LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 12 December 2017

In My Definition of ... Salsa

Assalamualaikum.

Ok, baru mama tau rupanya salsa and salsa verde are two different entities. Hehehe. Salsa verde is more likely a dipping sauce, whereas, salsa  is more like salad. Araso, araso, so my version of salsa is the salad one lah. Ahaks. 


Kisahnya, masa raya puasa tu hari, jap. Bila? Raya puasa? Tahun bila tu? Iye uolsss. Mama tau it's superrrrrrr lama. Hehehehe. Macam biasalah, mama buat  makan-makan, jemput kengkawan 2,3 orang, pastu jemput ibu sekali. Rasa macam sikit je jemputannya, sekali ramai lah jugak. Hehehe.

So, mama tu mama masak nasi beriyani. Second trial okeh masa tu. Sedap sampai rasa nak jilat periuk uolssss. Hahahaha. Disebabkan acar timun-nenas is too mainsteram, so mama melawan arus dengan buat salsa. Hehehe. Eh, sedap jugak uolsss walaupun baru first time buat.

Good thing pasal salsa ni ialah, kau boleh campakkan apa saja tumbuh-tumbuhan yang kau suka. Sesuai sangatlah untuk orang yang sangat-sangat sukakan sayur. Boleh jugak kalau korang buat burger kat rumah tu, gantikan salad-timun tu dengan salsa. Meletop top top burger kau, jemah.

SALSA

Bahan-bahan:
2 ketul romaine salad*
1 biji tomato*
1 biji bawang besar*
1 biji timun jepun*
1 biji cili hidup* -boleh substitute dengan capcicum
1 pokok daun ketumbar*

Dressing:
1 biji jus lemon
Sedikit minyak zaitun
Sedikit lada hitam
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:
1-  Semua bahan bertanda * dipotong dadu dan satukan dalam bekas. Ketepikan. 
2- Satukan semua bahan dressing dalam botol kecil. 
3- Tutup dan goncangkan botol hingga semua sebati.
4- Tuang dressing ke dalam bekas berisi bahan yang telah dipotong tadi. Gaul rata. 
5- Sedia untuk dihidang.


Wednesday 6 December 2017

In My Definition of ... Long John Kebab

Assalamualaikum.

Mama n adalah sejenis yang bila bangun pagi, kena terus isi makanan. Tak kiralah pukul berapa pun mama bangun tu. Kalau pukul 6, then pukul 6 lah sarapan. Kalau pukul 5 pun, pukul 5 lah. Ada orang kalau awal-awal gitu tak boleh telan lah, belum timelah, tapi mama is a big no kot. Lambat-lambat tu kang, merasalah sepanjang hari perut masuk angin walaupun hakikatnya dah bermacam makanan dah ditelan. Ai is tak boleh.



Pagi ni, sebab mama ter-rajin sikit, so mama pun buatlah ni ha... Roti long john, tapi inti ala kebab. Boleh gitu? Hehehehe. Boleh bah kalau kau. Roti tu pun entah ye tak ye namanya long john. Hahaha. Lantak kau lah, labu. Eh, sejak mama dah masuk kerja balik ni, rasa macam banyak pulak dok sebut lantak kau ni. Hahahaha.

LONG JOHN KEBAB


Bahan-bahan:
2 buku roti long john
1 keping daging burger
1 sudu besar sos tomato
1/3 batang carrot - shredded
1/3 batang timun - shredded
Sedikit lada hitam
Sedikit lada putih
Mayonis
Daun salad

Cara-cara:
1- Roti dibelah dua dan digrilled seketika. Ketepikan. 
2- Masak daging burger, sambil tu, hancurkan dengan menggunakan senduk. 
3- Masukkan sos tomato, taburkan juga serbuk lada hitam dan lada putih. Gaul rata.
4- Masukkan timun dan carrot. Kacau hingga carrot sedikit layu dan daging masak. 
5- Sementara tu, susun daun salad di atas roti yang telah digrilled tadi. Letakkan juga mayonis. 
6- Cedukkan daging yang telah siap dimasak ke atas roti. 
7- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Portion inti tu 3-4 orang pun lepas ni.  Generous portion tau, ukan portion seciput. 
#2- Bahan-bhn lain boleh diubah suai ikut selera tekak masing-masing. 
#3- In less than 15minutes, dah boleh siap makan dah. Sekejap je. 





Tuesday 5 December 2017

In My Definition of ... Grilled Mushroom Chicken

Assalamualaikum.


Entah apa kena, tiba-tiba rasa nak makan something different daripada hari-hari biasa. Yelah dah kalau asyik-asyik sambal, masak kicap and kari je, boring jugak ye dak? Kat rumah ni, kalau nak senang masak,taknak kena masak berkali-kali, kenalah masak lauk yang semua orang makan. Kebetulan pulak, bahan semua dah ada, so jalannnnn. 


GRILLED MUSHROOM CHICKEN


Bahan-bahan:
4 Chicken thighs- deboned*
1 biji bawang putih - grated*
1 inci halia - grated*
2 sudu besar tepung jagung*
Sedikit serbuk lada putih*
1 cup Button mushroom- sliced
1 biji bawang besar - diced
1 biji bawang putih - diced
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit air 
Sedikit kicap (for color)
1 ketul kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan bertanda * dengan sedikit garam dan perap seketika. 
2-Panaskan minyak dan goreng (shallow fry) ayam hingga luaran agak garing. Angkat dan ketepikan.
3- Dalam periuk / kuali yang sama, (guna mnyak lebihan tadi) tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
4- Masukkan cendawan dan masak hingga kering airnya. 
5- Masukkan tepung gandu dan kacau lagi. 
6- Masukkan air dan kiub ayam. Kacau hingga tepung tidak lagi bergentel. Biarkan mendidih seketika. 
7-Masukkan kicap (a dash of)), serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau rata. 
8-Sesuaikan rasa dengan garam dan gula (jika perlu). 
9-Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan seketika hingga kuah mendidih dan pekat. 
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Tepung gandum adalah sebagai ejen pemekat. Kalau dalam chinese cooking, depa guna tepung jagung. Kalau western cooking guna tepung gandum. Masak tepung gandum + butter/oil/any fat (1:1). Ni dipanggil roux. Kalau untuk sos, selalunya roux ni masak hingga dia macam brownish sikit. Kalau sup tak payahlah brownish sangat, nanti sup kita nampak color pelik, tak menyelerakan pulekkk.
#2- Kicap tu adalah optional. Takmau letak pun tak pa aih. Tak jadi berdosa pun. ;P
#3-Air + kiub ayam boleh ganti dengan chicken stock, kalau ada.
#4- Nanti dah pandai buat sendiri chicken grilled ni, confirm dah tak pandang yang kat SR sinun. Hehehe.
#5- Mama served with nasi ayam.

Tuesday 28 November 2017

Bebiboy Mama

Assalamualaikum.

Tanggal 19/8/2017 yang lepas, mama telah pun selamat melahirkan seorang baby boy yang comelnya yarabbi ke dunia ini. Alhamdulillah. Hihihi.


Muhammad Aqif Haziem
19/08/2017 @@1052pm
3.35kg
Sejak dari mula mengandung, sampailah ke saat nak bersalin macam-macam ragam mama kena hadap. Mana dengan hb turun-naik, turun-turun-naik nya. Nak control berat, taknak berat naik mencanak-canak, tapi at the same time taknak compromised hb. Adoii. Pening kepala. 

Minggu ke33, masa tu baru lepas raya (masih dalam bulan Syawal) tiba-tiba contraction lerrr puleks. Dah kena naik ambulan kena hantar ke GH. Nasib baikle admit satu malam jek. Turned out, contraction due to kencing kotor,  sebab kurang minum air. Raya,kan. Asyik minum air manis je. 

Masa mama bersalin, adik was 39 week old. Sama macam kakak. Mama harap sangat-sangat adik lahir on 38th week, tapi tak jugak keluar-keluar budak ni. Stress mama. Kejap-kejap menangis. Entahlah kenapa nak kena menangis. Sampai papa pujuk kata, meh mama minta maaf dengan papa, papa pun minta maaf dengan mama jugak. lols. Tapi memang mama banyak salah pun dengan papa.

Hari mama bersalinkan adik tu, pagi tu mama dok sibuk menjahit baju dia. Hahaha. Sebab kitorang plan nak buat akikah, join venture dengan Kakngah. 

Tapi tulah, pukul 3 mama admit dekat Hospital Jasin, pukul 9 malam refer to GH sebab poor progress. Dari 4cm -->6cm ( 2cm je) dalam masa 6 jam. Sampai je GH, terus tolak masuk labour room. Tup-tap tup-tap, adik dah keluar. Mama selamat bersalin pukul 10.52 malam. Punyalah express kali ni, sampai papa pun tak sempat nak masuk. 

Merasalah mama 2 kali naik ambulan dengan adik ni. Hehehe. 

Fast forward 90 days later, mama pun telah naik kerja semula and si baby pun telah berumur 3 bulan.
Dah pandai tersenyum manis kat semua orang.


Adoiii. Rindulah pulak tengok ambar dia ni.





Friday 24 November 2017

In My Definition of ... Sup Ayam dan Cendawan Berkrim

Assalamualaikum.

Hai-hai uolss. Mama kembali lagi. Actually mama tengah kebosanan dalam kelas menjaga budak-budak tengah buat test ni ha. Daripada membuang masa melangok saja, baiklah lagi kalau mama share resipi, tak gitu? Hehehehe. 



Actually, sup ni mama masak masa Kak B and Ummu datang rumah tu hari. Mama kan baru lepas bersalin, diorang ni kawan tempat kerja datang nak tengok baby lah ni. Padahal mama dah nak naik kerja dah pun. Kurang lebih seminggu dari masa diorang datang. Disebabkan diorang datang petang, so mama decide untuk hidang something yang ringan-ringan jelah. Ringan-ringan pun berpeluh jugaklah ketiak memasaknya. Hehehehe. 

Oh ye. Sup ni was served with naan bread (kedai mari). 

SUP AYAM & CENDAWAN BERKRIM


Bahan-bahan:
1liter susu (Fullcream)
2-3 biji cendawan butang, fresh - roughly chopped/diced
1 keping isi ayam - roughly chopped/diced
1 labu bawang besar, medium-diced
2 ulas bawang putih- chopped
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
Oregano
Lada hitam
Lada Putih
Garam secukupnya.

Cara-cara:
1- Cairkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
2- Masukkan ayam dan cendawan butang. Kacau dan masak hingga kering airnya. 
3- Masukkan tepung gandum dan kacau seketika. 
4- Masukkan susu dan kacau rata hingga tepung tidak bergentel/berketul. 
5- Masukkan kiub ayam. 
6- Taburkan sedikit oregano, lada hitam dan lada putih. Kacau rata. 
7- Sesuaikan rasa garam. 
8- Biarkan mendidih seketika. 
9- Setelah sup mencapai consistency yang disukai, padamkan api.
10- Sedia untuk dihidang.


INSPIRED NAAN

Bahan-bahan:
1 bungkus naan 
2 sudu besar melted butter *mama guna minyak masak aje
1 sudu besar grated parmesan
a dash of oregano
1 ulas bawang putih - finely grated 
Sedikit garam
Serbuk paprika

Cara-cara:
1- Semua bahan (kecuali paprika) disatukan dan digaul rata. 
2- Sapukan bahan tadi keatas naan.
3- Tabur rata paprika ke seluruh permukaan naan tadi. 
4- Bakar sekejap hingga naan kelihatan garing. 
5- Served with sup ayam tadi. 

P/s:
#1-Actually, this was inspired by parmesan oregano kat subway sana. Tapi mama twist sikit pakai naan. Cari french loaf merata tak jumpa. 
#2- Mama guna garlic naan. Kalau plain naan pun sedap jugak. 
#3- Mama bakar guna toaster jek. Tak kuasa nak guna oven. Jimat karan. Hahahaha



Tuesday 21 November 2017

In My Definition of ... Kerabu Sotong ala Thai.

Assalamualaikum.

Hai uolsss. Lama nau rasanya post air katira tu. Hehehe.  Sorry le uolsss, tunggu seru tak sampai-sampai.

Dekat Jasin ni ada satu kedai tomyam best. Best sebab kena kat tekak mama lah. Tekak uolss wallahualam lah. Hehehehe. Setakat ni, semua foods dia tak mengecewakan. Salah satu yang terfavourite sekali kami laki bini, is kerabu sotong.

Dah lama jugak sebenarnya mama dok teringin nak buat kerabu ni, tapi setiap kali tu lah sotong tu end up jadi benda lain. Hehehe. So baru-baru ni mama pulun jugak, and terjadilah kerabunya. MIL kata sama macam kat kedai.  iolss is kembang. Hihihi.

KERABU SOTONG ALA THAI


Bahan-bahan:
2 ekor sotong (sedang)- potong ikut suka
5 biji tomato ceri - belah 4
1 ikat daun ketumbar - potong kasar
1 batang serai - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris
2-3 biji cili padi - hiris halus
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula perang
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan kuali dan masukkan sotong. Kacau hingga sotong masak. Ketepikan.
2- Dalam satu bekas, satukan jus limau,sos ikan, gula perang, garam, dan cili. Gaul rata dan sesuaikan rasa. 
3- Satukan semua bahan dengan kuah yang telah disediakan. Gaul rata. 
4- Sedia untuk dihidang. 


Thursday 15 June 2017

In My Definition of ... Air Katira Special Mama

Assalamualaikum.

Masa ramai-ramai tu hari, tiba-tiba teringin pulak nak buat air katira. Resipi asal boleh, hentam sajalah labu. Entah betul ke idak resipinya, tapi rasa mantap oiii. Hehehehe.

Bulan puasa tahun lepas, memang balik-balik, air katira ini jelah yang mama beli. And mama beli kat sorang penjual ni je. Memang sedap. Tahun ni, mama belum pergi lagi bazar. So, tak taulah air katira yang itu wujud lagi ke idak. Hehehe.

Bau-baru ni, papa adalah beli air katira ni. Bila diminum masa berbuka, papa cakap "yang mama buat lagi sedap", padahal sebelum tu dia jugak yang kata air katira mama macam bukan air katira. Yela nok, mama buat main ikut suka hati mama je. Sikit pun tak godek resipi yang ada. So, mama main agak-agak jela letak biji selasih je. Rupanya, segala makneka ada eh. Dah macam resipi ABC dah mama tengok.

Apa-apa pun, mama akan stick to mama punya resipi ajelah.


AIR KATIRA SPECIAL MAMA

Bahan-bahan:
1/2  kotakFull cream fresh milk 
1 cawan Kordial Perisa Barli
2 sudu besar Kordial Perisa Pandan
1 sudu besar Pewarna makanan hijau
1 peket Biji selasih - bibersihkan dan direndam hingga kembang 
Gula
Ais secukupnya

Cara-cara:
 1- Bancuh kordial pandan, kordial barli, pewarna makanan dan gula hingga gula larut dengan sedikit air panas. 
2- Masukkan susu. Kacau rata. 
3- Masukkan ais dan biji selasih. 
4- Sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Kordial pandan tu warna hijau. Kalau air katira tu rasanya kurang hijau, boleh tambahkan sedikit kordial pandan. Tambah sikit sikit, takut kalau banyak nanti rasa dia pelik pulak. Nak senang, tambah pewarna makanan tu je. 
#2- Fresh milk boleh tukar susu cair, kalau suka. Kalau nak pakai low fat milk ke, ikut suka. 
#3- Untuk 1 jug macam mama ni, rasanya sedang elok kalau masuk terus 1 peket biji selasih tu. Mama aritu masukkan separuh, memang macam takde jelah biji selasihnya. Hehehe. 
#4-Nak letak cincau pun boleh, tapi nanti air tu jadi macam keruh sikitla, efek cincau tu. 
#5- Disebabkan dah pakai kordial yang dah siap bergula, so awasilah amaount gula yang nak guna tu. Jangan sampai potong kaki sudehhhh. 

Selamat mencuba, gais!

Wednesday 14 June 2017

Diari Ramadhan Mama : Sepertiga Pertama

Assalamualaikum.

Nama pun diari, khennn. Saja lah mama nak rekod aktiviti berbuka mama and family sepanjang Ramadhan tahun ni. Nanti bolehle dicomparekan dengan tahun lepas ke, tahun akan datang ke. Makin rajin ke idokkk. Hehehehe.

1 Ramadhan (Sabtu)


Talam Berlauk

Berbuka ramai-ramai rumah MIL. Mama just sediakan kuih ni je. Lauk yang lain  semua MIL 
masak. 


2 Ramadhan (Ahad)

Berbuka rumah MIL lagi. Menantu hantu datang melenggang, bawak diri dia je. ;P

3 Ramadhan (Isnin)
Udang Masak Lemak Cili Api Cendawan, Ikan Tongkol Goreng, Ikan Bawal Sweet Sour
Berbuka bertiga (mama, papa and Angah). Along dah pergi rumah nenek dah tak jumpa jalan pulang. Hehehehe. Ikut hati mama, masak satu lauk aje  sudahlah. Orang rajin,kan? Memang macam tu. Dah sebab Angah pun puasa. kesianlah pulak. Dahlah first time puasa tahun ni. Tanya nak makan apa, dia kata nak ikan pedas, tu yang masak Bawal Sweet Sour tu. Papanya tak makan ikan bawal. Entah apa pantang pun tak tau la.

4 Ramadhan (Selasa)  


Berbuka beramai-ramai kat rumah mama. Penuh meja dengan makanan je. Hihihi. Mat nak datang rumah, mama suruh bawak sekali Pakngah and Makngah datang. Dah tu ajak MIL dengan Nurul and Paiz sekali. Tu yang jadi macam kenduri dah tu.  

Star dish of the day, Ikan Susu Bakar Percik, cicah Ayaq Asam Power. ;P. Mestilah power dah kalau mama yang buat,khen? Hehehehe. 

5 Ramadhan (Rabu) 


Most of the dishes, makngah yang masak. Mama cuma masak Sambal Ayang dengan Kentang tu je, tu pun sebab papa request. Makngah masak Asam Pedas Ikan Tongkol, Udang Goreng Telur Masin, and Sayur Bayam Masak Air. Kuih dengan segala satar, apa bagai tu Bazar mari. 

Asam Pedas makngah memang win lah. Sampai hari ni pun mama masih teringat-ingat. Help!!!!


6 Ramadhan (Khamis)

Ayam Penyet
Ayam Penyet in the house, you olssss! Of course, makngah yang masak. Hahaha. Resipi authentic from Medan, hokey! Mama cuma tolong blend sambal and buat air aje. Masa ni Mat dah balik. So, rugilah dia tak rasa ayam penyet Makngah. Hehehe. 


7 Ramadhan (Jumaat)
Takde gambar. Hahaha. Makngah masak Ketam Masak Lemak Cili Api dengan Nanas, dengan Ikan Goreng je. Takde masak beria nau sebab papa takde. Papa bos belanja buka luar. Mat pun takde, dah gerak balik Kedah.  

8 Ramadhan (Sabtu) 

Complete set of Ayam Penyet
Kakngah and family balik kampung arini, so pagi-pagi terus ajak kakngah datang buka kat rumah kitorang. Kalau ajak MIL dulu, kang macam-macam alasan dia taknak. Kakngah setuju, so nanti Kakngah je yang kawtim dengan MIL macam mana. Hehehehe. 

Ayam Penyet resipi makngah, air tangan makngah. Kakngah bukan main lagi dok riki resepi. Hahaha. Sapa tak suka ayam penyet,kan? 

9 Ramadhan (Ahad)
Pakngah and Makngah pun dah balik. Along pun dah balik rumah, dah boring duduk rumah nenek sebab takde kawan. Di requestnya pulak nak makan McD. So, ke McD le kita. 

10 Ramadhan (Isnin)

                                 

Ke dapur semula lah mama, nampak gayanya. Since dah teringin berhari-hari dah nak makan mee goreng, makanya, mama pun masaklah Mee Goreng. Lauk masak simple-simple je, Sambal Udang Petai dengan Sayur Kubis Goreng. 


Alhamdulillah, mama masih gigih lagi nak ke dapur. Hahahaha. 



Wednesday 7 June 2017

In My Definition of...Ikan Susu Bakar Percik dan Air Asam Power

Assalamualaikum.

Geram pulak nengok ikan susu ni masa gi beli lauk. Terus plan nak buat bakar percik. Cicah pulak dengan air asam. Wallaweyyyy. Tak tambah 3 pinggan, tak tau nak kata la. Hehehe.


First time mama masak and makan ikan susu ni. Rasa macam first time jugak terserempak kat tempat ikan ni. Pada mama, ikan susu ni lebih kurang macam ikan terubuk lah jugak. Entah-entah, memang satu family pun, sepupu-sepapat gitu. Tulang pun banyak macam ikan terubuk jugak.

Selalu kalau pergi makan ikan bakar, even kat tempat terpaling top pun rasa ikan bakar sambal dia memang fail. Fail sokmo, kalau kat tekak mama ni. Ikan bakar kosong pun fail, der. Nak cakap apa lagi. Buat sendiri jugak yang paling best.



IKAN SUSU BAKAR PERCIK

Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu - dibersihkan, di belah 'butterfly' dan digaramkunyitkan
2 ulas bawang merah- ditumbuk halus*
1 ulas bawang putih- ditumbuk halus*
1 sudu besar cili kisar*
Sedikit santan*
Garam gula secukup rasa*
1 batang serai- dititik

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan * disatukan dan dimasak seketika hingga agak pekat. 
2- Sesuaikan rasa. 
3- Sapukan kuah percik dengan menggunakan serai ke atas ikan. 
4- Balikkan ikan dan sapukan kuah percik dibahagian satu lagi. 
5- Ulang hingga ikan masak.
6- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



AYAQ ASAM POWER

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji tomato - dihiris
2 biji cili hidup - ditumbuk
3-4 biji cili api - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1/2 biji limau nipis - diperah jusnya (optional)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Satukan semua bahan. 
2- Sesuaikan rasa.
3- Sedia untuk dihidang.

p/s:
#1- Ikan bakar paling sedap kalau bakar betul guna arang. Kalau ko bakar atas pan, ko takyah panggil ikan bakar. Buat hangin aku je. Hehehe. 
#2- Tahap kepedasan ayaq asam depends on keboleh-tahan-an pedas korang lah. Kalau tak suka pedas-pedas sangat, boleh pakai cili api yang hijau gemuk kontot tu, atau cili akar. 

Monday 29 May 2017

In My Definition of ... Talam Berlauk

Assalamualaikum.

Ramadhan 1, 2017

Memandangkan ada adik yang balik, maka kami yang memang dah kat sini i pun berbondong-bondonglah ke rumah MIL. So, memang plan berbuka di sana lah.

Mama awal-awal dah plan nak buat Talam Berlauk. Tak pernah buat, first time nak try. Resipi macam biasa, hentam saja lah, ikut suka tekak mama. For a first timer, not bad lah jugak rasanya. Kalau mama meniaga ni, mungkin peniaga talam berlauk yang lain bungkus. Hahaha.


Nasihat mama, kalau ada kiranya sesapa yang berhajat nak masak kuih ni sendiri di rumah, persediaan sebelum tu sangat lah memakan masa. Eloklah kalau awal-awal tu dah siapkan inti dia. So that, hari kejadian ko tak rasa macam nak putus belakang buat kerja. Hehehehe.

Mohle kita  nengok resipinya. InsyaAllah, resipi ni worth to try.



 TALAM BERLAUK

Bahan-bahan:

Talam:
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
Gula & garam secukup rasa

Inti:
1 1/2 biji kentang - didadu halus
Daging kisar
1 biji bawang besar - didadu
2 las bawang putih - dicincang
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam & gula secukup rasa
Daun bawang, daun sup, cili hidup - untuk hiasan
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Talam:
1- Satukan tepung dan santan didalam periuk. Kacau rata.
2- Masukkan garam dan sedikit gula. 
3- Masak diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. 
4- Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya masak sekata. 
5- Padamkan api dan masukkan adunan didalam loyang yang telah digris.  

Inti:
1- Panaskan minyk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
2- Masukkan daging. Kacau rata supaya daging tidak bergentel.
3- Masukkan rempah kari, cili kisar dan lada putih. Kacau rata. 
4- Masukkan kentang dan sedikit air. 
5- Perasakan dengan garam dan gula. 
6- Masak hingga kentang lembut dan kuah kering. 
7- Padamkan api. 
8- Taburkan inti rata diatas adunan talam tadi. 
9- Bakar selama 30 minit pada suhu 180C. (Untuk garingkan bahagian atas dan sisi talam) 
10- Setelah dikeluarkan dari oven, tabur dengan daun bawang, daun sup dan cili. 
11- Siap untuk dihidang. 

p/s:
#1- Inti adalah sama (lebih kurang) macam inti aripap. 
#2- Feel free to tukar daging to any haiwan lain yang disukai. 


Thursday 25 May 2017

In My Definition of... KARI AYAM TANPA SANTAN

Assalamualaikum.

Along sangat suka makan ayam, and antara masakan ayam yang dia suka is kari. Pada dia, kalau hari-hari kari ayam pun takpe. Dia lah rasa takpe, mama yang nak menghadap nak masak ni rasa muak pulak.

Setelah sekian lama mama berkecimpung dalam arena masak-memasak masaklah kau ni, ni adalah first time mama masak kari without santan. Kisahnya, mama malas nak pergi kedai beli santan yang dah siap perah. Nak pakai santan kotak, pun malas sebab nanti pakai sikit jek, pastu simpan. Santan yang dah simpan tu nak pakai kendian-kendain, nanti kejadian masakan kita tu jadi tak chantek. Kesah pulak cantik tak cantik, khen? Masuk perut sama je kejadiannya. Hehehehe.

Lets cekidaut. Puasa-puasa nanti, manalah tau boleh bagi idea kat engkorang semua nak masak apa berbuka karang. Chewah.

 KARI AYAM TANPA SANTAN


Bahan-bahan:
500 g ayam - dibersihkan dan ditos. 
3-4 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong ikut suka (chunky size)
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar 
1 labu bawang besar - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
1 inci halia - diblend
1/2 inci kunyit hidup - diblend (optional)
2 tangkai daun kari*
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang serai - diketuk*
Sedikit kerisik
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1- Panaskan minyak, dan tumis semua bahan * hingga naik bau. 
2- Masukkan bahan yang telah diblend. Tumis hingga garing. 
3- Masukkan rempah kari dan cili blend. Tumis hingga pecah minyak. 
4- Masukkan ayam dan kentang. 
5- Masak hingga kentang empuk dan ayam masak sepenuhnya. 
6- Masukkan kerisik. 
7- Perasakan dengan garam. 
8- Setelah kuah sedikit pekat, padamkan api dan sedia untuk dihidang. 


p/s:
#1- Serbuk kari dan cili blend bolehlah dibancuh dengan sedikit air dan dijadikan pes. 
#2- Bahan-bahan yang diblend rupa-rupanya membantu memekatkan kuah. #baru tau. Ada beza lah kalau tumbuk and blend ni. 

Wednesday 24 May 2017

Tips #MakHangHebat 1: Sambal Ayaq Mata

Assalamualaikum.

Semua mak didunia ni, setiap makanan yang masuk mulut suami and anak-anak dia tu, kalau boleh, dia nak dari air tangan dia sendiri. Tapi hidup zaman sekarang ni, mak-mak pun kena keluar kerja nak tampung income family. Dah kalau kerja, kadang balik, tak sempat pun nak masak.

Mama sangat-sangat bersyukur dengan kerja dan keadaan mama sekarang. Tak perlu nak tempuh traffic jam pergi dan balik kerja, waktu kerja yang flexible , and macam-macam lagi lah. Nak diikutkan, sebenarnya, mama ni lagilah takdak alasan untuk tak masak dirumah. Kalau dah pemalas tu, apo nak dikato lagi haaa. Hehehe.

So, kali ni, sempena Ramadhan yang mulia lagi 3 hari je lagi ni, mama nak share tips, yang harap-harap dapatlah tolong mak-mak yang teringin sangat nak masak, tapi selalu tak cukup masa. Mudah-mudahan tips ni berguna untuk korang, ye.

Ingat post mama yang lepas pasal sambal ayaq mata tu? Kan dah buat sebalang hari tu? Meh mama ajaq macam mana nak guna. Hahahaha.

Tips #MakHangHebat 1: Sambal Ayaq Mata

#1- Served as sambal belacan. 

 

Served with variety of ulam. Ulam pilihan mama bendi celur, timun, daun ulam selom, and terung bakar.

#2- Kangkung Goreng Belacan


Korang cuma kena sediakan kangkung je. Tumis sikit sambal tu, dalam 1-2 sudu makan (ikut tahap pedas yang korang suka la). Dah wangi sikit sambal tu, masuk kangkung. Kacau lebih kurang, masuk air sikit. Adjust rasa (tambah garam kalau perlu, tambah sos tiram kalau suka). Kacau lagi sikit. Dah, padam api. Senang kan? 5 minit dah siap masak. Lagi lama nak siang kangkung tu ha.

#3 Ayam Goreng Berlado



Ayam tu gorengle dulu, ikut tahap macam mana korang suka la. Pastu tumis sambal dalam 1-2 sudu (lebih pun takde hal, ikut suka korang lerrrrr). Agak-agak sambal dah wangi, masuk ayam. Kalau suka, boleh potong bawang besar, masukkan sekali. Gaul-gaul, dah siap.

Ayam tu boleh ganti dengan apa-apa haiwan yang korang rasa sesuai. Ikut tekak masing-masing.

#4- Nasi Goreng Kampung


Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Asingkan lebihan minyak  dan tinggalkan sikit untuk menumis.

Tumis sambal ikut berapa pedas korang nak, tengok nasi jugak. Kang nasi sejemput, ko gi bedal letak sambal sebyak-banyaknya. Melecet bontot nanti, berulang ke jamban je kejenye. Hehehe.

Masukkan sayur campur (mix vegies- kalau suka). Mama letak kacang panjang yang dah potong. Kacau sekejap hingga sayur dah lembut.

Masukkan nasi, tabur garam  sikit. Nak lagi senang, nasi tu, gaul siap-siap dengan garam sebelum masukkan dalam kuali. Nasi tu kalau boleh ramas-ramas dulu bagi dia lerai. Takdelah seketul bentuk periuk tu ko masuk dalam kuali. Kang sejam je keje nak menggaul tak habis-habis. Kacau rata.

Buat lubang kat tepi/tengah nasi, pecahkan telur dalam 1-2 biji (ikut amaount nasi) dan kacau sampai telur jadi macam scramble egg sikit. Baru gaul sekli dengan nasi semua.

Kacau lebih kurang, padam api. Masa nak serve boleh tabur ikan bilis yang dah digoreng awal tadi. Barulah rasa macam kedai mariii nasi goreng kita. Hihihihi.


#5- Scramble egg pedas



Ni lauk favourite mama masa pregnantkan Kakak dulu. Eh, sekarang pun favourite lagi. 

Tumis sambal dalam 1-2 sudu (macam biasalah, weh). Kalau suka, boleh potong-potong bawang and campakkan sekali. 

Pecahkan telur dalam 2-3 biji. Kacau sampai agak-agak dah kering sikit. 

Padam api and hidang. 

Masa nak makan, curah pulak kicap manis. Boleh habis seperiuk nasi time sahur, baq hang. Hehehe  . 


#6- Pucuk Ubi Goreng Pedas Hawhaw


Full resipi korang refer jelah sini. Yang part bahan tumbuk tu korang substitute aje dengan sambal ni. Ceduklah sebanyak mana korang nak. Hehehe.

.
.
.
.
.


Setakat ni jelah yang mama mampu pikir. Hahahaha. Kalau ada lagi yang mama terpikirkan kemudian ni nanti, mama share le lagi ye.





Friday 19 May 2017

In My Definition of ... Sambal Ayaq Mata

Assalamualaikum.

Tinggal lagi seminggu je nak puasa. Dah habis ganti ke tu?? Hehehe. Mama alhamdulillah dah setel menganti puasa rabu tu hari. Nasib baiklah masa Syawal tu hari dapat jugak puasa 3 hari, so tinggal setelkan yang balance je. 3 hari je pun balance nya, tapi makan tahun jugak nak habis. Dasar last minute! ;P

Bulan puasa ni, selalu lauk kampung yang simple-simple ni yang laku keras,kan? Sambal belacan, ulam, ikan kering. Pergh! Beriyani gam tak gam, semua tolak tepi punyalah. Hari ni mama nak share sikit sambal belacan paling win. Hehehehe. Sambal ni resipi asalnya adalah dari Makngah Mama. Dia orang Medan, Indonesia sana. Tapi of courselah, mama alter sana sini sikit, nak ikut tekak mengada-ngada mama. Hihihi.

Oh, sambal ni korang buat je terus sebalang. Pastu simpan dalam peti. 1001 gunanya tau. Nanti mama share pasal 1001 ni. Later, okey?

Oh, pasal apa panggil sambal ayaq mata? Sebab pedas padepoww. Bukan takat ayaq mata, ayaq hidung, ayaq liuq sema pakat keluaq habih. Hahaha.


Resipi jom?

SAMBAL AYAQ MATA



Bahan-bahan:
Segenggam cili hidup
Segengam cili api merah
Segenggam cili akar 
5 biji bawang merah (size M)
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
Sejemput ikan bilis
Sedikit jus limau nipis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1- Semua cili dan bawang dibersihkan dan dipotong kasar. 
2- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah dipotong, belacan dan ikan bilis hingga agak garing. 
3- Perasakan dengan garam , gula dan sedikit jus limau nipis.
4- Tumbuk / Blend ikut kesukaan. 
5- Simpan dalam bekas yang sesuai. 

p/s:
#1- Cili padi merah tu selalu mama beli dia dah siap pek. Ada orang panggil cili api bangla. Cili tu pada mama paling pedas sekali. Boleh kurangkan, ikut tahap kepedasan yang disukai. 
#2- Cili akar adalah kategori cili api jugak, pedas jugak, tapi pada mama pedas dia tak sepower yang merah tu. Selalu jual longgok. Taknak letak pun takpe, tak dosa pun. Kihkihkih. 
#3- jenis cili pilihan adalah ikut tekak masing-masing. Ikutlah apa yang ko suka, labuuuu. 





Tuesday 16 May 2017

In My Definition of ... Sayur Lemak Pegaga

Assalamualaikum.

Pregnant kali ni, mama macam terlebih suka pulak makan sayur-sayur kampung ni. Hehehe. Sambil-sambil tu, cross finger jugaklah, harap-harap  pegaga ni dapatlah boost mama punya hb kan?

Ingat lagi, masa mama baru-baru kahwin dengan papa dulu, back in 2006 macam tu, ada pakcik papa ni buat kenduri doa selamat nak gi haji (kalau tak salah) and one of the menu hari tu was pegaga masak lemak. Masa tu kebetulan arwah abah datang sebab nak jemput Kakngah balik dari asrama, so dapatlah abah merasa lauk melaka style. Hehehe. Dimasak pulak oleh Melaka,kan. Best tu. Kalau kat Kedah, pegaga ni selalu orang buat ulam je. Paling kuat buat kerabu. Tak pernahlah lagi mama jumpa orang buat masak.

Fast forward almost 11 tahun kemudian, mama pun masak menu ni sendiri. OOf course, with my own definition of it lah. Hehehe. Masak ni, tak payahlah nak rigid sangat. There's no right/wrong. Asal sedap ditekak ko, sudahlah. Tekak orang lain, pandai-pandai dia lah. Hahaha. Diktator sangat perangai tu.

Eh, jomle negok resipinya.

SAYUR LEMAK PEGAGA


Bahan-bahan:
1 ikat pegaga - dibersihkan dan dipotong kasar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci kunyit - ditumbuk
2 biji cili api - ditumbuk
Sejemput ikan bilis - ditumbuk
1 batang serai - dititik
1/2 cawan santan
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1-  Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan sedikit air. 
2- Masukkan serai. 
3- Bila dah sedikit mendidih, masukkan sayur pegaga. 
4- Masukkan santan. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. 
5- Biarkan mendidih seketika. 
6- Perasakan dengan garam.
7- Padamkan api. 
8- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Ikan bilis adalah sebagai rencah dia je. Boleh tukar guna udang kalau suka. Tapi jangan pergi tumbuk pulak udang tu. 
#2- Mama suka masak sayur berkuah macam ni untuk dikawankan dengan main dishes yang selalunya kering.  Takdele tercekik ko nak menelannya pun. Adoiyhaiiii.
#3- Selamat menerai. Bulan puasa nanti sure makan menambah-nambah kalau masak ni. 






Monday 15 May 2017

Masalah Ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Setiap kali bila saja disahkan mengandung, mama selalu berdoa yang biarlah perjalanan mengandung ni smooth saja. Smooth kat sini, maksudnya, takde apa-apa masalah. Kalau awal-awal  sticker yang dilekatkan kat buku pink tu adalah putih, biarlah sticker tu kekal putih aje sampai bersalin. Tak perlu nak tukar sticker kuning ke, hijau ke.

Color sticker tu pun ada indikasi dia tau. Bukan saja-saja nak letak sticker tu tau.

source: google

Mama masa Along alhamdulillah, smooth je semuanya. Mungkin sebab muda lagi kot masa tu (21 tahun). Masa pregnantkan Angah, problem dengan berat. Tiap kali check-up, asyiklah terlebih berat aje. Bila dah terlebih, dah nak kena amik BP 2 hari sekali. Lecehnya la hoi. Nak amik BP je pun, menunggu kemain lah lama. Bila mama pregnantkan si Kakak, memang mama berdoa banyak-banyak, janganlah kena macam masa Angah. Alhamdulillah, sampai bersalin semua ok je. Masuk yang ni  dah lain pulak ceritanya.

Masa awal-awal buka buku aritu, sticker dah hijau. Mama macam tak puas hati lah jugakkan, dah kenapa pulak, sebab mama ni history semua clear. Tak pernah ada apa-apa penyakit semasa/sebelum /selepas pregnant, bila mama tanya rupanya sebab mama dah banyak kali pregnant. Adehhh. Termasuk yang kali ni, mama dah 6 kali pregnant, in which 2 daripada tu miscarriaged. Their concern is nanti masa bersalin takut rahim tak boleh nak mengecut dan berlaku tumpah darah. Itulah risikonya kalau dah mengandung/beranak banyak. 

Masa buka buku, hb mama cukup-cukup makan je. 11.2 je. 11 is border. Below 11 dah dikira anaemic (kurang darah). Next check up, hb drop ke 10.8 macam tu. Terus tukar ubat dari obimin ke 4 sekawan (Iron, Vit B-Complex, Ascorbic Acid and Folic Acid). Appointment sebulan sekali pun tukar ke 2 minggu sekali. Following check up, hb drop lagi ke 10.6 ke 10.4 macam tu. Masa ni semangat mama pun dah drop sekali. Terus masa tu Dr. refer mama ke dietician. Serius, mama down masa ni. 

Lepas tu, terus mama ubah cara makan mama. Kalau sebelum tu, setiap hari mama akan minum kopi (nescafe). Leps daripada tu, mama terus stop segala kopi/teh/air berkabot. Adalah cheat day jugak, tapi seminggu sekali jela. Selalunya adalah lepas mama balik check-up. Hehehe. Memang mama ikut betul-betullah apa yang diadvise masa check-up. Kalau sebelum tu mama tak minum pun susu, terus mama start minum susu lepas tu. 

Check up 2 minggu lepas tu, alhamdulillah hb naik balik ke 11. Walaupun tak setinggi yang mama expect, tapi naik banyak jugaklah, kan compared o 2 minggu before tu. Lepas tu, mama dah syok, mama pun tak jaga sangat pantang mama, hb terkucil lagi. 10.8. The latest check up (last monday), hb mencanak naik. 11.6. Confuse kejap mama. Apa yang mama buat eh? Em...

... to be continued. 
HAHAHA. 

Penting ni tau. Mak-mak yang tengah pregnant sekarang ni, tolonglah jaga hb. hb rendah bukan saja bahayakan nyawa mak tu sendiri, baby kat dalam tu lagi-lagilah bahaya. Kalau pasal diri sendiri tu mungkinlah mama boleh nak eleh-eleh, pandang remeh lagi, tapi bila tengok kesan dekat baby, terus insaf. Tu yang mama drastik ubah cara pemakanan mama tu. 





Wednesday 5 April 2017

In My Definition of ... Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Labu

Assalamualaikum.

Ada sekali masa tengah jejalan beli lauk, terpandanglah pulak si pucuk manis ni. Geram betul nengoknya. Terus dalam kepala tingtingtingting. Kemain banyak idea nak masak keluar. Dah macam nak hang kejap kepala rasanya.  Hahaha. Idea jelah. Masaknya idak jugak. Hihihi. So, masa tengah dok tingtingting tu dapat idea nak kawankan si sayur ni dengan labu. Cantekkk. Nanti anak dara tu bolehle makan jugak labu tu. Sayur tu memang confirm le dia tak makan.  

Masak ni senang je. Main lebur je semua dalam periuk. Tak payah nak risau nak tumis-tumis ke apa.

Moh kita tengok resipi jom.


PUCUK MANIS MASAK LEMAK DENGAN LABU

Bahan-bahan:
1 bakul / bekas pucuk manis
1/4 biji labu - dipotong ikut suka
1/2 labu bawng besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji cili hidup - dihiris
1 cawan santan
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1- Masukkan bawang besar, bawang putih, cili dan labu ke dalam periuk. 
2- Masukkan sedikit air. 
3- Masak hingga labu sedikit lembut. 
4- Masukkan daun pucuk manis dan santan. 
5- Kacau seketika. 
6- Perasakan dengan garam. 
7- Biarkan mendidih seketika. 
8- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kalau suka, boleh masukkan ikan bilis/ udang kering/ udang segar sebagai rencah. 
#2- Kalau rajin, bolehlah ditumbuk bawang merah dan bawang putih itu. 


Friday 31 March 2017

In My Definition of ... Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum. 

Bila kau malas, tapi kau lapar and kau malas nak pergi kedai. So, solutionnya kau pun masaklah ayam masak kicap pemalas. Tahap paling pemalas lah ni sebab semua bahan pun main potong-potong, hiris-hiris je.

Marah pulak orang nanti kan sebab kata pemalas. Taklah, yang malas tu mama, korang semua rajin, kan??? Eh, walaupun lauknya nampak macam kau ni masak nak-taknak je, tapi percayalah, lauk panas-panas tu, makan dengan nasi putih lembik-lembik, panas-panas sikit (masak nasi terlebih air), sedap oiii. 

Jom cicicicikidaut. 


AYAM MASAK KICAP PEMALAS

Bahan-bahan:
Ayam - dibersihkan dan digaul garam kunyit
1 labu bawang besar - dihiris 
1 ulas bawang putih - dihiris 
1 inci halia - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
Kicap secukup rasa
1 sudu besar sos cili
Garam gula secukupnya.

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Ketepikan. 
2- Asingkan minyak goreng ayam tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 
3- Tumis semua bahan hiris hingga naik bau. 
4- Masukkan kicap dan sos cili. 
5- Sesuaikan dengan garam dan gula. 
6- Masukkan ayam. Tambahkan sedikit air jika perlu. 
7- Biarkan seketika hingga kua mendidih. 
8- Siap dan sedia untuk dihidang.  


p/s:
#1- Ayam tu jangan biar garing sangat. Nanti jadi keras pulak. Jem rahang kau nanti nak mengunyah. 
#2- Ni adalah masak kicap yang terpaling simple didunia sebab kau tak payah nak tumis cili kisar bagai. Kena sangatlah tu dengan theme pemalas tu. 


Wednesday 29 March 2017

Kakak-kakak

Assalamualaikum.

Rasanya, dalam blog ni, jaaaaaaaarang sangat mama cerita pasal anak dara mama,kan? Yelah uolsss, anak dara sorang (hopefully akan jadi dua orang tak lama lagi :). Tak tau lagi, sebab belum scan lagi), kenalah simpan elok-elok kat rumah. Hahaha. Iyolah tu.

Sejak nak jadi kakak ni, macam-macam peel dah yang dia tunjuk. Peel yang tak pernah ada pun, tiba-tiba boleh ada. Hehehehe.


Kalau dah namanya anak dara kan, bab melaram pandai aje. Tak pernah diajar pun. Dia pandai-pandai sendiri aje. Sekarang ni lagi la, boleh buat bergaduh dengan mama oii dia ni, nak pakai baju pun susah. Nak pakai ikut pilihan dia aje. Baju yang mama pilih semua no,no, bukan,bukan. Apa dia kesah tu baju pakai siang ke, malam ke.



Minggu lepas, 2 hari ibu takde, so mama tumpangkanlah dia kat sekolah angah. Malas lah mama nak bawak dia masuk ofis. Kang hapah kerja pun tak jadi. Silap-silap boleh terbalik ofis mama tu. Mama ni risaulah jugak masa nak hantar tu, sebab yelah, dia kan tak biasa lagi pergi sekolah. Nasib baik masa tu cuti sekolah, so Along ada boleh tolong tengok-tengokkan. Along pun nervous oii nak jaga adik sorang-sorang (read: tanpa mama and papa). Kemain banyak dia soal. Hahaha. Masa hantar adalah sikit macam nak nangis. Tapi along dukung bawak masuk dalam, and mama pun chow cecepat. So, taktau apa jadi. Risau jugak, tapi teacher takde pulak call bagitau dia nangis tak henti-henti ke apa. 

Petang tu awallah jugak mama jemput. Eh, dia macam takde apa pun. Terkedek-kedek jalan masuk kereta, sikit pun takde nak nangis ke apa. Kotla kan. Esoknya pergi lagiiii senang mak enon. Dia sendiri jalan masuk. Masa jemput pun terkedek-kedek jalan keluar, siap melompat-lompat. Hepi nau. Masuk kereta, tetiba dia marah mama. Pelik budak ni. Mama pun taktau pasal apa mama kena marah. Haha. Mama agak sebab dia nak main kat playground tepi sekolah tu. Tapi sebab mama jemput awal, dia belum sempat main lagi. Adoiiii.  

Hari ke 3, sebab ibu dah balik, so ke rumah ibulah awak ye. So, agak drama di situ. Dia taknak pergi rumah ibu, dia nak pergi teacher. Adehh. Apa entah mama pujuk dia, tapi berjaya lah jugak. Adegan pujuk memujuk masih ada sampai ke hari ni.