LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 November 2015

Setahunnya Adik.

Assalamualaikum.

Semalam, 3 Nov 2015, genaplah umur adik 1 tahun. Cepatnya lahailahai masa bergerak sekarang ni.

Bayangkanlah, since umur adik beberapa bulan mama dah mula berangan-angan dah nak celebrate birthday adik nanti cenggini, cenggini. Boleh tahan gelabah jugak mama ni eh? Hehehe.

Mama ni anak dah 3 dah uolsss. Tapi tahap kegelabahan tu sama jek, baik anak nombor berapa pun. Orang lain, maybelah anak first jek dia gelabah ayam  sikit, anak yang kemudian-kemudian dia dah lek-lek tenang. Mama? Never kot. Hehehe.

Memandangkan birth date adik tahun ni jatuh pada hari bekerja, so memang tak la kan nak celebrate dan-dan tu jugak. Tunggu weekend jelah. Nak buat weekend selepasnya, papa kata macam dah dekat pulak dengan ulangtahun FIL meninggal. Yelah, kan FIL meninggal masa umur adik 14 hari. Takde pilihan lain, kenalah awalkan.


Alhamdulillah, tercapai jugak hajat mama. Hehehe. Buat kecik-keck aje, takde jemput sesapa pun. Kebetulan, pakcik pun ada balik, rasalah macam ramai sikit. Hehehe. 


Sukalah mokde tengok sopia pakai topi ni. Hihihi. Dengan rambut kerintingnya. eheheh. 


Topi kemain panjang. Hahaha. Pakik yang tolon buatkan. Terima kasih banyak-banyak pakcik. 



VViP kami malam tu, Maklong and Paklong adik. Depa dua ni mama rasa adalah orang paling significant dalam first year of hidup adik. Sanggup paklong tukar shift kerja bila mama jemput sama-sama celebrate birthday adik. Terima kasih paklong maklong sebab sudi datang. And terima kasih juga sebab sudi sayang adik macam anak sendiri.