LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 15 July 2016

In My Definition of... Peria Goreng Pedas with Udang

Assalamualaikum.

Mood nak ceciter raya belum mari, tapi mama rasa tak sesabar nak share resipi ni. Hihihi. Tetiba je masa tengah puasa tu hari, teringin nak makan peria. Taktau apsal, tetiba teringin. Orang Melaka panggil kambas. Bila mama cakap peria, papa kata, kambaslah. Mama tanya, tak sama ke kotla entiti berbeza ke kan?  Sama je uolssss.

Nampak nau dah menua. Sebab orang tua-tua je yang suka makan peria ni. Mama masa lebih muda, tak makan pun. Yelah, orang selalu kata peria ni pahit. Kita yang dengar ni rasa macam euwww...terus takut nak makan, kan? Sekarang ni bila dah cuba, rasa macam.. pahitlah sikit. Tapi takdelah pahit yang melekat sampai ke sudah tak hilang-hilang tu.

Eh, cubalah try sendiri.



PERIA GORENG PEDAS WITH UDANG

Bahan-bahan:
500g Udang-dibersihkan dan digaulkan dengan garam kunyit
1 biji peria katak (sederhana besar)-dihiris nipis dan direndam air garam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili api sesedap rasa
1 sudu kecil udang kering-direndam seketika
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng udang hingga masak dan ketepikan. 
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering hingga lumat.
3. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak goreng udang tadi. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
4. Masukkan peria dan goreng hingga peria lembut. 
5. perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan udang dan gaul rata. 
7. Sedia untuk dihidangkan. 

p/s:
#1- Aboi sedapnya makan dengan nasi panas-panas. 
#2- Katanya, peria tu bagus untuk kencing manis, eh?