke, oh! Dapur mama adalah super-duper cerewet. Nak simpan benda dalam peti ais/ freezer, kena ikut cara mama. Kena letak dalam bekas, bertutup dan susun elok-elok. Pinggan kena susun ikt saiz. Sudu, garfu, senduk kena asingkan and simpan ikt tempat masing-masing. Mama rasa, biasa jek. Takdelah susah mana, tapi still orang susah nak ikut. Sebab tu, mama prefer masak sorang-sorang.  

Eh, macam-macamlah. Tapi semuanya mesti melibatkan tatacara menyusun dan menyusunlah. Taktau pasai pa orang susah sangat nak ikut. Mama ni berdebor-debor jek bila time orang lain guna dapur. 

Tapi kalau ko datang tengok rumah, takde kemas mana pun. Bersepah jugak. Hahahah. Sebab tu mama kata, mama ni cerewet ntahpape. Cerewet kemain, tapi tak kemana. 

Ala, janganlah marah. 


No comments:

Post a Comment